gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Cara Promosikan Saluran YouTube
January 16, 2020

Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

Anda mungkin menghasilkan kandungan video yang mengagumkan dan mempunyai saluran YouTube yang hebat, tetapi jika anda tidak pergi lebih jauh untuk mempromosikannya, anda pasti berasa sukar untuk mendapat pelanggan baru. Dalam artikel ini, saya telah mengumpulkan beberapa cara untuk membantu anda mendapat lebih banyak perhatian pada saluran YouTube anda tanpa kos.

Tulis tajuk dan deskripsi yang berkaitan

Bercakap bahasa yang sama dengan penonton anda adalah penting, dan anda harus menggunakan istilah yang tepat untuk video anda. Enjin carian YouTube berfungsi sama dengan Google. Anda perlu spesifik dan gunakan kata kunci yang digunakan penonton prospek anda.

Jika anda tidak pasti dengan pilihan perkataan atau topik anda? Pergi ke Google Trends dan ketik idea anda untuk membandingkan tahap minat.

Penerangan dipercayai kurang memberi kesan ke atas pengoptimuman, tetapi tidak bermakna anda tidak perlu mengambil berat tentangnya atau hanya menggunakannya untuk mengulang kata kunci anda.

Sebagai contoh, jika anda taip “10 resipi sarapan” di carian YouTube, anda akan melihat berpuluh-puluh video dengan tajuk yang sama. Dalam kes sedemikian, baris pertama penerangan video adalah cara terbaik untuk menonjolkan video anda. Gunakannya untuk menerangkan bagaimana video anda berbeza, dan mengapa ia patut ditonton.

Buat Thumbnail yang menarik

Ramai newbie YouTubers percaya thumbnail tidak penting kerana ia tidak mempunyai pengaruh pada enjin carian dan tidak akan membantu video muncul di halaman pertama YouTube. Bagaimanapun, seperti penerangan, thumbnail mempunyai kesan yang luar biasa pada kadar klik video anda.

Atur video ke senarai main

Terdapat dua manfaat apabila menggunakan senarai main. Pertama, bersama-sama dengan thumbnail, senarai main menjadikan saluran anda teratur dan mudah dinavigasi. Maksudnya, penonton mungkin menghabiskan lebih banyak masa untuk meneroka topik yang mereka minati. Kedua, senarai main membawa nilai pengoptimuman dan membantu anda muncul dalam hasil carian.

Hasilkan video yang menarik

Attention span kebanyakan orang adalah antara 8 dan 12 saat. Jika anda tidak menangkap perhatian penonton dalam masa tersebut, anda telah gagal menarik perhatian penonton. Untuk melihat bagaimana prestasi video anda, pergi ke Creator Studio – Analytics – Audience Retention. Jjika anda melihat penurunan penonton yang besar dalam 10 saat pertama atau lebih, itu bermakna pengenalan anda perlu dipertingkatkan.

Elakkan pengenalan yang panjang

Jangan buang masa pada intro lama. Brian Dean, pakar pemasaran SEO dan kandungan, mengesyorkan menggunakan “formula PPP”, yang bermaksud Preview, Proof, Preview.

Menurut Brian, sebaik sahaja seseorang menonton 15 saat pertama video anda, terdapat kemungkinan besar mereka akan menontonnya hingga akhir. Untuk melakukan itu, gunakan detik-detik berharga ini untuk memberitahu penonton tentang video anda, jelaskan mengapa mereka harus mempercayai anda, dan tambahkan sneak peak atau teaser untuk menarik perhatian dan memberi motivasi penonton untuk menonton sampai akhir. Elakkan diri daripada menggunakan banyak kesan khas kerana ia sering mengganggu tumpuan.

Tamatkan dengan Call-To-Action

Walaupun seseorang menyukai video anda, ada kemungkinan mereka akan lupa untuk memberikan thumbs up atau melanggan saluran anda. Jadi, terserah kepada anda untuk mengingatkan mereka. Anda telah bekerja keras untuk membuat video ini dan memberi nilai kepada penonton, jadi tidak ada sebab untuk berasa malu meminta balasan daripada penonton. Motivasikan penonton dengan menerangkan apa yang mereka akan dapatkan daripada video seterusnya.

Gunakan sebaiknya skrin akhir dan kad

Gabungan kad dan skrin akhir adalah lima kali lebih kuat untuk mengekalkan penonton. Lagipun ia mudah alih dan boleh digunakan di aplikasi YouTube. Gunakan pendekatan minimalis dan jangan pautkan lebih daripada dua video pada skrin akhir.

Rajinkan diri membalas komen

Dengan membalas komen bermakna anda menghargai usaha dan anda peduli video anda. Galakkan perbincangan dalam video anda, tanya soalan, buat pemilihan (anda boleh menggunakan Kad untuk tujuan itu), dan berinteraksi dengan setiap komen yang anda terima.

Promosikan video di media sosial

Anda boleh mempromosikan video melalui blog, berkongsi melalui Twitter, menerbitkan di Facebook dan Pinterest. Sekiranya anda mempunyai halaman Facebook untuk saluran anda, anda boleh bereksperimen dengan mempromosikan siaran anda untuk khalayak baharu pada kos serendah $5 untuk melihat jika ia berfungsi untuk anda.

Menjadi ahli komuniti khusus

Sama ada anda seorang blogger video drone, artis solek, peminat permainan video, atau seorang guru bahasa terdapat forum dan komuniti untuk setiap bidang. Sertai komuniti tersebut untuk memperkenalkan video anda.

Bekerjasama dengan Youtuber yang lain

Anda boleh bekerjasama dengan YouTubers yang lain yang boleh memberikan nilai tambahan untuk penonton anda. Jika anda melakukan review telefon pintar, cari Youtuber yang membuat review tentang aplikasi atau aksesori telefon mudah alih.

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

5 Aplikasi Keselamatan untuk Telefon Pintar Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved