gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Laman web stok video percuma
February 13, 2019

Laman Web Video Stok Percuma

Juruvideo kini mempunyai pelbagai pilihan untuk melakukan perubahan pada video dengan wujudnya beberapa laman web video stok yang berkualiti tinggi. Sama ada anda seorang editor video profesional atau jurugambar, anda pasti mendapat manfaat daripada beribu-ribu rakaman video berdefinisi tinggi dan percuma di laman web tersebut.

Videvo

Videvo adalah laman web stok rakaman percuma (stock footage) dan setiap minggu video baru dimuat naikkan. Anda akan menemui pelbagai jenis video di sini, sama ada pemandangan di kota mahupun kehidupan harian. Terdapat juga video seperti alam flora, latar belakang kesan visual, dan sebagainya.

Sebelum memuat turun, anda mesti terlebih dahulu bersetuju untuk tidak mengagihkan semula video tersebut dalam bentuk asalnya. Anda boleh, bagaimanapun, mengedit dan memanipulasi video untuk kegunaan bukan komersil atau komersil. Selain itu, anda diminta untuk menyokong Videvo dengan tweet atau berkongsi halaman mereka di media sosial.

Distill

Distill mempunyai koleksi video terbaik yang berdefinisi tinggi dan percuma. Perpustakaan mereka terdiri daripada video orang, seni bina, teknologi, haiwan, alam semula jadi dan lain-lain. Jika anda mempunyai beberapa rekaan video kreatif yang anda ingin kongsikan secara percuma, anda boleh mendaftar akaun dan hantar video anda ke laman web ini.

Distill juga menawarkan untuk menghantar pelanggan e-mel mereka 10 HD video setiap 10 hari. Jadi sekiranya anda seorang editor video yang memerlukan video HD percuma dengan kerap, pastikan untuk melanggan!

Video Pexels

Pexels pada mulanya dibina sebagai platform untuk mengakses dan berkongsi imej stok. Tetapi ia telah berkembang dengan cepat dan kini memiliki perpustakaan video stok bebas. Ia mempunyai ratusan klip video berkualiti tinggi dari orang, alam semula jadi, timelapse, dan sebagainya. Pendek kata hampir semua yang anda perlukan terdapat di laman web ini.

Di Pexels anda dibenarkan untuk memuat turun seberapa banyak video dan imej yang anda inginkan. Tiada had dikenakan. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memilih video yang anda sukai, tidak kisahlah sama ada ia untuk tujuan bukan komersil dan komersil. Malah ia sangat mudah digunakan dan atribusi tidak diperlukan.

Clip Canvas

Clip Canvas adalah perkhidmatan berasaskan langganan, seperti kebanyakan perpustakaan gambar stok premium bebas royalti, tetapi mereka masih mengekalkan perpustakaan video yang menarik bagi rakaman stok video percuma. Pada masa ini mereka mempunyai hanya 172 footage percuma untuk dimuat turun dan kebanyakannya mempunyai kepanjangan video sekitar 10-20 saat.

Untuk memuat turun semua video, anda perlu membuat akaun di laman web terlebih dahulu. Namun jumlah video percuma yang boleh dimuat turun tidak berubah.

Life of vids

Laman web tersebut kini mempunyai lebih daripada 200 video berkualiti tingg dan resolusi tinggi di perpustakaannya. Tidak ada sekatan hak cipta, segala-galanya boleh dimuat turun dan digunakan. Laman web iini juga tidak memerlukan atribusi, tetapi anda digalakkan berbuat demikian, supaya mereka dapat mencipta lebih banyak video untuk kita gunakan nanti.

Sekiranya anda mempunyai rakaman sendiri yang anda mahu kongsikan secara percuma, anda boleh memuat naik video tersebut di Life Of Vids.

Pixabay

Pixabay mempunyai salah satu koleksi stok video percuma yang paling mantap. Pada masa ini mereka mempunyai lebih daripada 2000 video stok percuma yang boleh dimuat turun, semuanya dikeluarkan di bawah domain awam, yang bermaksud anda boleh menggunakannya untuk tujuan apa sahaja yang anda mahu tanpa atribusi.

Perpustakaan video Pixabay disokong oleh komuniti juruvideo dan editor yang bersemangat dan masing-masing melakukan yang terbaik untuk menyumbang kepada orang awam. Oleh itu, jika anda mempunyai sesuatu yang istimewa untuk dikongskani dengan semua editor di luar sana, anda boleh menghantar video anda di laman web ini.

Mazwai


Mazwai mempunyai salah satu kompilasi terbaik bagi video stok percuma berkaitan dengan orang, alam semula jadi, dan kehidupan seharian. Ia adalah perpustakaan klip video yang sangat digemari yang hanya boleh didapati di laman web Mazwai dan di mana-mana sahaja.

Kualiti video stok adalah sangat bagus. Oleh sebab itu. penerbit sering memerlukan atribusi untuk kerja mereka, jadi pastikan untuk menyemak terlebih dahulu sebelum memuat turun. Satu ciri unik Mazwai adalah ia mempunyai editor terbina di dalamnya di mana anda boleh menentukan tempoh masa yang anda ingin muat turun, jadi anda tidak perlu memuat turun keseluruhan video itu.

Vimeo

Vimeo lebih kurang seperti YouTube di mana anda boleh menemui banyak perkara yang menyeronokkan. Di sinilah filem pendek berkualiti HD dipaparkan. Ia juga di mana ramai penggiat kreatif menerbitkan video mereka sendiri. Namun tahukah anda bahawa terdapat kumpulan Vimeo yang membolehkan anda untuk memuat turun rakaman HD mereka?

Pada masa ini Vimeo mempunyai lebih daripada 19,000 ahli dan 255 video yang boleh dimuat turun. Walaupun kumpulan itu kelihatan tidak lagi aktif, ia masih merupakan sumber yang baik untuk memuat turun stok video percuma yang berkualiti HD.

Archive.org

Archive.org adalah jurnal internet, katalog atau perpustakaan untuk semua perkara yang hebat dari masa lalu. Ia merupakan organisasi bukan keuntungan yang melindungi berjuta-juta gambar, muzik, laman web, buku, filem, dan banyak fail lain. Ia juga merupakan rumah kepada Way Back Machine yang terkenal yang boleh membawa anda kembali ke masa lalu untuk melihat bagaimana rupa bentuk laman web ketika ia mula-mula dibuat.

Pond5

Pond5 mempunyai lebih 10,000 rakaman video percuma! Semua ini berada di bawah Domain Awam. Ini bermakna mereka semua video bebas untuk digunakan dan diedarkan seperti mana yang anda mahukan.

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

Laman Web untuk Menghantar Fail Besar Di Talian Aplikasi Nota Percuma untuk Telefon Pintar Anda

Related Posts

Dark web

Uncategorized

Welcome to the Dark Side

aplikasi percuma untuk belajar Bahasa Inggeris lebih cepat

Uncategorized

Aplikasi Percuma untuk Belajar Bahasa Inggeris Lebih Cepat

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a cafĂ©, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved