Cara Memindahkan Data Telefon Android
Memiliki telefon baru memang menyeronokkan. Akan tetapi apa yang melecehkan adalah apabila kita terpaksa memindahkan maklumat atau data yang disimpan di telefon lama ke telefon baru. Contohnya maklumat SMS, senarai kontak, fail media, konfigurasi, kata laluan, aplikasi dan sebagainya.
Pengeluar utama seperti Samsung, HTC, dan LG, dan lain-lain menawarkan aplikasi khusus untuk memindahkan data dari telefon semasa anda (termasuk iPhone) ke telefon Android mereka.
Antara aplikasi yang popular adalah:
- Samsung Smart Switch Mobile
- LG Mobile Switch
- Motorola Migrate
- HTC Transfer Tool
- Phone Clone (Huawei)
- Xperia™ Transfer Mobile (Sony)
Memindahkan Tetapan & Data Aplikasi
Telefon Android mempunyai pilihan built-in backup. Caranya adalah:
Buka Settings dan pergi ke Backup & reset.
Pilih Backup my data dan kemudian pilih akaun Google dari pilihan Backup account.
Sekarang, data akan diselaraskan ke pelayan Google dan dikaitkan dengan akaun Google yang disediakan. Anda akan diminta memulihkan data apabila anda log masuk ke telefon baru anda menggunakan akaun Google yang berkaitan.
Memindahkan Foto & Video
Saya lebih gemar menggunakan kaedah manual apabila memindahkan foto dan video ke PC (menggunakan kabel USB) dan kemudian mengalihkannya ke telefon baru. Walau bagaimanapun, jika anda lebih suka penyelesaian dalam talian, maka Google Photos juga boleh menjadi pilihan yang baik. Ia menawarkan ruang tanpa had untuk foto dan video jika anda tidak kisah sedikit mampatan/compression.
Muat turun aplikasi Google Photos Android dan biarkan ia menyegerakkan/sync semua foto dan video anda ke awan/cloud.
Secara default, Google Photos hanya backup folder kamera. Namun anda juga boleh membuat backup folder lain:
Klik pada menu utama Google Photos di penjuru kiri sebelah atas dan pilih Device Folders.
Sekarang pilih folder yang ingin disegerakkan.
Anda boleh memasang aplikasi Google Photos pada telefon baru anda untuk melihat dan memuat turun kandungan.
Jika anda tidak selesa menyegerakkan/sync semua foto dan video anda ke pelayan Google, maka terdapat pilihan alternatif dengan menggunakan aplikasi PhotoSync. Ia boleh memindahkan foto dan video anda melalui Wi-Fi tempatan. Dengan menggunakan kaedah ini, data akan dipindahkan secara tempatan, tiada pelayan pihak ketiga yang terlibat.
Pasang PhotoSync pada kedua-dua telefon dan pergi ke Settings pada telefon lama.
Di sini klik Quick Transfer dan pilih telefon baru untuk memulakan proses pemindahan.
Memindahkan Muzik
Kaedah pemindahan secara manual dari PC ke telefon baru berfungsi dengan baik untuk fail muzik juga. Walau bagaimanapun, anda juga boleh pergi untuk Google Play Music yang membolehkan anda memuat naik sehingga 50,000 lagu peribadi.
Semua lagu anda yang dimuat naik ke Google Play Music akan tersedia di peranti baru sebaik sahaja anda memasang Google Play Music. Anda juga boleh memuat turun lagu untuk didengarkan ketika offline.
Sebagai alternatif, Send Anywhere adalah pilihan yang baik untuk memindahkan fail ke telefon baru anda. Ia menggunakan Wi-Fi direct untuk berkongsi sebarang jenis fail antara dua telefon melalui sambungan Wi-Fi tempatan. Anda boleh memindahkan fail muzik, dokumen, dan juga foto dan video (alternatif yang baik untuk PhotoSync juga).
Memindahkan Kontak & Mesej
Walaupun terdapat banyak cara untuk memindahkan kontak dan mesej anda ke telefon baru anda, tetapi saya hanya akan berkongsi aplikasi mudah. Phone Copier adalah aplikasi kecil yang membolehkan anda berkongsi kontak telefon dan SMS dengan telefon lain melalui Bluetooth.
Anda perlu memuat turun Phone Copier pada kedua-dua telefon dan menghidupkan Bluetooth.
Kini pada telefon baru anda, klik pada ikon Bluetooth dan pilih Import.
Selepas penafian/disclaimer, ia akan mencari peranti Bluetooth berdekatan dan anda boleh memilih telefon sasaran untuk memulakan proses pemindahan.
Sebaik sahaja dipindahkan, aplikasi akan secara automatik meletakkan kenalan dan mesej di tempat yang betul.
Memindahkan Data Pelayar
Pelayar yang paling popular mempunyai akaun simpanan awan untuk menyegerakkan semua data pelayar. Sebagai contoh, Chrome menyegerakkan semua data ke akaun Google anda, dan kedua-dua Firefox dan Opera menawarkan akaun untuk menyegerakkan data. Pastikan anda memanfaatkannya untuk pelayar anda menyegerakkan semua data ke telefon baru anda.
Memindahkan Semua Data
Jika anda ingin memindahkan kesemua data dalam telefon ke telefon baru melalui WiFi, anda boleh menggunakan aplikasi CLONEit. Ia adalah percuma dan tidak mempunyai iklan. Dengan menggunakan CLONEit, anda boleh memindahkan kontak, log panggilan, SMS, MMS, semua jenis fail media, aplikasi, data aplikasi, tetapan sistem, rangkaian Wifi dan kata laluan, penanda buku dan banyak lagi.
Untuk menggunakan aplikasi CLONEit, anda hanya perlu memasangkannya pada kedua-dua telefon dan klik “Receiver” pada telefon baru dan “Sender” pada telefon lama (pastikan kedua-duanya disambungkan ke Wi-Fi yang sama). Anda akan diminta untuk memilih data yang anda mahu pindahkan. Sebaik sahaja dipilih, semua data akan dipindahkan pada kelajuan dipercayai sehingga 20MB/s.
Kaedah pemindahan di atas harus memudahkan anda untuk memindahkan data dari telefon lama ke telefon baru. Saya mencadangkan anda untuk menggunakan aplikasi semua-dalam-satu oleh pengeluar telefon anda atau aplikasi CLONEit bagi memudahkan pemindahan semua data tanpa kekeliruan. Walau bagaimanapun, jika ia tidak berfungsi untuk anda, anda boleh memindahkan data secara berasingan menggunakan kaedah di atas.