gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Dijangkiti malware
January 4, 2017

Dijangkiti Malware? Ketahui Bagaimana Untuk Menghilangkannya

Adakah komputer anda asyik hang sahaja dan tidak seperti dahulu lagi? Adakah anda mendapat banyak pop-up semasa melayari internet? Pernahkah anda melihat lain-lain masalah pelik timbul? Jika ya, PC anda mungkin telah dijangkiti malware, virus atau spyware yang lain – walaupun anda mempunyai program antivirus di komputer anda. Ia adalah yang terbaik untuk periksa sama ada komputer anda ada dijangkiti malware dan kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk melakukannya sendiri.

Langkah 1: Masuk ke Safe Mode

Sebelum anda melakukan apa-apa, anda perlu memutuskan sambungan PC anda dari internet, dan tidak menggunakannya sehingga anda bersedia untuk membersihkan PC anda. Ini boleh membantu mencegah malware daripada merebak ke data peribadi anda.

Jika anda berfikir PC anda mungkin dijangkiti malware, boot PC anda ke dalam Safe Mode dengan networking. Dalam mod ini, hanya sedikit program dan perkhidmatan yang diperlukan dimuatkan. Jika mana-mana malware ditetapkan untuk masuk secara automatik apabila Windows bermula, apabila memasuki ke dalam mod ini, ia mungkin menghalangnya daripada berbuat demikian. Ini penting kerana ia membolehkan fail yang hendak dibuang lebih mudah kerana mereka sebenarnya tidak berjalan atau aktif.

Anda mungkin mendapati bahawa PC anda berjalan nyata lebih cepat dalam Safe Mode. Ini boleh menjadi tanda bahawa sistem anda mempunyai jangkitan malware, atau ia mungkin bermakna bahawa PC anda mempunyai banyak program sah yang biasanya dimulakan bersama Windows.

Langkah 2: Padam fail-fail sementara

Sekarang anda berada dalam Safe Mode, anda mahu melakukan imbasan virus. Tetapi sebelum anda berbuat demikian, anda perlu memadam fail-fail sementara. Ia boleh mempercepatkan proses pengimbasan virus, membebaskan ruang cakera, dan juga menghilangkan beberapa malware. Untuk menggunakan utiliti Disk Cleanup, anda hanya perlu menaip Disk Cleanup dalam bar carian.

Langkah 3: Muat turun pengimbas malware

Apabila anda telah selesai langkah kedua, anda perlu muat turun pengimbas malware dan dengan melakukan pengimbasan ianya cukup untuk membuang jangkitan virus yang standard. Jika anda mempunyai program antivirus pada PC anda, anda perlu menggunakan program yang lain. Ia mungkin tidak dapat mengesan malware pada PC anda. Akan tetapi, harus diingatkan bahawa program antivirus tidaklah boleh mengesan 100% virus, malware dan sebagainya.

Terdapat dua jenis program antivirus. Anda mungkin lebih biasa dengan program antivirus real-time, di mana ia diprogramkan untuk run latar belakang dan sentiasa mengawasi malware. Satu lagi pilihan adalah pengimbas atas permintaan, di mana ia mencari untuk jangkitan malware apabila anda membuka program secara manual dan menjalankan imbasan. Anda harus mempunyai hanya satu program antivirus real-time dipasang pada satu masa, tetapi anda boleh mempunyai banyak pengimbas atas permintaan dipasang untuk menjalankan imbasan dengan pelbagai program, dengan itu memastikan bahawa jika salah satu program tidak berjaya mengimbas malware.

Langkah 4: Jalankan imbasan menggunakan Malwarebytes

Anda perlu untuk memuat turun Malwarebytes, install kan di dalam PC mengikut wizardnya. Setelah program berjaya diinstall, biarkan pilihan pengimbas secara default (“Threat Scan”) dipilih dan klik butang Mula Scan. Ia perlu menyemak kemas kini sebelum ia membuat imbasan, jadi pastikan ianya berlaku sebelum anda meneruskannya.

Sebaik sahaja imbasan tadi selesai, Malwarebytes akan menunjukkan hasil imbasan kepada anda. Jika perisian itu menyatakan sistem anda bebas dari Malware, tetapi anda masih lagi ragu-ragu, anda perlu menjalakan imbasan custom. Jika terdapat malware, klik butang Remove Selected untuk menghilangkan jangkitan yang dinyatakan. Malwarebytes juga mungkin akan meminta anda untuk restart PC anda untuk melengkapkan proses penyingkiran.

Jika masalah anda berterusan selepas anda menjalankan imbasan ancaman dan ia telah ditemui dan mengeluarkan fail yang tidak diingini, pertimbangkan untuk menjalankan imbasan penuh dengan Malwarebytes dan pengimbas lain-lain.

Sumber: GermanPearl

Facebook Comments

Izzah Kezuwani

→ Izzah Kezuwani

Apakah Statistik dan Kajiselidik Dalam Talian? Kisah Kegagalan Yang Memberi Inspirasi Untuk Semua

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved