gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Cara Untuk Menyambung Papan Kekunci Komputer Ke Peranti Android
November 28, 2017

Cara Untuk Menyambung Papan Kekunci Komputer Ke Peranti Android

Cara pakai OTG

Menaip terus pada skrin telefon memang mudah dan pantas berbanding menaip pada papan kekunci komputer. Akan tetapi tidak semua dapat ditaip di telefon.

Jangan risau. Sekarang terdapat cara untuk menyambung papan kekunci komputer ke peranti Android seperti telefon pintar.

1. Sambung Papan Kekunci USB Ke Peranti Android

Anda boleh menyambungkan USB papan kekunci ke peranti Android melalui USB OTG , sekiranya peranti anda menyokong USB OTG. Jika anda membeli peranti Android pada 3 tahun yang lepas, jangan risau kerana kemungkinan besar ia menyokong USB OTG.

Tetapi jika anda tidak pasti, anda boleh menggunakan aplikasi Easy OTG Checker. Aplikasi ini boleh mengesan perkakas USB OTG dan perisian API.

Cara Untuk Menyambung Papan Kekunci Komputer Ke Peranti Android

Secara alternatif, anda juga boleh membeli adapter/penyesuai USB OTG secara online atau di kedai gadget serendah RM10.

Caranya adalah:

  • Sambungkan papan kekunci ke penyambung USB dan telefon pintar ke penyambung micro-USB.
  • Papan kekunci akan disambung secara automatic.
  • Cuba buka mana-mana aplikasi dan mula menaip di papan kekunci.
  • Apabila ia berjaya disambung, anda boleh menggunakan kekunci seperti Page Up, Page Down dan Shortcuts seperti Ctrl A.

2. Sambung Bluetooth Papan Kekunci Android

Bluetooth Keyboard lebih mudah digunakan dan disambung pada telefon pintar.

Caranya adalah:

  • Hidupkan Bluetooth pada kedua-dua peranti.
  • Pilih keyboard/papan kekunci. Jika anda diminta untuk memasukkan kod PIN, kebiasaaannya kod PIN adalah ‘0000’.
  • Papan kekunci kini telah disambungkan dan anda boleh mula menaip.

3. Sambung Papan Kekunci  PC ke Android (Wifi)

Anda boleh menyambung PC dan telefon Android anda melalui Wi-Fi, dan memindahkan teks dari PC ke telefon. Kaedah ini mungkin bagus apabila anda perlu menaip teks yang panjang pada telefon anda.

Kami mencadangkan aplikasi Papan Kekunci WiFi untuk ini yang membolehkan anda memindahkan teks menggunakan tetingkap penyemak imbas. Setelah dipasang, anda perlu menetapkannya sebagai kaedah input lalai/default input method.

  • Pergi ke Settings dan klik Language & Input
  • Klik pilihan papan kekunci semasa dan pilih WIFI keyboard.
  • Benarkan Wifi Keyboard
  • Klik pada pilihan papan kekunci semasa lagi dan pilih WIFI Keyboard.
  • Sekarang, buka aplikasi papan kekunci WIFI. Anda akan melihat dua alamat. Anda boleh memasukkan mana-mana alamat ini dalam tetingkap pelayar PC anda untuk membuka antara muka web papan kekunci WiFi.

Apa-apa sahaja yang anda taip dalam medan teks antara muka web akan muncul di telefon anda. Dalam ujian kami, menaip adalah sangat responsif, tetapi tiada pratonton teks/text preview. Jadi anda perlu pratonton/preview  input pada telefon anda.

Petua: Pastikan anda memutuskan sambungan papan kekunci selepas digunakan kerana ia memakan banyak bateri (tidak kira kaedah yang anda gunakan).

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

5 Cara Elak Google Chrome Makan Banyak Bateri 10 Laman Web Freelance Untuk Pereka Bentuk Dan Pengaturcara

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved