gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Perkhidmatan Streaming
July 29, 2019

Perkhidmatan Streaming – Cara untuk Berkongsi Log Masuk

Sekiranya anda mendapat akses ke akaun Netflix atau Spotify atau mana-mana langganan perkhidmatan streaming yang lain anda mungkin menggunakan butiran log masuk kawan atau saudara. Atau mungkin anda yang memberikan butiran log masuk kepada mereka.

Ini adalah amalan biasa untuk perkhidmatan streaming, tetapi patutkah anda melakukannya? Mungkinkah anda akan menghadapi masalah teknikal atau masalah undang-undang nanti?

Netflix

Setiap satu daripada tiga rancangan Netflix memberi anda akses kepada beberapa strim serentak yang berlainan. Pelan Asas yang paling murah membolehkan anda menonton pada satu skrin pada satu masa, pelan Standard sehingga dua skrin, dan pelan Premium 4K yang paling mahal membolehkan anda menonton pada empat skrin sekali gus.

Anda boleh menggunakan pelbagai profil (mungkin untuk anda dan anak-anak anda) di dalam satu akaun, dan Netflix juga menyebut perkongsian akaun dengan rakan dan keluarga pada halaman sokongannya. Itu bermakna anda dibenarkan untuk memberikan maklumat anda kepada segelintir orang, selagi anda berpegang pada batas penstriman serentak.

Secara rasmi, mengikut syarat penggunaan Netflix, anda tidak boleh berkongsi butiran masuk dengan orang lain selain ahli keluarga. Secara tidak rasmi, anda boleh berkongsi penggunaan log masuk dengan sesiapa sahaja. Namun ia tidak bermaksud anda boleh berkongsi log masuk sesuka hati dengan sesiapa sahaja.

Hulu

Seperti Netflix, Hulu membolehkan anda menggunakan pelbagai profil dalam satu akaun untuk semua ahli keluarga anda. Walau bagaimanapun, Pelan Standard hanya membenarkan dua skrin ditonton serentak.

Sekiranya anda membayar lebih untuk Hulu TV Live, anda boleh membayar $10 sebulan untuk Unlimited Screens Add-On, yang membolehkan anda menonton secara serentak pada seberapa banyak peranti yang anda suka. Walau bagaimanapun, anda terhad kepada lima skrin sekaligus untuk saluran HBO, Cinemax, Starz, dan Showtime.

Hulu hanya membenarkan anda berkongsi kata laluan dengan ahli keluarga sahaja dan menjelaskan bahawa anda bertanggungjawab terhadap sebarang masalah yang timbul berkaitan dengan akaun. Oleh itu, jika anda berkongsi butiran akaun, anda haruslah menanggung risiko sendiri.

YouTube

Perkhidmatan streaming yang ketiga ialah YouTube TV. Ia hanya mempunyai pelan $50 sebulan, dan ia membenarkan anda untuk strim video pada tiga peranti yang berbeza sekaligus. Ini bermakna tiga orang boleh log masuk ke akaun YouTube anda, mereka juga mempunyai akses ke seluruh aplikasi dan perkhidmatan Google anda. Oleh sebab itu, ia lebih berisiko berbanding Netflix dan Hulu.

Anda dibenarkan untuk berkongsi YouTube TV dengan lima ahli keluarga yang lain tanpa caj tambahan. Semua orang log masuk dengan menggunakan alamat Gmail sendiri, tetapi boleh mengakses beberapa perkhidmatan yang dikongsi sama.

Setkan kumpulan keluarga, dan semua enam ahli boleh mengakses sehingga tiga aliran/strim sekaligus. Tetapi sama ada anda mempunyai kumpulan keluarga atau tidak, YouTube TV meminta anda dan mana-mana ahli keluarga untuk log masuk ke alamat rumah yang ditetapkan sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan untuk memastikan langganan anda kekal aktif.

Amazon Prime Video

Amazon Prime Video adalah sebahagian daripada pakej Amazon Prime. Ia boleh dikongsi dengan seorang dewasa lain di dalam rumah anda dan sehingga empat kanak-kanak di alamat yang sama. Hanya satu daripada orang dewasa yang boleh menggunakan ciri penyegerakan peranti luar talian. Manakala pengguna yang lain hanya boleh strim sahaja.

Sama seperti YouTube TV, berkongsi maklumat login Prime Video anda dengan orang lain membolehkan mereka mengakses kepada lebih banyak rancangan TV dan filem. Mereka juga dapat membeli barangan di Amazon, dapatkan fail dalam penyimpanan awan Amazon anda, baca e-buku anda dan sebagainya. Jika anda akan berkongsi maklumat Amazon anda, anda perlu berkongsi dengan orang yang dipercayai sahaja.

Amazon telah meletakkan had tiga strim pada strim serentak dengan Prime Video. Anda tidak boleh menonton tajuk yang sama pada lebih daripada dua peranti sekaligus, kecuali anda melanggan Amazon Household. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk tidak berkongsi kata laluan Prime Video.

HBO

Sekiranya anda masih berkongsi log masuk HBO selepas menonton filem, anda perlu tahu bahawa  ia adalah amalan yang HBO tidak galakkan. Kata laluan HBO anda tidak boleh dikongsi dengan sesiapa sahaja di luar rumah anda.

HBO juga mengatakan strim serentak adalah terhad, tanpa menentukan berapa banyak bilangan strim. Jika anda ingin tahu berapa jumlah strim serentak boleh dilakukan, anda boleh cuba dengan aliran tambahan pada akaun anda sehingga anda mendapat mesej ralat.

Spotify

Perkhidmatan streaming yang kelima ialah Spotify. Akaun Spotify hanya boleh digunakan oleh satu orang sahaja. Anda boleh mendaftar seberapa banyak peranti yang anda suka, tetapi anda hanya boleh mendengar lagu pada masa tersebut sahaja. Ini mungkin akan menyebabkan masalah jika anda berkongsi maklumat log masuk anda kepada rakan dan keluarga.

Pelan keluarga Spotify menawarkan sebanyak $15 sebulan membolehkan anda menambah lima orang ke akaun anda, dan setiap anda mendapatkan login sendiri. Walau bagaimanapun, anda semua perlu tinggal di alamat yang sama. Maka ini bukan pilihan yang sesuai untuk mereka yang tinggal di tempat lain.

Apple Music

Oleh kerana langganan Apple Music sangat terikat dengan ID Apple pada peranti tertentu, dan ID tersebut memberi akses kepada segala yang ditawarkan oleh Apple (dari e-mel ke iCloud), maka tidak ramai yang cuba berkongsi log masuk Apple Music mereka. Selain itu, anda hanya boleh menstrim trek Apple Music ke satu peranti pada satu masa.

Seperti Spotify, Apple Music menawarkan pelan keluarga: sehingga enam orang dalam akaun yang sama untuk $15 sebulan. Setiap orang memerlukan ID Apple mereka sendiri, tetapi hanya satu orang yang membayar untuk pembelian. Jika anda seorang ibu bapa, anda boleh menyekat apa yang anak-anak anda boleh dan tidak boleh lakukan.

Setiap ahli keluarga mendapat satu strim Apple Music, selain cadangan mereka sendiri, playlist, dan banyak lagi. Tidak seperti Spotify, Apple membenarkan perkongsian akaun selagi anda semua di negara yang sama. Tetapi perlu diingat sesiapa di dalam keluarga anda hanya dibenarkan membuat pembelian menggunakan kad yang berdaftar.

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

Teknologi Awal Yang Membentuk Dunia Digital Kita Hari Ini Aplikasi Pengambilan Nota Terbaik Tahun 2019

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a cafĂ©, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved