gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Tips untuk meningkatkan produktiviti diri kita
February 6, 2017

Tips Untuk Meningkatkan Produktiviti Diri Kita

Berapa kerapkah anda memulakan hari dengan melakukan beberapa komitmen yang perlu disiapkan tetapi ianya hanya separuh sahaja dapat disiap? Ianya tidaklah sesukar mana untuk menjadi pengurus masa yang efektif. Ianya lebih senang dari apa yang anda jangka. Kami ada beberapa tips untuk meningkatkan produktiviti diri kita dan sekaligus membantu anda menyelesaikan tugasan anda.

1. Kenal pasti mana yang lebih penting

Ini adalah langkah yang paling penting kerana langkah-langkah seterusnya bergantung kepada langkah ini. Anda harus menentukan perkara apa yang paling penting untuk disiapkan dan mengikut skala kepentingannya. Anda boleh membuat sekala Penting, Agak Penting dan Kurang Penting. Dengan ini, ia dapat membantu anda untuk fokus menyelesaikan sesuau tugasan.

2. Bahagikan masa dengan betul

Setelah anda menyenaraikan tugasan mengikut kepentingannya, anda harus meletakkan masa untuk melakukannya dan bila ianya boleh disiapkan. Anda juga perlu membahagikan masa yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan-tugasan anda. Ia akan melatih anda untuk lebih displin dalam menyiapkan tugasan.

3. Jangan berlengah-lengah

Jika ada tugasan yang berada di skala kepentingan yang sama, buat tugasan yang paling anda tidak suka terlebih dahulu. Ia akan membantu anda untuk menyiapkan tugasan dengan lebih cepat.

4. Elakkan berada di tempat yang sesak

Anda perlu mengelak pergi ke tempat yang sesak, tempat yang ramai orang lalu-lalang, ia akan membuatkan minda anda akan terganggu. Anda akan cepat hilang fokus untuk menyiapkan tugasan anda.

5. Buat senarai

Membuat senarai adalah salah satu cara yang efektif untuk membuatkan anda lebih tersusun. Ia boleh diaplikasikan untuk tugasan di rumah serta di tempat kerja juga. Anda perlu mengenalpasti skala kepentingan tugasan, yang mana memerlukan lebih keutamaan.

6. Guna sistem pengurusan masa yang sesuai

Jika anda tidak menggunakan sistem perancang masa yang konsisten, masa anda akan banyak terbuang. Anda perlu mencari kаlеndаr atau рlаnnеr dan jadikan habit untuk menulis serta membuat perancangan.

7. Tetapkan matlamat

Ambil sedikit masa dan fikirkan mengenai matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Tulis matlamat anda di atas kertas ataupun di buku nota. Letakkan di tempat yang anda boleh membacanya setiap hari.

8. Belajar untuk katakan TIDAK

Salah satu tips untuk meningkatkan produktiviti diri kita yang penting untuk dilakukan ialah dengan belajar intuk berkata TIDAK. Anda harus berani untuk katakan tidak, jika tidak akan terus dihujani dengan bebanan kerja yang banyak. Anda harus berfikir dengn teliti tentang bebanan kerja dan keutamaan anda sebelum menerima tanggungjawab dari orang lain.

Sumber: Lifehack

Facebook Comments

Izzah Kezuwani

→ Izzah Kezuwani

Platform Perkongsian Fail Terbaik Untuk Fail Bersaiz Besar Bagaimana untuk Berfikir di Luar Kotak & Kreatif

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved