Apakah Soalan Saringan dan Kegunaannya dalam Kajiselidik?
Selalu tak anda tidak dapat menjawab kajiselidik dalam talian? Ada beberapa sebab mengapa anda tidak berjaya untuk menjawab soalan. Salah satunya ialah soalan saringan. Apakah soalan saringan dan kegunaannya di dalam kajiselidik? Soalan saringan sering digunakan di dalam banyak kajiselidik sejak dari dahulu lagi. Kebanyakan soalan saringan diletakkan pada awal kajian. Ia adalah untuk menentukan sama ada responden atau panel mempunyai ciri-ciri tertentu yang menjadikan mereka layak untuk mengambil bahagian dalam kajian.
Contoh soalan saringan:
Soalan saringan digunakan untuk membuat keputusan sama ada anda adalah sesuai untuk menjawab kajiselidik ini. Sebagai contoh, jika kajian hanya ingin melibatkan orang-orang yang memiliki pelindungan insurans, soalan seperti ini akan diminta.
“Adakah anda memiliki insurans pelindungan diri?”
Jika anda memilih tidak, anda tidak sesuai untuk menjawab kajiselidik kerana kajiselidik ini hanya untuk mereka yang memiliki perlindungan insurans sahaja.
Mengapa kami menggunakan soalan saringan?
- Meninjau demografi profil yang betul
Antara sebab utama kebanyakan syarikat penyelidikan pasaran menggunakan soalan saringan ialah untuk meninjau demografi yang betul. Ini adalah sebahagian daripada sebab mengapa kebanyakan kajian telah soalan awal yang meminta maklumat peribadi seperti umur, pendapatan isi rumah tahunan, jantina, wilayah atau negeri tempat tinggal, dan lain-lain. Setiap satu daripada soalan-soalan ini digunakan untuk membangunkan sekumpulan responden yang sepadan dengan sasaran kajian, dan menamatkan mana-mana calon yang tidak sepadan. - Isu undang-undang
Pentingnya soalan saringan kepada syarikat penyelidikan pasaran ialah timbulnya isu-isu kesahihan data dan privasi. Sebagai contoh ialah tinjauan umur. Banyak organisasi mempunyai peraturan kajiselidik yang ketat untuk kanak-kanak. Soalan saringan membolehkan anda untuk melindungi asas undang-undang dengan menghapuskan responden tidak diketahui berdasarkan soalan saringan.
Apa yang anda dapat sekiranya tidak melepasi soalan saringan?
Sekiranya kuota telah penuh, anda akan mendapat 30 points. Untuk anda yang tidak melepasi soalan saringan (terminate), anda akan mendapat 10 points.
Adakah anda sudah mendapat idea tentang soalan saringan dan kegunaannya? Jangan lupa untuk menyertai Gloviss Referral Program. Anda akan mendapat 300 points sekiranya rakan anda berjaya mendaftar serta mengemaskini profil mereka.