gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
kesan bunyi
November 7, 2019

Laman Web untuk Muatturun Kesan Bunyi Percuma

kesan bunyi

Muzik latar belakang dan kesan bunyi sangat penting untuk menghasilkan video yang menarik. Terdapat beribu-ribu sumber dalam talian untuk memuat turun kesan bunyi, bagaimanapun, tidak semuanya berkualiti tinggi dan juga tidak percuma. Oleh itu, di sini saya menyenaraikan beberapa buah laman web untuk memuat turun kesan bunyi secara percuma.

Free-Loops

Platform ini menawarkan lebih daripada tujuh ribu bunyi berlesen Creative Common-CC, yang dibahagikan kepada kategori seperti drum loops, synth loops, fail midi, dan sebagainya.

Kelebihannya adalah anda tidak perlu daftar masuk untuk memuat turun. Jenis lesen pula berbeza-beza mengikut jenis klip. Namun ia tidak mempunyai ciri Carian.

SoundBible

Sebuah laman web yang terbaik untuk memuat turun kesan bunyi.  SoundBible menawarkan kesan bunyi tanpa royalti yang boleh digunakan secara komersil dalam filem, permainan, dan projek lain. Halaman ini menyediakan beribu-ribu klip suara seperti sound loops, bunyi permainan, dan sebagainya.

Kelebihannya adalah anda tidak perlu daftar masuk untuk memuat turun. Jenis lesen pula berbeza-beza mengikut jenis klip. Namun ia tidak mempunyai ciri Carian.

ZapSplat

Di ZapSplat, anda akan mendapat akses kepada beribu-ribu kesan bunyi profesional dalam pelbagai kategori seperti alam semula jadi, kartun, seram, dan lain-lain. Selain itu terdapat juga perpustakaannya dikemas kini setiap minggu supaya anda mendapat bunyi baru dan segar setiap minggu di sini.

Anda perlu daftar masuk untuk memuat turun. Jenis lesen pula berbeza-beza mengikut jenis klip. Ia mempunyai ciri Carian.

Freesound

Freesound menawarkan pangkalan data gabungan potongan audio, sampel, rakaman, dan bleep. Anda boleh mencari sebarang bunyi atau kesan menggunakan kata kunci dan mencari rating untuk menentukan kualiti sebelum memuat turun. Anda perlu log masuk ke laman web ini (pendaftaran adalah percuma), sebelum anda boleh memuat turun sebarang klip audio.

Anda perlu daftar masuk untuk memuat turun. Jenis lesen adalah Creative Common. Ia mempunyai ciri Carian.

Partners In Rhyme

Ia menawarkan pelbagai kesan bunyi dari banyak genre seperti rock, pop, romance, dan lain-lain. Laman ini juga menawarkan sumber muzik percuma.

Anda perlu daftar masuk untuk memuat turun. Jenis lesen adalah percuma untuk kegunaan sendiri. Ia mempunyai ciri Carian.

SampleSwap

SampleSwap menawarkan loops dan sampel audio yang berkualiti professional berjumlah dalam 7.7 GB bunyi percuma dalam tekno, hip-hop, dan banyak lagi kategori. Laman web ini memerlukan anda untuk log masuk (pendaftaran percuma) ke akaun anda sebelum anda boleh memuat turun sebarang klip sampel.

Anda perlu daftar masuk untuk memuat turun. Jenis lesen adalah Creative Common. Ia mempunyai ciri Carian.

GameSounds

GameSounds menawarkan koleksi muzik dan bunyi tanpa royalti, yang sesuai untuk permainan dan boleh digunakan secara komersil secara percuma.

Anda perlu daftar masuk untuk memuat turun. Jenis lesen pula berbeza-beza mengikut jenis klip. Ia mempunyai ciri Carian.

freeSFX

Di freeSFX, anda akan mendapat soundtrack percuma dan kesan bunyi yang dibuat untuk peminat audio dan syarikat pengeluaran. Bunyi disumbangkan oleh komuniti besar artis muzik mahir dan serba boleh.

Anda perlu daftar masuk untuk memuat turun. Jenis lesen terdiri daripada komersil percuma, bukan komersil dan juga tiada pengagihan. Ia mempunyai ciri Carian.

99Sounds

Di 99Sounds, pemuzik memuat naik kesan bunyi kreatif mereka untuk komuniti audio, dan anda boleh muat turun tanpa had penggunaan. Klip bunyi tersedia untuk dimuat turun dalam pek. Walau bagaimanapun, mencari kesan bunyi tertentu tidak tersedia di laman web ini.

Anda perlu daftar masuk untuk memuat turun. Jenis lesen pula berbeza-beza mengikut jenis klip. Ia tidak mempunyai ciri Carian.

Nature Sounds

Ini merupakan laman web eksklusif untuk kesan bunyi yang menenangkan. Kesan bunyi yang terdapat di dalam Nature Sounds kebanyakannya dilambangkan kepada alam semula jadi, seperti bunyi hujan, bunyi ribut dan guruh, dan lain-lain.

Anda perlu daftar masuk untuk memuat turun. Jenis lesen adalah Creative Common. Ia tidak mempunyai ciri Carian.

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

Alat untuk kawal stress 6 Pengesan Pintar untuk Haiwan Kesayangan Anda

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a cafĂ©, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved