gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Maklumat Anda di Internet
September 19, 2016

7 cara untuk pastikan maklumat anda selamat di internet (bah. 1)

Sosial media seperti Facebook, Instagram dan Twitter kini dijadikan sebagai platform untuk usahawan berniaga. Malah ada laman web jualan seperti Lazada, Zalora, Qoo10 dan banyak lagi menjual produk. Membeli produk secara online amat mudah dan ramai pengguna sukakan cara ini. Ia tidak boleh dielakkan dengan memberikan beberapa maklumat peribadi kepada penjual. Banyak berita keluar di surat khabar, radio dan televisyen tentang kegiatan penipuan internet. Kadang-kadang kita tertanya-tanya adakah maklumat kita selamat dengan laman web ini? Oleh itu, kami ada senaraikan beberapa tips untuk dijadikan sebagai panduan untuk melindungi data peribadi anda.

  1. Kekal selamat di sosial media

Sosial media mungkin nampak seperti tempat yang selamat untuk berkongsi kehidupan seharian, tetapi anda haruslah berhati-hati tentang apa yang anda post setiap hari. Maklumat peribadi seperti tarikh lahir dan alamat rumah anda boleh digunakan oleh penjenayah untuk pelbagai jenis jenayah.
Untuk mengelakkan ini daripada berlaku, ubahkan tetapan sekuriti di sosial media anda. Jika anda berkongsi post yang mengandungi maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti (Personally Identifiable Information, PII), pastikan hanya kepada orang yang anda percaya. PII adalah data yang berpotensi untuk mengenalpasti individu secara spesifik. Sebarang maklumat boleh digunakan untuk membezakan seseorang individu dengan individu yang lain.

  1. Lindungi Kad Kredit Anda

Apabila anda membuat pembelian secara online, sentiasa pastikan laman web yang anda masukkan maklumat kad kredit anda adalah selamat. URL harus bermula dengan “HTTPS”, bukannya sekadar “HTTP”. Dan anda juga jangan membuat sebarang pembelian daripada rangkaian yang tidak selamat, seperti wifi di kedai kopi dan sebagainya, dan jangan lupa untuk daftar keluar akaun apabila menggunakan peranti awam.
Untuk lebih berhati-hati, sediakan satu kad kredit prepaid dan hadkan penggunaan untuk pembelian online. Ini akan mengurangkan risiko jika seseorang mencuri data peribadi anda.

  1. Gunakan storan Cloud untuk sandaran

Anda boleh buatkan sandaran untuk fail-fail yang penting. ia penting sekiranya peranti anda hilang ataupun dicuri. Beberapa tahun sebelum ini, pengkomputeran secara “Cloud” menjadi semakin selamat, dan syarikat besar seperti Amazon dan Microsoft menguasai pasaran. Bahkan hospital dan penjagaan kesihatan sudah mula menggunakan “cloud” untuk simpanan data, akses yang mudah dan jaminan keselamatan kepada dokumen sulit.
Storan “Cloud” yang kebiasaannya adalah seperti Gmail dan Google Drive, di mana kita boleh memuat turun fail dan akses dia di mana sahaja. Apa yang diperlukan adalah sambungan internet.

  1. Reset kepada ‘Factory Setting’ & “Drive Wiping”

Kebanyakannya hanya dengan padaman dari komputer atau peranti telefon yang biasa, ia tidak akan padam maklumat secara terus. Sebelum anda menjual atau membuang mesin anda yang lama, pastikan pemacu anda dipadamkan sepenuhnya dan mesin itu telah di resetkan ke reset kilang.
Tanpa langkah tambahan ini, sesiapa yang dapat peranti anda boleh akses maklumat di dalam peranti anda, termasuk sekali fail yang telah dipadam.

Sumber: LifeHack 

Facebook Comments

Izzah Kezuwani

→ Izzah Kezuwani

TheLorry: Sewa lori daripada RM100 dalam beberapa minit 7 cara untuk pastikan maklumat anda selamat di Internet (bah. 2)

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved