gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
kursus online berbayar
November 30, 2017

5 Soalan Sebelum Mendaftar Kursus Online Berbayar

kursus online, kursus online berbayar, kursus online percuma

Sama ada anda seorang profesional yang ingin meningkatkan kemahiran anda, atau anda ingin mengembangkan ilmu pengetahuan, anda boleh mendapat manfaat dengan mengambil kursus online berbayar. Kebanyakan program ini murah, membolehkan anda untuk belajar dengan selesa di rumah anda sendiri dan mengikut masa anda sendiri.

Walaupun sesetengah kursus ini adalah percuma, yang lainnya tidak. Jika anda berfikir untuk mendaftar kursus online berbayar kerana anda percaya bahawa “Anda mendapat apa yang anda bayar”, atau kerana alasan lain, anda perlu bertanya (dan menjawab) soalan-soalan ini terlebih dahulu untuk membantu anda  daripada membazirkan wang dan masa.

1. Apakah “Nilai” yang kursus ini tawarkan pada saya hari ini?

Tanya pada diri anda: “Bagaimana kursus ini dapat memberi manfaat kepada saya sekarang?”

Sebagai contoh, jika anda seorang pekerja bebas yang masih belum bekerja, anda akan mendapat lebih banyak daripada kursus yang dipanggil “Bagaimana Mendapatkan Pelanggan Dalam Masa 7 Hari” berbanding “Bagaimana Mencipta Kembali  Perniagaan Anda Yang Sudah Berusia 5 Tahun”. Memang, soalan yang terakhir mungkin berguna pada masa akan datang, tetapi buat masa ini, fokus kepada apa yang perlu anda ketahui pada masa ini. Perlu diingatkan bahawa anda membayar bukan hanya untuk ilmu pengetahuan, tetapi juga untuk hasil yang anda peroleh dari ilmu itu. Jadi lebih cepat anda mendapatkan kembali pelaburan anda, lebih baik.

2. Adakah pakar kursus mempunyai kelayakan yang dipercayai?

Bagaimana jika terdapat sekurang-kurangnya sedozen “pakar” yang mendakwa mereka dapat mengajar anda “Cara Mendapatkan Pelanggan Dalam Masa 7 Hari”? Sudah tentu anda tidak mahu seseorang yang kurang berpengalaman untuk mengajar anda. Anda mahukan seseorang yang mempunyai kredibiliti.

Untuk mencari pakar yang sebenar, anda harus melakukan pemeriksaan latar belakang. Anda boleh mengenalpasti latar belakang mereka dengan mencari mereka di Linkedin, dan baca apa sahaja yang menyokong tuntutannya sebagai “pakar” (cth. Sejarah kerja, pencapaian, pelanggan, kumpulan).

Sekiranya fasilitator kursus tidak mempunyai Linkedin atau ia sukar untuk anda melakukan pemeriksaan latar belakang, lebih baik anda berhati-hati dan mencari kursus lain dengan fasilitator yang lebih dipercayai.

3. Apa ulasan bukan affiliate mengenai kursus?

Kadang-kadang, personaliti terkenal dalam industri anda akan mencadangkan kursus berbayar dalam talian, dengan menyatakan dia adalah seorang ‘affiliate’. Apabila seseorang berkata, “Saya adalah affiliate kepada…”, ia bermaksud “Bagi tiap-tiap orang yang mendaftar, saya akan menerima beberapa bentuk pampasan kewangan.”

Ini tidak bermakna bahawa beliau hanya peduli tentang berapa jumlah wang yang dia dapat peroleh daripada anda. Mereka mungkin benar-benar ikhlas dan kursus itu memang berbaloi.

Anda dinasihatkan untuk mencari ulasan dari pihak ketiga yang tidak terlibat dengan mana-mana pihak di blog, forum, dan juga kalangan sosial anda yang terdekat. Ini kerana mereka lebih cenderung memberikan ulasan atau komen yang jujur.

4. Adakah anda mempunyai masa?

Selepas menjawab 3 soalan sebelum ini, anda kini boleh memutuskan sama ada kursus dalam talian berbayar itu berbaloi atau tidak. Sekiranya ia berbaloi, adakah anda mempunyai masa untuk belajar kursus tersebut?

Tetapkan masa dan tempat di mana anda dapat belajar secara online tanpa sebarang gangguan.

Anda boleh belajar sambil melakukan tugas-tugas lain, tetapi anda dinasihatkan untuk tidak melakukan banyak tugasan pada masa yang sama.

5. Adakah anda mampu untuk membeli kursus?

Sekiranya kursus online berbayar adalah sangat penting  kepada anda dan anda mempunyai masa yang cukup untuk belajar, tidak ada sebab mengapa anda tidak perlu membayar. Melainkan anda tidak mempunyai wang. Namun jika anda tidak mempunyai wang ada baiknya anda mencari kursus percuma.

Kesimpulan:

Harga tidak selalu menjadi penunjuk kualiti yang boleh dipercayai. Kursus dalam talian boleh jadi baik atau tidak baik, begitu juga kursus dalam talian percuma. Sebelum anda mengambil kursus dalam talian (percuma atau berbayar), selidik dahulu sebelum mendaftar. Dengan cara itu, anda dapat mengelak daripada membazirkan masa dan wang.

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

10 Laman Web Freelance Untuk Pereka Bentuk Dan Pengaturcara 8 Tempat Buat Resume Online Yang Menarik

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved