gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Cara Lindungi Smartphone Anda
October 11, 2016

Tips Untuk Lindungi Telefon Anda di Pantai & Kolam Renang

Kebanyakannya, telefon bimbit kini telah menjadi satu keperluan bagi setiap orang. Kita cenderung untuk membawa telefon bimbit ke mana sahaja kita pergi. Kita suka untuk berkongsi pengalaman pergi ke sesuatu tempat dengan update status terbaru di facebook, tweet-tweet dan upload gambar dekat Instagram. Dua tempat yang agak berbahaya untuk membawa telefon bimbit ialah di pantai dan kolam renang. Banyak kerosakan telefon bimbit dilaporkan berlaku di kawasan hotspot ini. Kami kongsikan beberapa tips untuk melindungi telefon anda di pantai & kolam renang.

Beg plastic zip lock

Terdapat banyak kedai yang menjual beg plastik zip lock ini antaranya Mr. Diy dan IKEA. Banyak kegunaan beg plastik ini. Ia akan memastikan telefon anda bebas dari kotoran pasir. Ia juga boleh mengelakkan telefon anda dimasuki air. Bukan semua orang mampu untuk membeli telefon bimbit yang kalis air bukan? Oleh itu, beg plastik zip lock ini perlu dibawa jika anda pergi ke pantai dan kolam renang. Lap tangan anda dengan kain yang bersih terlebih dahulu jika mahu menggunakan telefon bimbit untuk mengelakkan sebarang masalah. Zip dengan baik beg plastik tersebut untuk memngelakkan pasir masuk ke dalam.

Kipas pegangan tangan (Handheld fan)

Ia mudah dibawa dan menjadi pembantu yang terbaik apabila telefon anda terlampau panas. Bukan sahaja untuk telefon anda, anda sendiri pun boleh guna sekiranya cuaca terlampau panas. Peranti elektronik boleh menyerap banyak haba, oleh itu berada di pantai dan kolam renang boleh mengancam telefon anda. Anda boleh menyimpan telefon anda di dalam beg ataupun di dalam lipatan pakaian bersih. Ia akan mengawal suhu telefon anda. Jika telefon anda terlampau panas, satu notifikasi akan diberikan ataupun ia mungkin akan terpadam terus – bergantung kepada jenis telefon anda. Anda juga boleh perasan perubahan suhu telefon anda. Jika terasa agak panas, gunakan kipas itu untuk mengurangkan suhu dan kemudian simpan telefon anda di tempat yang kurang cahaya matahari. Banyak kerosakan yang akan terjadi sekiranya terlampau panas. Perkara yang paling menakutkan ialah ia akan meletup. Oleh itu, sediakan kipas pegangan tangan untuk mengelakkannya dari berlaku.

Plug debu

Terdapat banyak design plug debu yang dijual di pasaran. Anda hanya perlu pilih mengikut cita rasa anda. Ianya sangat membantu terutamanya ketika anda berada di pantai. Ia akan melindungi earphone jack anda dari debu, kotor dan pasir. Anda tidak perlu risau telefon anda akan tersumbat apabila pergi ke pantai ataupun kolam renang. Plug debu direka bersesuaian dengan telefon anda, ia tidak mudah jatuh dan hilang. Ia adalah di antara aksesori telefon yang patut anda ada.

Tempat tersembunyi

Ini tidak termasuk di dalam kategori yang sama dengan tips di atas, tetapi ia adalah satu tips yang penting untuk anda amalkan. Jika anda mahu meninggalkan telefon anda untuk pergi berenang, pastikan ada sesorang yang dipercayai menjaga barang-barang peribadi anda. Jika tiada pilihan, anda perlulah meletakkan telefon anda di tempat yang tersorok. Elakkan dari meletakkan telefon anda di kompartmen beg. Anda perlu jadi kreatif! Cuba untuk menyembunyikan telefon anda di dalam bekas snek yang kosong ataupun cuci botol pelindung matahari anda dan letakkan disitu. Ia juga boleh dilakukan kepada duit dan kunci kereta anda.

Semua orang perlu untuk mencuba tips-tips ini. Ianya mudah untuk diamalkan. Anda juga mungkin sudah mempunyai beberapa barang-barang ini di rumah. Oleh itu, anda dapat menjimatkan wang dengan menggunakan item yang anda sudah ada, dan jimatkan duit untuk membaiki telefon.

Sumber: LifeHack

Facebook Comments

Izzah Kezuwani

→ Izzah Kezuwani

YouTube Kids: Youtube khas untuk kanak-kanak Samsung menghentikan jualan dan pertukaran Galaxy Note 7

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved