gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Kisah Inspirasi Anak-anak Malaysia (2)
August 30, 2017

Kisah Inspirasi Anak-Anak Malaysia – Wira Negaraku

kl2017, negaraku

Malaysia kini telah menjadi lebih maju, dikenali dan dihormati oleh dunia. Ramai anak-anak Malaysia yang berjaya mengharumkan nama Malaysia dipersada dunia. Berikut adalah sebahagian daripada kisah inspirasi anak-anak Malaysia yang mempunyai visi dan jati diri yang teguh. Mereka berjiwa berani dan sentiasa mempertingkatkan bidang masing – masing demi masa depan yang lebih baik buat semua rakyat Malaysia.

1. Julian Yee, Peluncur Ais Negara

Julian Lee, Peluncur Ais Negara

 

Dilahirkan di Kuala Lumpur 20 tahun yang lalu, Julian Yee merupakan pemegang tampuk kejuaraan negara sebanyak empat kali berturut-turut dari tahun 2013 sehingga tahun 2016 dalam sukan luncur ais.

Mula berjinak-jinak dengan sukan luncur ais sejak berumur 4 tahun lagi, Julian bersama abangnya telah diberi tunjuk ajar oleh ibunya yang merupakan mantan Naib Presiden ‘Ice Skating Association’ di Malaysia.

Dia telah mula memenangi pertandingan semasa di Institut Luncur Ais (ISI-sanctioned) ketika berumur 13 tahun lagi dan telah memecahkan rekod pemenang termuda yang dipegang oleh abangnya pada tahun sebelumnya.

Julian telah menyertai mewakili Malaysia dan memengangi banyak pingat di pelbagai pertadingan di seluruh dunia. Terkini, dia bakal bertanding di Oberstdorf, Jerman pada September akan datang dan perlu mendapatkan sekurang-kurangnya tempat ke-enam untuk memastikan peluang bertanding di sukan paling berprestij di dunia, iaitu Sukan Olimpik (Musim Sejuk).

2. Michael Teoh, Pakar Motivasi Antarabangsa

Micheal Teoh, Pakar Motivasi

Walaupun pernah menjadi seorang mangsa buli di sekolah, sejak kecil lagi Michael Teoh telah menanam impian untuk menjadi sumber inspirasi kepada orang lain, supaya mereka boleh menjadi lebih baik dengan membantu dan menolong pihak yang kurang berkeupayaan.

Hari ini, dia telah menjadi jurucakap kepada ribuan orang yang terkenal antaranya termasuklah syarikat-syarikat ’Fortune 500’ dalam 39 negara dari seluruh dunia, dalam topik Mengurus dan Memenangi Hati Gen-Y, Motivasi dan Kepimpinan, yang telah mendapat liputan meluas di CNN, BBC dan Huffington Post.

Dia turut berkongsi pentas dengan ikon-ikon tersohor dunia seperti Sir Richard Branson, Prof. Muhd Yunus, Tony Fernandes dan pernah dikunjungi oleh Presiden Barack Obama semasa dia mengadakan bengkel yang ditaja oleh Microsoft, dimana dia merupakan seorang jurulatih dan fasilitator di sana.

Sebelum dia menjadi seorang pakar motivasi antarabangsa, dia telah melalui fasa sebagai seorang jurucakap, penasihat dan usahawan, bekerja di syarikat perunding pengurusan, pengarah strategi dan perunding jenama.

Mendapat pendidikan dari New Zealand, dia turut menghadiri kursus pembelajaran di Universiti Harvard, Universiti Stanford dan juga INSEAD.

3. Heidy Quah, Penerima Anugerah ‘Young Leader Awards’ daripada Permaisuri Elizabeth II

Heidy Quah, Pemenang "Youth Leaders Award"

Perlindungan Untuk Pelarian ataupun Refuge for Refugees (RFTR) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang telah memulakan program mereka sejak bulan Jun 2012. RFTR ditubuhkan untuk membantu sekolah anak-anak pelarian ini terus dibuka dan berjalan seperti biasa dengan membekalkan pelajaran asas kepada anak-anak ini.

Heidy Quah, gadis yang berusia 23 tahun ini adalah pengasas bersama RFTR sejak lima tahun lalu dan pada tahun ini, dia begitu bertuah kerana terpilih untuk menerima anugerah ‘Young Leaders Award’ daripada Permaisuri Elizabeth II yang akan berlangsung hujung bulan ini.

“Setiap manusia layak untuk mendapat hak-hak utama mereka terutamanya pelajaran asas, dan mendapat pelajaran yang sempurna adalah sangat substansial (penting) bagi kanak-kanak ini, kerana pelajaranlah yang akan menentukan halatuju masa depan mereka”, tegas Heidy lagi.

Dia akan menerima anugerah tersebut di Buckingham Palance pada 29 Jun akan datang. Tahniah kepada Heidy Quah kerana mengharumkan meletakkan nama Negara Malaysia setaraf dengan negara-negara membangun yang lain di seluruh dunia.

4. Ann ‘Athena’ Osman, Ikon MMA

Ann 'Athena' Osman, Ikon MMA

Kisah inspirasi anak-anak Malaysia yang keempat ialah Nur Ain Osman atau lebih dikenali sebagai Ann ‘Athena’ Osman, 27 tahun, dan berasal dari Kota Kinabalu Sabah, merupakan wanita pertama Malaysia yang telah bertarung secara professional dalam kejohanan MMA, ONE Fighting Championship (ONE FC) – sesuatu yang amat membanggakan!

Gadis separuh Dusun itu telah berlatih selama lebih lima tahun dalam sukan MMA dan mempunyai latar belakang yang kukuh dalam seni mempertahankan diri Muay Thai di mana dia telah dilatih oleh jurulatihnya, AJ ‘ Pyro ‘ Lias Mansor.

Bagi Ann, peluang untuk mewakili Malaysia merupakan satu impian yang menjadi kenyataan. Ia adalah satu penghormatan besar untuk membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa dan membawa pulang kemenangan.

Ann juga percaya bahawa wanita kini mampu melakukan perkara-perkara yang dahulunya hanya dibuat oleh kaum lelaki. Baginya, wanita mampu untuk mempertahankan diri mereka sendiri.

Sebagai seorang yang berdisiplin tinggi, Ann membahagikan masanya antara kerjaya dalam industri hartanah, membantu jurulatih, dan keluarga. Dia percaya pengurusan masa adalah kunci ke arah kejayaan.

Kesimpulan

Terdapat banyak lagi kisah inspirasi anak-anak Malaysia yang belum dapat saya kongsikan dengan anda. Untuk dapatkan lebih banyak kisah inspirasi anak-anak Malaysia, anda boleh lawati ke laman web ini. Jangan lupa untuk sertakan #WiraNegaraku di dalam perkongsian anda. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60 tahun!

Sumber: Negaraku

 

Facebook Comments

Izzah Kezuwani

→ Izzah Kezuwani

9 Tips untuk Usahawan Tani Dalam Bisnes Pertanian 4 Senarai Perkhidmatan Storan Awan Percuma

Related Posts

Office Stress Busters

Inspiration

New Age Office Stress Busters

internet - addiction or necessity

Inspiration

Internet – An Addiction or A Necessity?

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Inspiration

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Inspiration, Tips & Trick

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved