gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
kemahiran penting tahun 2019
August 12, 2019

Kemahiran Penting untuk Mudah Dapat Kerja Tahun 2019

Di pasaran pekerjaan yang sentiasa berubah-ubah dan ekonomi global yang bergerak pantas, jangkaan syarikat untuk pekerja juga berubah. Kedua-dua soft skill dan hard skill sangat diperlukan pada abad ke-21 ini. Tanpa salah satu kemahiran ini, anda bakal mengalami kesukaran untuk mendapat kerja.

Dari tahun ke tahun, teknologi semakin bertambah canggih. Oleh itu permintaan terhadap tenaga kerja turut berubah sama. Majikan hari ini tidak hanya mencari kepakaran dan pengetahuan teknikal, tetapi juga kemahiran komunikasi, pemikiran kritikal, inovasi, kesesuaian dan banyak lagi untuk menghadapi cabaran ekonomi yang cepat berubah di zaman ini.

Kreativiti

Tidak dinafikan terdapat ancaman kehilangan pekerjaan kepada robot. Namun kreativiti adalah sifat manusia yang jelas dan penting dalam persekitaran perniagaan yang berjaya.

Organisasi hari ini beroperasi dalam persekitaran global yang sangat kompetitif, menjadikan kreativiti penting. Kreativiti adalah apa yang menyuntik idea-idea besar, mencabar cara pemikiran pekerja, dan membuka pintu kepada peluang perniagaan baru.

Kemahiran Memujuk

Kebanyakan perniagaan sukar untuk melangkah jauh tanpa kuasa pujukan. Sama ada ia menjual produk atau menyampaikan maklumat, kemahiran memujuk klien untuk mempercayai dan memahami nilai syarikat adalah sangat penting. Adalah penting jika seorang pengurus dapat memujuk pekerjanya untuk menggunapakai sesetengah pendekatan yang syarikat inginkan berbanding dengan hanya mengarahkan mereka.

Kolaborasi

Satu kajian pada tahun 2018 dari Scope Logic mendapati salah satu faktor terbesar yang menyumbang kepada kejayaan mana-mana perniagaan adalah sama ada pekerjanya dapat melakukan kerja dalam pasukan ataupun tidak. Sembilan puluh tujuh peratus daripada eksekutif dan pekerja korporat percaya kurangnya sikap kerja berpasukan memberi kesan negatif kepada projek.

Mereka juga mendapati kerjasama yang baik membawa kepada peningkatan produktiviti, peningkatan inovasi, kemahiran digunakan dengan lebih baik, serta pengurangan risiko.

Kebolehan Menyesuaikan Diri

Untuk bertahan dan berkembang maju dalam dunia yang berkembang pesat ini, sesebuah perniagaan perlu sentiasa bergerak untuk menyesuaikan diri. Ini kerana teknologi sangat cepat berubah. Jika sesebuah syarikat itu tidak berminat atau tidak mampu berurusan dengan perubahan maka mereka bakal gagal bertahan di dalam perniagaan.

Untuk terus berdaya saing di dalam dunia perniagaan kini, anda bukan sahaja memerlukan kemahiran dan keinginan tetapi juga kebolehan untuk melihat ke depan.

Pengurusan Masa

Pengurusan masa meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perniagaan. Ia juga dapat memberi manfaat kepada pekerja, menjadikan kehidupan kerja lebih mudah diurus, memperkemaskan proses, dan memberikan lebih banyak masa untuk pembelajaran atau aktiviti di luar kerja.

Pengkomputeran Awan

Pekerjaan di dalam pengkomputeran awan semakin meningkat kerana semakin banyak syarikat beralih dari infrastruktur pelayan klasik ke penyelesaian awan. Amazon Web Services adalah salah satu daripada platform awan yang menampilkan penghantaran kandungan, storan pangkalan data, rangkaian, dan lebih dari 50 perkhidmatan.

Artificial Intelligence

AI memberi kesan pada semua jenis industri. Sesiapa yang tidak mahu terlibat, pasti akan ketinggalan. LinkedIn mendapati kemahiran AI adalah antara kemahiran yang paling pesat berkembang di laman web dengan peningkatan 190 peratus pada LinkedIn dari 2015 hingga 2018.

Penaakulan Analitik

Dalam dunia yang penuh dengan data ini, mengetahui apa yang perlu dilakukan dengan data besar ini adalah penting. Syarikat  memerlukan pekerja yang mampu merumuskan penyelesaian berdasarkan apa yang diberikan kepada mereka.

Pengurusan Manusia

Ia tidak mencukupi jika anda hanya berupaya memerintahkan pekerja untuk melakukan kerja. Syarikat memerlukan pemimpin yang boleh memberi motivasi, melibatkan diri dan memperkasakan pekerja.

SEO/SEM

Majikan mencari pekerja yang mempunyai kemahiran pemasaran digital untuk meningkatkan kehadiran web syarikat mereka. Ini adalah salah satu kemahiran teknologi yang mendapat permintaan tinggi ketika ini. Ini kerana lebih banyak trafik ke laman web atau halaman Facebook bermakna lebih banyak conversion, pelanggan, dan pendapatan.

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

Aplikasi Invois dan Pengurusan Masa Paling Efisien 8 Alat untuk Membina Laman Web Dengan Mudah

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a cafĂ©, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved