gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Facebook Cambridge Analytica
March 22, 2018

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Skandal Data Facebook

Antara topik hangat dalam beberapa hari ini adalah tentang skandal data di Facebook yang melibatkan syarikat analisa Cambridge Analytica, yang membuatkan saham Facebook jatuh sehingga 9% selepas berita tentang skandal ini meledak di media dalam talian.

Apa Yang Berlaku – Bagaimana Skandal Data Facebook ini bermula?

Pada 2013 yang lepas, salah seorang pengkaji akademik, Aleksandr Kogan telah hadir dengan sebuah aplikasi dinamakan “ThisIsYourDigitalLife” di Facebook. Melaluinya, ia menawarkan aplikasi berbentuk “ujian/bancian”, dimana pengguna akan perlu menjawab beberapa soalan padanya.

Aplikasi berkenaan telah digunakan oleh sekitar 300,000 pengguna Facebook. Namun, ia tidak sekadar mengumpulkan data-data seseorang pengguna sahaja, tetapi data rakan-rakan mereka juga. Untuk mendapatkan lebih banyak data pengguna, ganjaran turut ditawarkan untuk menyelesaikan sesuatu bancian melalui aplikasi berkenaan.

Melaluinya, sekitar hampir 50 juta data profil Facebook telah dikumpulkan – dan seterusnya Kogan turut berkongsi data berkenaan dengan Cambridge Analytica. Data berkenaan telah digunakan untuk membangunkan penyelesaian perisian yang membawa kepada penggunaan data dalam memprofilkan para pengundi dan sebagainya.

skandal data facebook

Penyalahgunaan Akses Data

Skandal data ini diperkatakan ramai kerana kaedah ia untuk mengakses data pengguna lain tanpa kebenaran. Walaupun sekitar 300,000 pengguna Facebook memberikan kebenaran untuk menggunakannya – namun ia turut mengumpulkan beberapa data-data rakan mereka yang dikumpulkan tanpa kebenaran.

Hal ini turut membawa kepada penyalahgunaan akses kepada platform Facebook tersebut sendiri.

Data yang dikumpulkan ini mungkin tidak memberikan kesan kepada beberapa pengguna. Namun, data berkenaan boleh dihimpunkan dan digunakan untuk pelbagai tujuan berbeza – termasuk untuk hadir dengan kempen sepatutnya ketika pilihanraya dan lain-lain.

Facebook sendiri dari tahun ke tahun telah menambah-baik platform perkongsian data kepada pembangun, dan mengehadkan apakah yang boleh diakses. Malah kini, pengguna turut boleh mengawal data apakah yang diberikan akses oleh mereka kepada sesuatu aplikasi sebelum menggunakan aplikasi berkenaan. Facebook mengatakan perubahan pada platform mereka telah dilakukan sejak 2014 lepas.

Apa Langkah Facebook Seterusnya?

Facebook mengatakan hari ini yang mana mereka akan menilai kembali platform mereka, dan menyemak pelbagai aplikasi yang mempunyai akses kepada data yang banyak sebelum perubahan pada 2014 lepas. Facebook juga akan mengaudit sebarang aplikasi yang mencurigakan, atau sekiranya mendapati penyalahgunaan, mereka akan menghalang akses kepada aplikasi berkenaan daripada platform Facebook.

Disamping itu, Facebook mengatakan mereka akan memberitahu kepada pengguna sekiranya sesuatu aplikasi yang menyalah-guna data mereka, selepas membuangnya. Malah, Facebook juga akan mematikan akses kepada sesuatu aplikasi yang tidak digunakan lebih 3 bulan oleh seseorang pengguna.

Facebook turut akan mengehadkan akses kepada data ketika log masuk oleh sesuatu aplikasi, yang mana akan memerlukan kebenaran daripada seseorang pengguna. Facebook mengatakan mereka akan memaparkan kawalan aplikasi yang mengakses data mereka dengan lebih jelas berbanding pada hari ini yang sedikit tersembunyi didalam bahagian tetapan.

Apa Anda Boleh Buat?

Bagi pengguna Facebook, anda boleh melihat kepada pelbagai aplikasi yang mempunyai akses kepada info anda dilaman gergasi berkenaan – dan seterusnya memilih untuk mematikan akses untuknya, atau terus membiarkan ia mengakses info anda. Sekiranya anda tidak lagi menggunakan sesuatu aplikasi berkenaan, kami nasihatkan anda supaya membuang akses kepadanya pada laman tetapan. Di halaman tetapan (setting) ini anda boleh lihat akses kepada pihak ketiga yang anda telah izinkan sebelum ini.

Layari : Tetapan Aplikasi Dengan Akses Facebook

Anda juga turut boleh memilih untuk memadam akaun Facebook anda sekiranya anda tidak selesa dengan kaedah pengumpulan data dan sebagainya. Untuk makluman, selain Facebook, gergasi laman sosial berkenaan turut memiliki sejumlah aplikasi popular lain, termasuk Instagram dan WhatsApp.

Layari : Padam Akaun Facebook

Bagi kami sendiri, kami nasihatkan anda untuk menggunakan bukan sahaja Facebook, tetapi sebarang perkhidmatan atas-talian dengan bijak, dan tidak mendedahkan pelbagai maklumat peribadi yang sensitif melaluinya. Seperti biasa, baca pelbagai akses data yang diminta oleh sesuatu aplikasi sebelum membenarkannya untuk menggunakan data anda di sesuatu laman.

 

Sumber: Amanz

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

4 Aplikasi Telefon Untuk Keselamatan Anak Anda 4 Laman Web Sains Untuk Kanak-kanak

Related Posts

kemahiran penting tahun 2019

News/Berita, Technology, Tips & Trick

Kemahiran Penting untuk Mudah Dapat Kerja Tahun 2019

duitnow

News/Berita

Duitnow – Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Perkhidmatan Perbankan Ini?

internet trolls

News/Berita

Internet Trolls And How They Can Affect Us

GRP Pic8

News/Berita

Free Train Services in May 2018

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved