gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
khatijah sidek
August 30, 2016

Khatijah Sidek: Puteri Kesateria Bangsa

Sempena 31 Ogos, Hari Kemerdekaan negara saya ingin kongsikan satu kisah perjuangan tokoh negara: Khatijah Sidek.

Bangun melur bangun melati,
Kembang bunga petang dan pagi,
Biar lebur biar mati,
Namun tak mahu dijajah lagi.

Demikian adalah petikan pidato Khatijah Sidek, seorang pejuang kemerdekaan negara. Pernahkah anda dengar nama Khatijah Sidek? Beliau digelar Puteri Kesateria Bangsa. Dilahirkan pada tahun 1918 di Pariaman, Sumatera Barat, Indonesia. Selat Melaka diseberangi untuk membantu perjuangan golongan kaum ibu. Hasil usaha beliau, seramai 10,000 orang wanita tertarik untuk bersama memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Ketika itu, suara wanita tidak didengari, diketepikan, dan tiada pengiktirafan buat mereka untuk seiring berjuang dengan pemimpin lelaki. Tiada tempat untuk mereka di pilihan raya dan diberi tanggungjawab untuk menjaga kebaikan kaum ibu sahaja. Kehadiran beliau agak tidak disenangi oleh sesetengah pihak dan pelbagai usaha giat dijalankan untuk menyingkirkan beliau dari arena politik. Beliau dengan beraninya mengkritik secara terbuka pemimpin UMNO yang disifatkan takut untuk berjuang ke arah kemerdekaan.

Pada tahun 1953, beliau adalah pemimpin wanita UMNO yang pertama melontarkan suara berikutan hak wanita secara terbuka dalam Persidangan Agung UMNO yang menuntut supaya kaum ibu dibenarkan mengundi serta menambah bilangan perwakilan ahli wanita.

Gaya bicara dan tindakan beliau semasa di persidangan tidak disenangi rata-rata  ahli dan pemimpin UMNO ketika itu. Mereka bersifat konservatif dan belum bersedia untuk menerima kaum wanita berada dipucuk pimpinan parti. Beliau akhirnya dipecat daripada UMNO pada 1956. Beliau menerima tawaran untuk menyertai UMNO semula pada tahun 1971, dan dilantik menjadi Naib Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO Cawangan.

Beliau menutup mata pada tahun 1982, dan perjalanan hidupnya diabadikan dalam memoir Khatijah Sidek, Puteri Kesateria Bangsa. Untuk bacaan lanjut tentang beliau, boleh baca di laman web ini.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-59.

Sumber: Malaysian Digest

Facebook Comments
  • Facebook
  • Twitter
  • Google+
  • Buffer

Izzah Kezuwani

→ Izzah Kezuwani

Peranti Anti Pencuri oleh Apple Tips menguruskan masa dengan lebih bijak

Related Posts

Office Stress Busters

Inspiration

New Age Office Stress Busters

internet - addiction or necessity

Inspiration

Internet – An Addiction or A Necessity?

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Inspiration

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Inspiration, Tips & Trick

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …
Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …
Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …
Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …
Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …
Read More
gloviss logo
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2020 gloviss.com | All Rights Reserved