gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Gloviss Susan Wojcicki
August 22, 2016

Susan Wojcicki: Dari Menyewa ke Jutaan Ringgit

Apa langkah kecil yang anda ambil hari ini yang boleh membawa kepada berjuta ringgit? Itu terjadi kepada Susan Wojcicki semasa dia berumur 30 tahun. “Saya baru sahaja keluar dari sekolah perniagaan dan membeli sebuah rumah. Oleh itu, saya memerlukan beberapa penyewa untuk membantu saya membayar gadaian”

Jadi dia menyewakan garajnya kepada 2 pelajar Stanford, Larry Page dan Sergey Brin, yang menggunakan garaj itu untuk memulakan syarikat baru mereka, Google.

Susan teringat tahun pertama, di mana “pada tengah malam di dalam garaj bersama-sama makan pizza dan M&M, di mana mereka (Larry & Sergey) bercakap dengan saya tentang teknologi baru mereka yang boleh mengubah dunia.”

Mereka akhirnya meyakinkan beliau untuk menyertai sebagai Pekerja No. 18 dan menjadi pengurus pemasaran pertama mereka, apabila dia sedang mengandung 4 bulan. Kerja pertama beliau? Menempatkan mereka semua ke pejabat yang lebih baik.

Digelar “Ibu di Google”, Susan adalah orang yang pertama di kalangan mereka yang akan menimang cahaya mata, dan pegangan beliau “keluarga didahulukan” membawa kepada Google mengungguli “100 Syarikat yang Terbaik untuk Bekerja”.

Keluarga Google berkembang, secara literalnya. Sergey Brin mengahwini adik Susan, Anne, dan mempunyai 2 orang anak. Susan sendiri mempunyai 5 orang anak. Semua semasa memgembangkan bahagian permasaran Google.

Susan ditugaskan di bahagian produk, yang membuatnya dia datang dengan idea “Adsense”, merangkumi 97% keuntungan Google dalam tempoh 10 tahun. Itu membuatkan Susan digelar “Wang”.

Kemudian dia fokus dengan video, hanya untuk mencari permulaan baru, Youtube, berkembang lebih pantas daripada Google video.

Semasa bertungkus lumus memikirkan idea untuk bersaing, Susan terpegun dengan video Youtube pergerakan bibir oleh 2 lelaki di China yang meniru gaya Backstreet Boys. Dia mengimbas kembali, “Video itu membuatkan saya tersedar yang ‘Wow, manusia di serata dunia boleh menghasilkan sesuatu, dan mereka tidak perlu berada di studio pun.”

Daripada cuba untuk bersaing, Susan menyakinkan Larry dan Sergey untuk membeli Youtube, dan enam bulan kemudian Google membeli Youtube dengan harga $1.65 billion.

Pada Februari 2004, Susan telah memegang jawatan sebagai CEO Youtube, dan hari ini dia bernilai $300 juta.

Bermula dengan keputusan yang mudah hanya dengan menyewakan garaj membawa Susan ke satu perjalanan yang lain termasuk menjadi No. 1 dalam senarai oleh Adweek 50 pada tahun 2013, sebagai “Orang Yang Paling Penting di Bahagian Pengiklanan” dan “Wanita yang Berkuasa di Internet” oleh TIME pada tahun 2015.

Dan bagi Susan, perjalanan tersebut hanyalah permulaan. Kata beliau, “Google adalah menakjubkan, dan buku yang tidak siap. Saya sedang mencipta, menghidupkan, dan menulis bab-bab tersebut.”

Sekarang adalah masa kita. Jika Susan boleh lakukan (semasa membesarkan 5 orang anak) kita juga boleh.

Ambil langkah anda ke hadapan hari ini. Apa pun langkah. Tiada jaminan magiknya akan sama dengan perjalanan yang telah dilalui oleh Susan. Tetapi tiada jaminan yang ia tidak akan berlaku juga.

Facebook Comments
  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Buffer

Izzah Kezuwani

→ Izzah Kezuwani

5 Amalan Belajar yang Patut Dilakukan Setiap Hari 4 Cara Dapatkan Duit dari Rumah

Related Posts

Office Stress Busters

Inspiration

New Age Office Stress Busters

internet - addiction or necessity

Inspiration

Internet – An Addiction or A Necessity?

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Inspiration

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Inspiration, Tips & Trick

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Search Anything

Most Recent Posts

  • 5 Aplikasi Keselamatan untuk Telefon Pintar
  • 6 Pengesan Pintar untuk Haiwan Kesayangan Anda
  • Laman Web untuk Muatturun Kesan Bunyi Percuma
  • Alat untuk kawal stress
  • 6 Tips Menggunakan Youtube

LoginSign Up



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …
Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …
Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …
Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …
Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …
Read More
gloviss logo
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2019 gloviss.com | All Rights Reserved