gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Android
December 14, 2016

Bagaimana untuk melajukan peranti Android anda

Anda mungkin perasan sejak beberapa bulan kebelakangan ini kelajuan peranti Android anda tidak lagi seperti dahulu, mungkin selalu hang. Untuk beralih dari aplikasi lain ke aplikasi yang lain ataupun kembali ke skrin utama membuktikan ianya kadang kadang menyusahkan daripada sebelum ini, dan anda kini mengalami lag pula. Beberapa tips ini yang mudah boleh membantu untuk mempercepatkan peranti anda dan membuat ia seperti baru

  1. Uninstall atau melumpuhkan aplikasi yang tidak digunakan

Peranti anda mempunyai jumlah yang terhad untuk penyimpanan dalaman dan ianya makin berkurangan dan membuatkan peranti anda menjadi lambat. Jika telefon anda dipenuhi dengan gambar-gambar, muzik, atau aplikasi, anda boleh membebaskan sedikit ruang sama ada dengan membuang aplikasi yang tidak digunakan atau memindahkan fail ke perkhidmatan storan awan seperti Dropbox atau Google Drive.

Untuk uninstall  sebarang aplikasi anda boleh pergi ke Tetapan, membuka menu Apps, dan memilih aplikasi yang anda ingin buang. Aplikasi yang tersedia daripada syarikat telekomunikasi atau pengeluar yang tidak boleh dipadam, yang dikenali sebagai bloatware, sekurang-kurangnya boleh dilumpuhkan jika ianya jarang digunakan.

Anda juga boleh memindahkan aplikasi ke kad microSD. Untuk melakukan ini, masukkan Tetapan, pergi ke menu Aplikasi, klik aplikasi yang anda ingin untuk pindahkan, dan pilih “Move to SD card“.

  1. Buang cache aplikasi

Data cache boleh terkumpul dari masa ke masa dalam aplikasi anda dan akan memberi kesan kepada prestasi peranti anda. Memadam cache secara individu boleh dilakukan dalam menu Apps, tetapi beberapa program percuma boleh didapati melalui Play Google yang membolehkan proses pembuangan secara aotomatik. Antara yang paling popular termasuk App Cache Cleaner dan Clean Master, kedua-duanya boleh didapati secara percuma.

  1. Hadkan widget dan wallpaper hidup (live wallpaper)

Widget adalah salah satu kelebihan menggunakan peranti Android. Ia boleh membantu untuk mencari maklumat dengan cepat tanpa perlu membuka aplikasi, tetapi pada masa yang sama mereka boleh memakan hayat bateri dan memperlahankan peranti anda.

Mengurangkan bilangan widget akan membantu telefon pintar atau tablet anda berjalan dengan lebih lancar dan bertahan lebih lama. Anda boleh mengeluarkan widget dari skrin utama dengan menekan lama widget yang anda mahu padam dan menyeretnya ke bahagian atas skrin.

Satu lagi ciri Android yang cool adalah pilihan untuk menggunakan live wallpaper sebagai latar belakang anda. Seperti widget, bagaimanapun, live wallpaper boleh melambatkan peranti anda dan memakan hayat bateri. Anda juga boleh menukar kertas dinding anda dengan tekan lama pada skrin utama.

  1. Matikan animasi

Satu pilihan tetapan tersembunyi dalam Android akan memberikan anda akses kepada arahan anda mungkin tidak pernah diketahui ianya wujud. Pergi ke Settinga, About Phone, skrol ke bawah untuk ke Build number, dan tekan ia sebanyak tujuh kali. Anda kini mempunyai akses kepada pilihan pemaju. Tetapan khas membolehkan anda untuk melakukan pelbagai perkara, tetapi mereka adalah bertujuan untuk pengguna yang advanced dan tidak boleh diubah melainkan anda tahu apa yang anda lakukan.

Satu cara yang boleh mempercepatkan peranti anda melumpuhkan animasi dalam sistem operasi. Untuk melakukan ini, buka Settings, pergi ke Developers, dan skrol ke bawah ke pilihan Drawing. Seterusnya, matikan skala animasi window, skala animasi transition, dan skala Animator. Ini akan melumpuhkan animasi yang berlaku apabila anda membuka, menutup, dan beralih antara aplikasi.

  1. Dapatkan perisian yang terkini

Pengeluar telefon dan carriers sentiasa mengemaskini perisian baru untuk peranti mereka. Ia adalah penting bahawa anda berada di firmware terbaru kerana keselamatan diperketatkan dan perbaikan bug, dan antara sebab yang lain ia dapat meningkatkan kestabilan keseluruhan peranti anda. Untuk memeriksa untuk melihat sama ada terdapat kemas kini tersedia, pergi ke Settings, pilih About phones, dan pilih pilihan “System updates”.

  1. Rooting, ROMing dan banyak lagi

Pengambil risiko dan pengguna yang advanced juga boleh root peranti mereka, yang akan membuka pintu kepada ciri-ciri baru dan meningkatkan prestasi yang lebih besar. Rooting memberi anda keupayaan untuk overclock pemproses peranti, memasang ROM, dan lain-lain; namun ia juga boleh membatalkan waranti anda dan boleh menyebabkan kerosakan yang tidak boleh dibaiki kepada peranti.

Sumber: CNET

Facebook Comments

Izzah Kezuwani

→ Izzah Kezuwani

Tips menggunakan Whatsapp (bahagian 2) 5 Developer Firefox Yang Perlu Anda Tahu

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved