gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Kerja-kerja online yang sesuai untuk pelajar
May 4, 2017

Kerja-kerja Online Yang Sesuai Untuk Pelajar Mencari Wang Tambahan

Anda sebagai seorang pelajar mesti mahukan wang tambahan untuk membiaya kos sara hidup anda di universiti. Kadang-kadang duit PTPTN tak cukup untuk menampung kos perbelanjaan anda. Banyak cara yang mudah untuk anda mendapatkan wang tambahan. Dengan adanya zaman internet sekarang, ada beberapa kerja yang anda hanya perlu buat secara online sahaja. Ini bukan sahaja dapat menampung sedikit sebanyak kos perbelanjaan seharian ketika berada di universiti, ia juga tidak akan mensia-siakan masa yang terluang, terutamanya ketika cuti semester. Berikut adalah kerja-kerja online yang sesuai untuk pelajar:

1. Kajiselidik dalam talian (Online Paid Survey)

Menjawab kajiselidik dalam talian memang amatlah mudah! Anda hanya perlu memberikan pandangan tentang sesuatu produk ataupun perkhidmatan. Berapa yang anda akan dapat bergantung kepada berapa kerap anda melengkapkan kajiselidik. Ia tidaklah menjanjikan pendapatan yang lumayan, tetapi lebih baik jika kita menghabiskan masa untuk menjawab kajiselidik daripada hanya bermain telefon sahaja. Banyak kajiselidik yang terdapat di Malaysia, tetapi anda haruslah bijak untuk memilih yang mana sah disisi undang-undang. Anda boleh rujuk tips-tips untuk mengenalpasti samaada laman web itu adalah “scam” ataupun tidak di post kami yang sebelum ini.

2. Freelancer

Anda ada kemahiran seperti menulis artikel, mengedit gambar dan sebagainya? Sayang untuk anda sia-siakannya. Anda boleh menjadi freelancer dengan mengunakan skill kemahiran anda. Sebagai contoh, anda boleh menawarkan perkhidmatan untuk data analisis, menulis artikel di laman web, menjadi seorang MC di majlis-majlis, membuat terjemahan dari artikel ataupun buku, ataupun menaip tugasan ataupun thesis pelajar-pelajar lain – bukan siapkan dari A-Z, hanya tolong taipkan sahaja ya! Banyak syarikat-syarikat kecil yang mahukan kemahiran anda. Anda bukan sahaja dapat wang tambahan, anda juga boleh memantapkan skill anda serta mendapat pengalaman bekerja.

3. Dropship

Kerja-kerja online yang sesuai untuk pelajar yang ketiga ialah menjadi dropshipper. Pasti ramai yang dah tahu bukan tentang dropship? Dropship secara teorinya ialah satu konsep perniagaan yang sangat mudah, senang dan sesuai dengan perniagaan di internet, ataupun secara online. Ia tidak memerlukan anda untuk mengeluarkan modal mahupun menyimpan stok. pelajar-pelajar hanya perlu buat promosi dan mengambil pesanan daripada supplier untuk dihantar terus kepada pelanggan. Sebelum anda mahu menjadi dropshipper, anda perlu belajar ilmu tentang dropship dahulu. Banyak kes-kes sekarang yang menjadi dropshipper sesuatu produk, tetapi pemilik itu hilang, lesap. Oleh itu, anda perlu berhati-hati untuk menjadi dropshipper dan buatlah sedikit research terlebih dahulu.

Kesimpulan

Dalam dunia internet yang kelajuan internetnya bertambah laju setiap tahun maka semakin banyak peluang yang kita boleh ambil berdasarkan kesesuaian yang ada pada kita.

Facebook Comments

Izzah Kezuwani

→ Izzah Kezuwani

Websites Yang Boleh Muat Turun Ebooks Secara Percuma Bagaimana Untuk Mencari Wang Secara Online

Related Posts

Gloviss Affiliate Program

Gloviss

Gloviss Affiliate Program – Mari Sertai Sekarang!

register online survey gloviss

Gloviss

REGISTER ONLINE WITH GLOVISS!

faq gloviss online survey

Gloviss

Top 5 Most Frequently Asked Questions About Gloviss

paid online survey

Gloviss

What is Gloviss?

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved