gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
aplikasi berguna
August 7, 2019

Aplikasi Percuma dan Berguna untuk Dipasang Hari Ini

Kita semua mahu menjadi lebih produktif, lebih sihat dan lebih bahagia. Hakikatnya, kita mahu menjadi “lebih”. Lebih banyak kerja yang dilakukan, lebih banyak senaman dan lebih aktif, lebih banyak kegembiraan dan kebahagiaan. Tetapi dengan tekanan dan ketegangan setiap hari, kehidupan kita menjadi rumit, tidak produktif dan cenderung untuk mengabai perkara kecil yang bermakna buat kita. Di artikel ini kami telah kumpulkan beberapa aplikasi percuma yang berguna, yang menjadikan hidup lebih mudah dan menggembirakan.

Paste 2

Aplikasi percuma yang pertama ialah Paste 2. Ini adalah pengurus clipboard yang mengagumkan dengan antara muka pengguna yang hebat. Aplikasi ini boleh menyimpan segala benda (teks, jadual, imej, kod). Ia boleh menyalin dan menyimpannya untuk anda mengikut tarikh terkini . Ia boleh diakses pada bila-bila masa yang anda mahu. Namun, ia adalah aplikasi untuk Mac sahaja.

Headspace 2.0

Anda memerlukan aplikasi percuma untuk mengurangkan tahap tekanan dan kecemasan serta dapat meningkatkan tumpuan? Headspace 2.0 dapat membantu anda melakukannya dengan membuat anda bermeditasi selama 10 minit setiap hari.

Panda Focus Mode

Jika anda jenis yang mudah terganggu semasa bekerja, inilah aplikasi yang akan muncul dan menunjukkan kepada anda senarai tugasan yang patut selesaikan pada masa itu juga!

Hocus Pocus

Aplikasi percuma yang keempat ialah Hocus Pocus. Mahu sesuatu yang membuat skrin anda menjadi kosong dan fikiran anda tertumpu pada tugas di tangan? Cuba Hocus Focus, aplikasi yang menyembunyikan tetingkap aplikasi secara automatik yang telah tidak aktif untuk beberapa waktu.

f.lux

Ingin menyesuaikan kecerahan skrin komputer anda? Cuba aplikasi f.lux. Ia menyesuaikan kecerahan skrin mengikut masa hari secara automatik membolehkan mata anda mengelak dari sebarang ketegangan.

Freedom

Jika anda tidak mahu diganggu oleh sesiapa ataupun oleh Internet anda boleh pasang aplikasi Freedom. Dengan Freedom setiap perkara yang menurunkan produktiviti disekat supaya anda dapat memberi tumpuan pada kerja yang anda inginkan sahaja. Anda boleh memilih apa yang anda ingin sekat dan berapa lama anda ingin sekat.

Forest

Ingin memperbaiki tahap focus anda tetapi dengan cara yang menyeronokkan? Cuba Forest, ia adalah aplikasi berbayar yang menggunakan gamifikasi untuk membantu anda memberi tumpuan kepada apa yang paling penting dalam hidup anda. Apabila anda boleh memberi tumpuan, pokok itu akan berkembang. Apabila anda hilang tumpuan, pokok itu mati!

HabitRPG

HabitRPG juga merupakan aplikasi berasaskan permainan. HabitRPG atau Habitica memberi ganjaran kepada anda sebaik sahaja anda mencapai matlamat anda. Anda boleh memasukkan matlamat harian dan senarai tugasan anda dan setelah semua tugas selesai, buka kunci ganjaran.

Waterlogd

Perlu bantuan dengan pengambilan makanan harian anda? Waterlogd, seperti namanya, menyimpan jejak pengambilan air anda dengan membantu anda menjadi lebih sihat, luar dan juga dalam!

Gmailify

Bosan dengan terlalu banyak akaun e-mel? Gmailify membantu anda mengumpulkan semua e-mel dari akaun e-mel yang berbeza ke dalam peti masuk Gmail pilihan anda dengan cara yang mudah dan rapi.

Clarity Money

Perlu bantuan dengan perbelanjaan, atau sebaliknya, tidak membelanjakan wang aka penjimatan? Clarity Money adalah alat kewangan peribadi yang akan membantu anda mengurangkan perbelanjaan, membantu anda menyimpan dengan menggunakan tip sains tingkah laku.

Coach.me

Ingin belajar beberapa kemahiran baru? Di dalam Coach.me terdapat lebih daripada 700 jurulatih yang akan mengajar anda pelbagai kemahiran. Terdapat pelan percuma dan berbayar, bergantung kepada keperluan anda.

Stand Up

Jika anda jenis yang kuat bekerja dan kerap duduk di depan computer untuk jangka masa yang lama anda disarankan untuk mencuba aplikasi Stand Up. Ia adalah sebuah aplikasi yang akan mengingatkan anda untuk bangun dan beristirahat jika anda telah duduk lama.

Tripit

Untuk menggunakan TripIt, hantarkan e-mel penerbangan, hotel, atau e-mel pengesahan kereta sewa anda ke aplikasi, ia kemudiannya akan membuat senarai tugasan pelan perjalanan anda. Apa yang menarik rancangan perjalanan ini sentiasa tersedia walaupun anda terkandas di kereta api tanpa perkhidmatan. Jika anda seorang yang kerap melancong, ia mungkin idea yang baik untuk melabur dalam Trip It Pro, di mana anda akan mendapat pemberitahuan segera jika penerbangan anda telah ditangguhkan atau dibatalkan. Dan jika penerbangan anda telah dibatalkan, aplikasi ini akan membantu mencari penerbangan yang seterusnya.

Lastpass

Adalah merbahaya menggunakan kata laluan yang sama di semua aplikasi. Dengan LastPass anda akan diberikan kata laluan yang berbeza. Kelemahannya adalah, aplikasi berbayar, di dalam $ 2 hingga $ 4 sebulan, bergantung pada keperluan anda. Ia menawarkan tempat untuk menyimpan, membuat, dan mengingati kata laluan. Aplikasi ini juga bagus untuk perniagaan kecil, kerana berbilang pengguna boleh berkongsi akses kepada kata laluan tertentu.

Pocket

Aplikasi Pocket membolehkan anda menyimpan setiap artikel, video, dan imej yang anda temukan di web atau media sosial. Kebiasaanya kita bookmark laman web yang disukai pada pelayar, namun dengan Pocket anda boleh menghantar halaman yang dibookmark tadi ke aplikasi ini di mana ia akan disimpan. Lebih baik lagi, anda mempunyai pilihan untuk berkongsi sebarang media yang disimpan dengan komuniti The Pocket di semua platform media social.

My Fitness Pal

My Fitness Pal oleh Under Armor amat berguna di dalam menjejaki tahap kecergasan anda. Pertama, pengguna akan memasukkan maklumat asas tentang ketinggian, berat badan, aktiviti senaman, dan sasaran berat badan. Sebaik sahaja anda memasukkan maklumat tersebut, aplikasi ini akan memberitahu anda berapa banyak kalori sehari yang anda perlu makan berdasarkan ketinggian, berat badan, dan aktiviti senaman anda untuk mengurangkan (atau mendapatkan) berat badan dengan efisien. Anda boleh menjejaki setiap hidangan dan senaman sepanjang hari di dalam aplikasi ini.

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

Senarai Kursus Udemy untuk Startup Aplikasi Invois dan Pengurusan Masa Paling Efisien

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a cafĂ©, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved