gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Cara Mudah Tapi Efektif Untuk Buat Duit Secara Online
November 25, 2017

Cara Mudah Tapi Efektif Untuk Buat Duit Secara Online

buat duit online, cara buat duit, online job

Buat duit secara online bukanlah sesuatu yang baru di era ini. Apa yang diperlukan hanyalah laptop, talian internet dan sekurang-kurangnya 3-4 jam waktu bekerja. Bekerja secara online telah banyak membantu para suri rumah, wanita mengandung dan remaja. Jom lihat beberapa cara mudah dan efektif untuk buat duit secara online.

1.  Menulis

Cara Mudah Tapi Efektif Untuk Buat Duit Secara Online

Jika anda ada idea menulis anda boleh mula mencipta blog. Anda boleh menulis mengenai resipi ataupun kisah anda mengembara di negara lain. Pendek kata apasaja topik yang anda minati. Antara platform popular untuk blogging adalah Blogger dan WordPress. Walaupun bagaimanapun, untuk menjana pendapatan daripada blogging bukanlah mudah. Anda perlukan kesabaran dan usaha yang berterusan bagi membolehkan anda melihat hasilnya.

Selain itu anda juga boleh menulis di laman web orang lain. Jika anda boleh menulis beberapa artikel dalam sehari ia sudah mencukupi. Contoh laman web yang menawarkan tawaran menulis adalah iWriter dan Contena. Anda juga boleh mendaftar di laman web freelance yang lain.

2. Sertai Kaji Selidik

Cara Mudah Tapi Efektif Untuk Buat Duit Secara Online

 

Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat yang menawarkan kerja kaji selidik. Antaranya adalah syarikat kami Gloviss.  Ganjaran yang diberikan kepada peserta biasanya dalam bentuk tunai dan baucer. Antara tujuan kaji selidik dilakukan adalah untuk mengetahui pandangan dan respon pasaran terhadap sesuatu produk baru yang bakal dilancarkan.

3. Mengajar Secara Online

Cara Mudah Tapi Efektif Untuk Buat Duit Secara Online

Jangan sia-siakan ilmu yang ada. Ada baiknya dikongsi bersama. Dengan  kemahiran yang ada, anda bukan sahaja membantu orang tetapi anda juga dapat menjana pendapatan. Contohnya, jika anda mahir berbahasa Perancis, anda boleh memberi tutorial secara online di Vedantu atau WizIQ dan juga secara offline dari rumah anda atau di pusat Bahasa.

4. Buat Kerja Mikro

Cara Mudah Tapi Efektif Untuk Buat Duit Secara Online

Terdapat banyak kerja mikro yang boleh dilakukan secara online. Anda tidak memerlukan skil atau kemahiran untuk melakukannya. Dalam Fiverr, anda boleh menawarkan pelbagai jenis servis. Jika anda melayari Fiverr anda akan dapat lihat pelbagai jenis servis yang tidak pernah anda bayangkan dapat menjana duit.

5. Freelance

Cara Mudah Tapi Efektif Untuk Buat Duit Secara Online

Freelance telah banyak membawa perubahan di dalam bidang pekerjaan. Ramai orang ketika ini lebih gemar bekerja sebagai freelancer berikutan waktu kerja yang fleksibel dan dapat dilakukan dari rumah. Antara laman web yang boleh anda sertai adalah Fiverr, Upwork, dan Scripted. Contoh kemahiran yang anda boleh jual adalah seperti penulisan artikel, pembangunan laman web, menyanyi, video, reka bentuk grafik dan banyak lagi.

6. Jual Barang Online

Cara Mudah Tapi Efektif Untuk Buat Duit Secara Online

Terdapat pelbagai cara untuk menjual produk secara online. Antaranya di laman web e-dagang seperti Ebay, Amazon dan Lazada. Anda juga boleh menjaual produk di dalam laman web e-dagang anda sendiri.

7. Jual Bakat di Youtube

Cara Mudah Tapi Efektif Untuk Buat Duit Secara Online

Jika anda ada bakat menyanyi dan berlakon, anda boleh menjual video lakonan dan nyanyian di Youtube. Semakin banyak orang menonton video semakin banyaklah pendapatan anda. Namun, anda perlu mendaftar program monetization untuk membolehkan anda menjana duit. Bukan itu saja, jika ada orang yang berminat dengan bakat nyanyian anda, anda mungkin akan diambil untuk  menyertai produksi nyanyian. Jangan risau, bukan setakat nyanyian dan lakonan sahaja. Anda boleh membuat video mengenai penulisan, tarian, reka bentuk laman web dan grafik, bahasa dan sebagainya.

 

 

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

6 Cara Muat Turun Dan Baca Laman Web Secara Offline 5 Cara Elak Google Chrome Makan Banyak Bateri

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved