Apakah Gloviss?
Gloviss adalah sebuah platform di mana anda berpeluang untuk meluahkan pendapat anda dan mengambil bahagian dalam pelbagai jenis topik kaji selidik secara online mahupun offline (masih dalam pembangunan). Hasil dari tinjauan pendapat anda ini boleh mempengaruhi produk dan perkhidmatan jenama global.
Daftar Adalah Percuma!
Perkhidmatan kami adalah percuma, dan anda boleh menerima mata dengan mengambil bahagian dalam kajiselidik, yang kemudiannya boleh ditebus tunai melalui bank-bank tempatan, baucar dan banyak hadiah-hadiah menarik yang lain secara mingguan dan juga bulanan! Setiap aktiviti dari pihak Gloviss adalah percuma dan apa juga survey yang anda sertai akan mendapat points, sekalipun anda tidak layak untuk menjawab survey tersebut, anda boleh baca di SINI untuk keterangan lebih lanjut.
Bagaimana Gloviss Menggunakan Data Yang Dikumpulkan?
Semasa anda mendaftar, anda perlu mengemaskini profil anda bagi menyenangkan pihak Gloviss menghantar survey kepada anda. Maklumat ini juga untuk lebih memudahkan proses memberikan ganjaran (seperti alamat untuk penghantaran). Butir-butir peribadi yang lain semuanya adalah yang berkaitan dalam pengendalian kaji selidik (Umur/Jantina/Pendapatan Seisi Rumah dan lain-lain) yang tidak terlalu sensitif.
Setiap kaji selidik yang dihantar ke email anda adalah tanpa nama. Kami tidak sekali-kali berkongsi butir-butir ahli Gloviss kepada pihak ketiga dan hanya data daripada kaji selidik tersebut yang berguna kepada kami dn juga klien.
Apa Itu Kaji Selidik?
Kaji selidik biasanya dihasilkan oleh klien kami yang biasanya adalah agensi penyelidikan pasaran. Biasanya tempoh masa kaji selidik yang dihantar adalah di antara 10-20 minit. Setiap soalan kaji selidik akan dimulai dengan beberapa soalan yang menapis responden samada anda tergolong dalam golongan yang dikehendaki dalam kaji selidik tersebut. Ini semua bergantung kepada target yang telah ditetapkan oleh pihak klien.
Bagi yang tidak layak bagi sesetengah kaji selidik, anda tidak perlu risau kerana kami tetap akan memberikan points bagi yang tidak layak ataupun yang kuotanya telah penuh. Kami juga ada menyediakan ganjaran bagi yang selalu menjawab online survey dari pihak kami. Anda boleh check di Facebook kami untuk kemaskini di SINI. Anda boleh hubungi kami melalui Facebook, email ataupun live chat di laman web kami jika ada sebarang masalah atau pertanyaan.
Apa Pula Ganjaran/Reward?
Terdapat beberapa jenis Reward/Ganjaran di Gloviss:
1. Points melalui setiap kaji selidik yang dihantar ke email anda.
2. Points bagi referral program di Gloviss. Boleh baca di SINI untuk penerangan lanjut.
3. Points/Giveaway mingguan atau bulanan.
4. Cabutan bertuah bagi ahli Gloviss dari masa ke semasa.
Daftarlah di Gloviss
Daftarlah di GLOVISS sekarang dan ambil bahagian dalam kaji selidik online kami. Kemaskini profil anda untuk dapatkan 200 mata. Jangan lupa periksa emel anda untuk mengambil bahagian dalam kajiselidik kami.