gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Cara Baca Lebih 300 Buku Dalam Satu Tahun dengan Instaread
December 9, 2017

Cara Baca Lebih 300 Buku Dalam Satu Tahun dengan Instaread

baca buku online, Instaread, online book

Walaupun membaca adalah aktiviti yang sangat berharga, ramai di antara kita yang tidak meluangkan banyak masa dengan buku seperti yang sepatutnya.

Ramai orang ingin mempunyai lebih banyak masa untuk membaca tetapi oleh kerana tanggungjawab lain mereka tidak mampu melakukannya. Lebih-lebih lagi di zaman ini terdapat begitu banyak bentuk hiburan seperti filem dan facebook yang bersaing dengan buku.

Instaread membantu anda membaca lebih banyak buku.

Sekiranya anda ingin membaca lebih banyak buku, tetapi anda tidak mempunyai masa, aplikasi Instaread dapat membantu anda meningkatkan jumlah buku yang anda habis baca setiap tahun. Aplikasi ini memberi anda akses kepada ringkasan karya bukan fiksyen yang terlaris. Para pakar membaca buku dan meringkaskan perkara-perkara penting dalam format yang mudah.

Mari kita lihat butiran bagaimana aplikasi Instaread membantu anda membaca lebih banyak buku dalam masa yang singkat.

Dapatkan kefahaman dan ringkasan buku

Antara muka yang mudah digunakan dan anda tidak perlu membazirkan tenaga mencari dan menyusun buku fizikal. Dari buku tentang perniagaan, buku bantuan diri, hingga fiksyen anda hanya memerlukan dalam 15 ke 30 minit untuk memahami dan mendapat ringkasan mana-mana buku yang anda minati.

Akses pada versi audio ringkasan buku

Salah satu ciri terbaik Instaread adalah ia memberikan anda keupayaan untuk mengakses versi audio ringkasan buku. Jika membaca semasa perjalanan membuatkan anda sakit kepala, anda boleh mendengar buku-buku itu. Versi audio juga boleh digunakan ketika luar talian, yang mana anda boleh baca bila-bila masa sahaja walaupun tiada talian internet.

Boleh membaca pada bila-bila masa

Dengan Instaread, anda tidak perlu risau kehilangan apa yang telah anda baca. Anda boleh menambah tajuk ke Library untuk rujukan nanti. Pilih ikon “Library” di bahagian bawah skrin anda untuk melayari tajuk yang telah anda baca dan yang anda ingin dibaca. Jika anda bimbang aplikasi ini memakan data internet yang banyak,anda dinasihatkan untuk muat turun buku kegemaran anda untuk kegunaan luar talian.

Boleh mencari apasaja buku

Anda tidak perlu risau tentang kehabisan pilihan bacaan apabila anda menggunakan Instaread. Ringkasan buku baru ditambah setiap hari. Oleh kerana ringkasan biasanya berasal dari buku-buku di New York Times Bestsellers List, anda dijamin mempunyai tajuk paling menarik di hujung jari anda.

Apabila anda mencari tajuk yang anda mahu baca, anda boleh mencari di Instaread. Jika anda memerlukan sedikit inspirasi, anda juga boleh melayari pilihan bacaan mengikut genre dengan mengklik ikon “Discover”.

Kembalikan masa bacaan anda

Membaca ringkasan buku-buku terbaik dan paling berpengaruh adalah cara terbaik untuk mengubah saat-saat yang akan dibazirkan kepada masa membaca yang produktif. Bacalah ringkasan pada waktu rehat, atau anda juga boleh mendengar semasa di dalam perjalanan ke tempat kerja.

Anda boleh muat turun Instaread melalui App Store.

Terdapat dua pilihan langganan yang tersedia untuk perkhidmatan ini. Anda boleh membayar $8.99 sebulan dengan percubaan percuma selama seminggu atau anda boleh memilih untuk bayaran tahunan sebanyak $89.99.

Anda mungkin tertanya-tanya sama ada ia berbaloi untuk membayar yuran langganan, tetapi itu adalah amaun harga yang kecil berbanding akses yang tidak terhad kepada perpustakaan yang begitu luas. Aplikasi ini memberi anda peluang untuk memanfaatkan sepenuhnya masa anda dan mencapai matlamat bacaan anda walaupun masa anda adalah terhad.

Ketika ini Instaread hanya tersedia untuk peranti Apple, tetapi pemaju sedang membuat versi Android juga.

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

5 Cara Muat Turun Video Instagram Cara Mempercepatkan Pelayar Chrome Android

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a cafĂ©, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved