gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
penulisan
September 2, 2019

Laman Web yang Membayar Penulisan Anda

Satu ketika dahulu ia sangatlah susah bagi para penulis untuk memperoleh pendapatan. Namun sejak kemunculan beberapa laman web dan blog, kehidupan penulis menjadi mudah. Mereka kini boleh menjual penulisan atau artikel di laman web dan juga menjana pendapatan dari blog. 

Freelancer

Freelancer adalah laman web di mana anda boleh membida dan menawarkan pekerjaan bebas. Anda boleh mencari dan memohon pelbagai jenis kerja penulisan dan ia terdapat di dalam pelbagai bajet. Portal ini menyediakan pelbagai pilihan pengeluaran termasuk PayPal dan Skrill.

WOW Women On Writing

Ini adalah sebuah laman web yang sentiasa mencari kisah menarik dari para wanita mengenai perjuangan mereka untuk menjadi seorang penulis. Laman web ini menawarkan pertandingan menulis pada suku tahunan dan penyertaan terbuka kepada umum. Selain itu, WOW akan membayar dan menerbitkan karya anda jika anda mempunyai cerita menarik, nasihat, atau kisah yang boleh membantu orang lain. Laman web ini ditubuhkan pada tahun 2006 untuk membantu wanita merealisasikan impian mereka untuk menjadi penulis dan untuk menerbitkan novel pertama mereka.

Write Naked

Write Naked adalah platform bagi para penulis untuk bercakap mengenai profesion mereka, termasuk tip menulis, wawancara dengan orang yang terlibat dengan penerbitan, atau sebarang trend penerbitan. Kepanjangan kandungan anda mestilah di antara 450-650 perkataan. Bayaran adalah $75.

Writers Weekly

Writers Weekly memberi tumpuan kepada cara menjana pendapatan melalui penulisan berkaitan dengan komunikasi korporat atau menulis untuk pasaran. Mereka menerima pertanyaan berkaitan dengan topik sebelum anda mula menulis artikel. Jika diterima, mereka membayar $60 untuk artikel 600 perkataan melalui PayPal.

Smashing Magazine

Smashing Magazine menerbitkan artikel mengenai reka bentuk web, perniagaan dalam talian, dan teknologi web. Walaupun mereka tidak menyebut tentang kaedah ganjaran atau pembayaran, besar kemungkinan mereka membayar lumayan memandangkan mereka mempunyai reputasi yang baik.

Scotch

Scotch amat mementingkan kandungan yang berkualiti tinggi yang memberi tumpuan kepada mendidik pembacanya. Mereka lebih suka penulis menulis demo pada CodePen. Anda dibayar sehingga $150 per artikel.

TakeLessons Blog

TakeLessons Blog menampilkan artikel yang berkaitan muzik dan bahasa. Mereka menerima artikel dalam 900-1200 perkataan, dan jika diterim, anda akan dibayar $50. Di samping itu, anda boleh menjalankan kelas sebagai pengajar di TakeLessons juga.

Polygon

Polygon mengkhususkan diri dalam kandungan untuk industri permainan video seperti ulasan, pendapat, atau panduan strategi. Mereka lebih suka penulis mengemukakan idea mereka terlebih dahulu sebelum mula menaip artikel. Bayaran dikatakan lumayan bergantung kepada kiraan perkataan.

eCommerce Insiders

eCommerce Insiders menerima artikel mengenai pendidikan atau perniagaan. Mereka memerlukan anda untuk mempunyai pengalaman e-dagang terlebih dahulu. Bayaran adalah secara bulanan dan ia bergantung kepada jumlah perkataan dihasilkan.

International Living

International Living menawarkan artikel yang memberikan tips ke destinasi asing. Pembaca terdiri daripada mereka yang ingin mengetahui maklumat mengenai kos dan cara hidup, budaya, penjagaan kesihatan, dan sebagainya. Kadar bayaran berbeza dan bergantung kepada kepanjangan artikel.

Babbel

Babble adalah blog keibubapaan dimiliki oleh Disney. Ia menerima artikel dari pelbagai kategori termasuk kehamilan, keibubapaan, rumah, hiburan, kecantikan dan banyak lagi.

SitePoint

SitePoint membayar sejumlah wang sebanyak $150 untuk artikel dan $200 untuk tutorial tetapi ia mempunyai garis panduan yang ketat. Mereka meliputi topik mengenai HTML, CSS, dan lebih banyak niche pembangunan web. SitePoint membayar melalui pemindahan bank dalam Australia, PayPal, atau pemindahan SWIFT.

Cracked

Cracked adalah sesuai untuk para seniman dan penulis yang memiliki kreativiti dan humor yang baik, serta mereka yang dapat menghasilkan artikel dan imej yang lucu. Walaupun mereka tidak menyebut pembayaran tetapi melihat kepada reputasi mereka kami yakin bayaran adalah lumayan.

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

Aplikasi Pengeditan Gambar Terbaik Yang Patut Anda Ada Aplikasi Pengurusan Wang Yang Dipercayai

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a cafĂ©, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved