gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Kelebihan bekerja dari rumah
June 6, 2017

Apakah Kelebihan-kelebihan Bekerja Dari Rumah?

Mari semak adakah bekerja dari rumah adalah sesuai untuk anda! Melalui dunia atas talian masa kini, tidak lagi sukar untuk memperolehi mata pencarian dari rumah. Terdapat banyak pilihan untuk menjana pendapatan secara atas talian tanpa perlu meninggalkan keselesaan di rumah melalui kaji selidik atas talian sehinggalah ke pekerjaan kemasukan data. Namun begitu, walaupun bekerja dari rumah kelihatan seperti pekerjaan impian terdapat juga kelebihan bekerja dari rumah.

Anda adalah Boss

boss
Salah satu daripada kelebihan bekerja dari rumah adalah kebebasan! Anda tidak lagi terikat pada jadual yang ditetapkan oleh orang lain. Anda bebas memilih untuk lakukan apa sahaja, pada waktu yang anda mahu, dan di mana sahaja yang anda mahu! Anda juga tidak perlu menghabiskan masa bekerja anda seharian di pejabat. Dengan bekerja dari rumah, anda akhirnya mempunyai peluang menghabiskan masa bekerja anda di kedai kopi yang selama ini menjadi perhatian namun tidak pernah mempunyai kesempatan untuk mencuba. Hanya perlu membawa laptop anda!

Anda tidak perlu berurusan dengan orang ramai

alone

Rakan sekerja akan menjadi salah satu faktor utama dalam keselesaan di pejabat. Tidak semua orang bertuah mempunyai rakan sekerja yang hebat dan menyeronokkan di tempat kerja. Bekerja dari rumah merupakan alternatif terbaik apabila tidak lagi perlu berdepan dengan pebagai karenah menjengkelkan, hieraki dan juga politik pejabat.

Anda kini lebih produktif

Kelebihan bekerja dari rumah yang seterusnya ialah anda akan lebih produktif. Bagaimana ia berlaku? Kajian mendapati orang ramai yang bekerja dari rumah akan menjadi lebih produktif kerana mereka tidak lagi terdedah kepada pelbagai gangguan yang mengalihkan perhatian. Keadaan sekeliling yang hingar dan bising akan menambah kesukaran untuk fokus dalam menyelesaikan tugas di pejabat. Bekerja dari rumah adalah pilihan yang tepat apabila berdepan dengan masalah ini. Bagaimana untuk kekal produktif di rumah? Anda boleh mencuba tips ini.

Anda kini mempunyai lebih masa untuk diri sendiri

Pernahkah anda terfikir betapa banyaknya masa dihabiskan ketika bersiap sedia pergi dan juga pulang dari tempat kerja? Inilah kelebihan mereka yang bekerja dari rumah. Masa yang dihabiskan selama ini untuk persiapan ke tempat kerja dapat diluangkan untuk keluarga tersayang dan rakan-rakan. Anda juga mempunyai lebih masa untuk diri sendiri kerana pejabat anda sekarang tersedia di mana sahaja anda bangun dari tidur!

Anda kini dapat berjimat

Apabila anda tidak lagi perlu menghadirkan diri ke pejabat, anda bukan sahaja menjimatkan masa malah juga wang ringgit! Fikirkan betapa banyaknya kos minyak yang diperlukan untuk sampai ke tempat kerja. Selain itu, tekanan menghadapi laluan lalu lintas yang sibuk juga dapat dihindarkan. Maka bekerja dari rumah dapat menjimatkan wang anda apabila tidak perlu ke spa untuk menghilangkan stress!

Facebook Comments

Izzah Kezuwani

→ Izzah Kezuwani

Bagaimana Untuk Mencari Wang Secara Online Tips Untuk Kekal Selamat Menggunakan Wi-Fi Percuma

Related Posts

Gloviss Affiliate Program

Gloviss

Gloviss Affiliate Program – Mari Sertai Sekarang!

register online survey gloviss

Gloviss

REGISTER ONLINE WITH GLOVISS!

faq gloviss online survey

Gloviss

Top 5 Most Frequently Asked Questions About Gloviss

paid online survey

Gloviss

What is Gloviss?

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved