gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Kursus Udemy Startup
August 5, 2019

Senarai Kursus Udemy untuk Startup

Perniagaan tidak akan berhasil jika ia tidak diurus dengan baik. Syarikat Startup memerlukan kemahiran kepimpinan, keupayaan untuk berkomunikasi dengan baik, dan pengetahuan yang memuaskan tentang asas-asas perniagaan (seperti pengurusan kewangan dan pemasaran) untuk memastikan perniagaan berjaya. Bagi usahawan yang sudah mahir, menjadi usahawan yang berjaya adalah sangat mudah.

Namun bagi yang kurang berpengalaman, mereka memerlukan sedikit bantuan daripada kursus startup dalam talian seperti yang tersedia di Udemy. Terdapat banyak jenis kursus di talian dari kursus belajar grafik, kursus buat laman web, kursus pemasaran dan sebagainya.

Kursus Pengurusan

Kebanyakan usahawan baru seperti pembangun web sering mendapati bahawa salah satu cabaran terbesar mereka dalam menjalankan perniagaan selain daripada mencari modal atau mengekalkan aliran tunai adalah belajar cara menguruskan perniagaan dari pelbagai aspek. Ini bukanlah sesuatu yang menghairankan untuk pemaju web, memandangkan set kemahiran mereka memacu mereka ke arah sikap “I-can-do-it, berbanding mengawasi operasi dan membahagikan tugasan.

Dengan kursus-kursus ini, anda akan mendapati bahawa pengurusan, kepemimpinan, dan perancangan untuk kecemasan menjadi lebih mudah. Anda boleh sertai kursus pengurusan perniagaan di sini.

Melantik & Mengurus Prestasi untuk Membina Pasukan yang hebat

Prestasi pasukan anda bergantung kepada pereka dan pembangun web. Kursus ini direka bertujuan untuk memastikan bahawa anda memilih tenaga kerja terbaik yang bersedia untuk memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi dan membantu anda meningkatkan prestasi syarikat.

Kelas ini diajarkan oleh Perry Wilson, PMP (Project Management Professional, certified). Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 32 tahun dalam dunia korporat. Di dalam kursus ini terdapat 11 kuliah dan 1 jam video. Pada akhir kursus, individu dan pemilik perniagaan akan mempelajari strategi merekrut yang berbeza, daripada proses pengambilan pekerja, dan cara membina sebuah pasukan yang hebat.

Cara Bekerja dengan Orang yang Agresif

Kadang-kadang bos memerlukan sedikit kesabaran dan persefahaman apabila berdepan dengan staf yang mempunyai sikap yang kurang menyenangkan tetapi bagus di dalam melakukan kerja. Dalam 20 kuliah dan 2 jam video, anda akan belajar bagaimana menangani orang yang menjengkelkan. Ini penting terutamanya jika perniagaan anda melibatkan banyak komunikasi dengan orang lain. Ini kerana anda sentiasa berdepan dengan orang yang agresif dan juga orang yang tidak kisah dengan apa yang anda sampaikan.

Kursus ini disampaikan oleh Sorin Dumitrascu yang menerangkan cara menangani ahli-ahli pasukan yang negatif. Jurulatih pengurusan ini telah membuat lebih daripada 20 kursus mengenai pengurusan, sumber manusia, pembangunan kerjaya, dan banyak lagi sebelum Udemy diasaskan.

Latihan Pengurusan Lanjutan: Membangunkan Kemahiran Kepimpinan Anda

Kita biasanya suka mengikuti mereka yang mempunyai kepimpinan yang baik. Dengan kursus latihan pengurusan lanjutan ini, anda akan belajar bukan hanya bagaimana menjadi pemimpin yang mahir, tetapi juga seorang yang dihormati.

Kursus ini bertujuan untuk membantu para pelajarnya beralih daripada melakukan kepada menguruskan. Kursus 16-kuliah ini mengandungi 3 jam video, yang diajarkan oleh Davis Jones, seorang perekrut Silicon Valley dan pengasas bersama Eazl.learn yang menerangkan bagaimana untuk memajukan seseorang yang focus pada “pengeluaran” kepada peranan yang lebih besar seperti CEO, CTO, atau COO.

Pengurusan Masa: Bagaimana Membina Sistem Kejayaan

Anda mungkin tidak tahu, tetapi gangguan kecil yang anda hadapi setiap hari adalah benda yang sama menghalang produktiviti anda. Ia sebenarnya menyumbang kepada kehilangan wang. Kursus ini mengajar anda bagaimana menguruskan masa dengan betul untuk pulangan yang lebih baik.

Anda akan mempelajari semua yang anda perlu tahu (dan bagaimana untuk melakukannya dengan betul) mengenai pengurusan masa dan cara mengatur perkara dengan cekap supaya produktiviti anda akan meningkat dengan cepat. Kursus pengajaran 19-kuliah 2 jam video ini diajar oleh perunding pengurusan masa Ryan dan Tolan.

Kursus Kewangan

Kesinambungan perniagaan juga bergantung kepada aliran tunainya. Yalah, apa gunanya menjalankan perniagaan anda sendiri jika dibebani dengan hutang dan memberi kesan negative kepada usaha perniagaan anda yang lain. Di bawah terdapat beberapa kursus asas pengurusan kewangan yang berkesan.

Kursus Pengurusan Kewangan

Mahu mempelajari asas-asas pengurusan kewangan, tetapi tidak tahu di mana untuk bermula? Kursus ini merangkumi asas-asas perakaunan dan cara menguruskan kewangan. Ia berharga hanya satu dolar! Satu dolar untuk 11 kuliah (ditambah 1 jam video) oleh Ca Raja Natarajan. Beliau merupakan akauntan bertauliah yang juga mengajar pengurusan kewangan di India.

Menjelang akhir kursus ini, anda akan memahami pelbagai aspek pengurusan kewangan dan dari situ anda akan dapat mengembangkan pengetahuan tentang aliran tunai, sumber kewangan, modal kerja dan sebagainya.

Asas-asas Kewangan Perniagaan

Dapatkan kursus asas kewangan perniagaan, terus dari pakar perbankan pelaburan Wall Street. Kursus ini memberi tumpuan khusus dalam kewangan korporat dan membolehkan anda boleh belajar mengikut tahap kelajuan sendiri.

Kursus ini merangkumi 24 kuliah dan 4 jam video oleh Binny Mathews, bank pelaburan yang mempunyai kepakaran dalam Kewangan Korporat, Pendidikan Dalam Talian dan Keusahawanan. Melalui kursus ini anda akan mempelajari asas perakaunan dan analisis penyata kewangan. Anda juga akan belajar banyak topik berkaitan dengan kewangan korporat. Kursus ini juga sesuai untuk pelajar pengurusan perniagaan.

Kewangan dan Perakaunan untuk Startup

Untuk startup yang memilik belanjawan yang lebih tinggi, kursus latihan ini adalah pilihan yang lebih baik. Kursus khas ini menjamin bahawa anda akan mempelajari segala-galanya yang perlu diketahui tentang kewangan keusahawanan. Kelas ini diajarkan oleh MBA dan CFO Chris Benjamin yang telah bekerja dengan beberapa syarikat dalam 5 tahun yang lalu dan telah berjaya membantu lebih dari 100 syarikat startup.

Kursus Pemasaran

Ketidakupayaan untuk memasarkan diri anda dengan berkesan bermakna membunuh perniagaan anda sebelum ia berkembang. Kursus disenaraikan di sini akan menjadikan anda lebih berpengalaman di dalam menyebarkan berita tentang jenama anda dan menarik pengguna ke produk anda.

Pemasaran Melalui Facebook

Kursus ini mempunyai lebih daripada 50 jam pengajaran dan kandungan yang berguna. Ia akan membantu anda memanfaatkan platform media sosial yang paling berkuasa di planet ini.

Dalam lebih daripada 51 kuliah dan video bernilai 10 jam, pakar media sosial Benjamin Wilson, akan mengajar anda bagaimana untuk  menarik peminat untuk like ke halaman fan page anda tanpa membelanjakan sesen pun.

Pemasaran Melalui Video

Tarik pelanggan berpotensi anda dengan kandungan video yang menarik dan relevan! Anda akan diajar segala-galanya tentang pemasaran video dan mengapa ia sangat baik di dalam keseluruhan strategi pemasaran. Panduan ini dibuat oleh MindMekka, sekumpulan profesional yang berusaha membimbing orang ramai.

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

Aplikasi Pengambilan Nota Terbaik Tahun 2019 Aplikasi Percuma dan Berguna untuk Dipasang Hari Ini

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved