gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Bagaimana untuk memanjangkan hayat bateri
October 17, 2016

Bagaimana untuk memanjangkan hayat bateri telefon anda

Perkara yang  sering menjadi buah mulut orang tentang telefon pintar yang baru ialah hayat bateri. Baru-baru ini kecoh kejadian telefon Samsung yang dikatakan meletup secara tiba-tiba. Menurut jurutera Samsung, kejadian ini berpunca dari bateri telefon itu. Kita juga memerlukan servis powerbank sebagai alternatif. Banyak kejadian powerbank meletup secara tiba-tiba dan ianya agak menakutkan. Oleh itu, untuk mengelakkan sebarang permasalahan kita perlulah pandai menjaga bateri telefon kita. Terdapat banyak cara bagaimana untuk memanjangkan  hayat bateri telefon anda, oleh itu artikel ini akan membantu sedikit sebanyak untuk meningkatkannya.

  1. Kelamkan skrin

Ia adalah penyebab utama kenapa bateri anda cepat habis. Apabila ia ditetapkan kepada kecerahan maksimum, ia akan memakan banyak bateri anda tanpa anda sedarinya pun. Kebanyakan telefon mempunyai fungsi yang mampu mengubah kecerahan paparan bergantung kepada berapa kuat cahaya ambien, yang akan meningkatkan kecekapan tenaga berbanding dengan mod kecerahan sentiasa berjalan. Anda boleh menetapkan ia secara manual dengan kecerahan pada tahap yang paling rendah mengikut kesesuaian mata anda.

  1. Memendekkan masa skrin

Skrin juga salah satu penyumbang kepada pengunaan bateri yang banyak. Anda perlulah memendekkan masa skrin dengan mengubahkannya di tetapan telefon anda. Sebagai contoh, tetapkan 1 minit untuk skrin terpadam dengan sendirinya selepas tiada sebarang aktiviti di telefon. Anda boleh ubahkannya mengikut tahap penggunaan telefon anda.

  1. Batalkan cek email secara automatik

Jika telefon anda sentiasa memeriksa peti mel untuk menerima mesej baru, ia akan membazirkan sejumlah besar tenaga. Adakah anda benar-benar memerlukan notifikasi email baru dengan segera, atau ianya boleh ditunggu? Anda boleh sama ada menukar tetapan dengan menyemak e-mel baru secara manual (yang adalah cara yang baik untuk menjimatkan masa anda juga), atau menetapkan selang yang lebih munasabah untuk diperiksa email baru, seperti 30 atau 60 minit.

  1. Matikan getaran

Cara yang keempat bagaimana untuk memanjangkan hayat bateri telefon anda ialah dengan matikan getaran. Jika anda kerap menghidupkan telefon anda ke mod getaran (contohnya, untuk mengelakkan ia daripada berbunyi kuat semasa mesyuarat penting), cuba tukar tabiat anda. Sebabnya mudah – getaran akan memakan lebih tenaga berbanding dengan nada dering. Ia mungkin tidak kelihatan seperti banyak tenaga, tetapi jika anda sentiasa menerima panggilan apabila ditetapkan kepada mod getaran, ia meningkatkan penggunaan bateri.

  1. Gunakan background hitam

Jika telefon anda mempunyai paparan AMOLED, anda boleh meningkatkan hayat bateri dengan memilih background hitam. Menurutnya, paparan AMOLED hanya menerangi piksel yang berwarna, yang bermaksud bahawa jika piksel lebih hitam atau gelap dipaparkan, tenaga bateri akan kurang digunakan.

  1. Tetapkan jadual “Jangan Ganggu”

Kebanyakan telefon mempunyai fungsi “Jangan ganggu” atau sesuatu yang serupa yang menghalang panggilan masuk dan mematikan Internet dan Wi-Fi. Mod ini akan memelihara caj bateri, jadi jika anda mempunyai tempoh di mana anda tidak boleh atau tidak menggunakan telefon anda (di tempat kerja atau semasa tidur, sebagai contohnya), ia boleh adalah idea yang baik untuk menggunakan mod ini.

  1. Kurangkan widgets

Cuba anda lihat telefon anda dan tanya pada diri sendiri: Adakah saya benar-benar memerlukan widget ini? Dan ini? Dan ini? Jika anda benar-benar tidak memerlukan widget tersebut, lebih baik menghilangkanya terutamanya jika ia sentiasa disambungkan ke Internet (seperti widget cuaca). Jika anda mempunyai beberapa widget yang sentiasa mengemas kini maklumat mereka, ia lagi akan mengunakan tenaga bateri yang banyak.

Penat untuk kerap mengecas telefon anda dan setiap malam? Anda boleh mencuba sendiri tips-tips ini mengikut kemampuan telefon anda! Saya harap tips ini adalah berguna untuk anda dan anda tahu bagaimana untuk memanjangkan hayat bateri telefon anda. Semoga berjaya!

Sumber: LifeHack

Facebook Comments

Izzah Kezuwani

→ Izzah Kezuwani

Google Pixel mungkin menjadi trend akan datang Pintasan keyboard untuk semua pelayar web

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved