gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Permainan Telefon Pintar Yang Menguji Minda Anda
August 13, 2018

Permainan Telefon Pintar Yang Menguji Minda Anda

Bermain permainan di telefon pintar adalah satu perkara yang majoriti pengguna telefon pintar lakukan. Ada yang sekadar bermain untuk mengisi masa lapang, sambil menunggu LRT atau Grab, sambil mendengar lagu dan pelbagai situasi lagi. Ada segelintir juga yang boleh dikatakan ketagihan bermain permainan telefon pintar seperti permainan Clash of Clans, Farmville, Clash Royale dan yang terbaru Mobile Legend. Bagi yang sukakan permainan yang menguji minda, berikut adalah di antara permainan yang boleh menguji minda di samping mengisi masa anda, tapi jangan ketagihan dalam bermain permainan ini ya?

Unblock Me FREE

Bermula dengan permainan teka-teki kegemaran saya, iaitu Unblock Me. Ia merupakan teka-teki berasaskan logik di mana anda perlu memindahkan blok-blok kayu untuk memberikan laluan kepada blok utama yang berwarna merah. Matlamatnya adalah untuk membuka laluan dengan menggunakan pergerakan yang minimum di samping mengumpul mata ganjaran berbentuk bintang.

Terdapat lebih daripada 16,000 bentuk dengan pelbagai kesukaran yang perlu diselesaikan untuk membuat anda sibuk.

Real Chess

Selama lebih 14 abad, catur telah mula menguji minda dan varian secara virtual ini benar-benar membawa perubahan kepada anda. Real Chess merupakan permainan catur secara maya dalam bentuk 3D yang membolehkan anda bermain dengan pemain lain dari seluruh dunia.
Anda boleh berbual dengan lawan anda, bermain dengan AI, mendapatkan beberapa tip baru dan banyak lagi. Animasi dan struktur 3D permainan ini juga sangat menakjubkan.

Juice Cubes

Juice cubes merupakan satu permainan yang ringan dan berwarna-warni. Ia penuh dengan kiub jus buah-buahan yang perlu disuaikan supaya ia pecah dan naik kek tahap seterusnya. Terdapat pelbagai jenis cabaran, kuasa tambahan, dan lebih dari 550 peringkat untuk membuat anda ketagih.

Ia mungkin kelihatan mudah pada mulanya, tetapi ia akan menguji minda anda apabila anda mencapai tahap yang lebih tinggi. Saya kini terperangkap pada tahap 218 dan mungkin akan berputus asa.

Where’s My Water?

Permainan yang benar-benar menyeronokkan oleh Disney berdasarkan fizik sebenar di mana anda perlu menunjukkan jalan kepada air melalui pancuran yang patah dan menjimatkan sebanyak mungkin air. Terdapat pelbagai jenis cecair seperti lelehan, air kotor, dan air toksik yang mempunyai hukum fizik dan kesannya tersendiri.

Permainan ini memerlukan tangan yang stabil, tindak balas yang cepat, dan strategi yang pasti akan menguji kemahiran anda. Malangnya, permainan ini terhad kepada 15 peringkat sahaja, dan anda boleh mendapatkan versi penuh untuk Android dan iOS dengan harga $ 1.99.

Brain Dots

Kesesuaian adalah apa yang menarik minat saya tentang permainan ini. Dalam Brain Dots, anda perlu menemukan dua titik dengan melakarkan pelbagai bentuk menggunakan pen dan membawa bola lebih jauh. Anda boleh melakar apa sahaja bentuk yang anda suka selagi mana ia boleh membantu anda mencapai objektif anda.

Setiap tahap mempunyai struktur dan cetusan yang tersendiri untuk menjadikannya menarik dan tentunya sukar.

Tricky Test 2

Satu permainan trivia yang menarik di mana anda akan ditanya dengan soalan-soalan mudah dengan jawapan yang lebih mudah, tetapi biasanya ia memerlukan beberapa siri pecah kepala untuk menjawabnya. Kebanyakan soalan merupakan soalan yang menguji dengan jawapan yang tepat di hadapan anda tetapi anda masih akan berputus asa. Terdapat lebih daripada 100 soalan dan banyak lagi yang ditambah dari semasa ke semasa.

Lyfoes

Lyfoes pada asasnya merupakan versi alternatif kepada solitaire di mana peraturannya adalah sama, tetapi diubah pada ciri-ciri yang lain. Anda perlu mengumpulkan makhluk-makhluk comel yang sama dan dikenali sebagai Lyfoes dalam bikar. Ia menjadi semakin sukar apabila bilangan Lyfoes dan bikar terus bertambah.

Lumosity

Ini mempunyai lebih daripada 30 permainan minda yang mencabar kelajuan, daya ingatan, perhatian, fleksibiliti, dan kemahiran menyelesaikan masalah anda. Permainan ini dicipta oleh satu pasukan saintis dan pereka yang bekerja dengan 40 orang penyelidik universiti untuk merangsang secara kognitif.

Number Knot

Inilah sebenarnya merupakan permainan Hidoku di mana anda meneka nombor pada grid berdasarkan beberapa nombor yang diperlihatkan. Walau bagaimanapun, sejauh yang saya ingat permainan ini sepatutnya menyembunyikan nombor dalam garisan mendatar dan menegak, tetapi Number Knot menyembunyikannya secara rawak termasuk pepenjuru. Secara mudahnya, permainan ini pasti memecahkan kepala anda dalam beberapa minit jika anda berani untuk maju lebih dari grid 6. Wajib dicuba oleh mereka yang suka akan cabaran.

Hidden Objects Mansion

Permainan objek tersembunyi yang hebat dengan grafik HD dan persekitaran dalaman yang sebenar. Anda perlu mencari objek di dalam rumah yang berselerak dengan setiap peringkat mempunyai lebih dari 100 objek untuk dicari. Malangnya, tidak ada plot dalam permainan ini, anda hanya perlu lulus setiap peringkat dan ia akan menjadi lebih sukar di setiap peringkat.

Terdapat juga teka-teki jigsaw untuk menjadikan ia lebih menarik.

Kesimpulan

Kesemua permainan minda ini pasti akan memberikan cabaran kepada anda, kebanyakan daripadanya mempunyai plot dan grafik yang menakjubkan dan membuatkan anda tergila-gila. Sungguhpun begitu, ia seperti mana-mana permainan lain, di mana tahap permulaan adalah sangat mudah untuk ditewaskan untuk membantu anda mara ke inti pati sebenar permainan. Cabaran sebenar bermula apabila anda telah menewaskan sekurang-kurangnya sedozen atau dua peringkat.

 

Facebook Comments
  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Buffer

Izzah Kezuwani

→ Izzah Kezuwani

New Age Office Stress Busters 10 eWallet Yang Boleh Menggantikan Tunai Anda

Related Posts

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Cara Promosikan Saluran YouTube

Technology, Tips & Trick

Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …
Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …
Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …
Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …
Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …
Read More
gloviss logo
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2020 gloviss.com | All Rights Reserved