Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
Tidak boleh dinafikan dengan penguman perintah kawalan pergerakan oleh Perdana Menteri lewat malam semalam, sedikit sebanyak menimbul rasa panik dalam kalangan rakyat Malaysia. Masing-masing berpusu-pusu ke pasar raya terdekat untuk membeli stok keperluan. Ada juga yang kecewa apabila kebanyakan stok makanan di kedai telah pun habis. Disini, kami senarai beberapa alternatif untuk membeli barangan runcit secara dalam talian, yang akan dihantar terus ke pintu rumah anda.
1. Tesco

Tesco Online kini boleh didapati di bandar-bandar terpilih di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, dan Seremban. Anda boleh memeriksa di lawan web Tesco untuk mengetahui sama ada Tesco menawarkan perkhidmatan kami ke kawasan anda.
Terdapat beberapa slot penghantaran yang tersedia iaitu dari jam 8 pagi hingga 10 malam, 7 hari seminggu. Setiap slot penghantaran mempunyai kapasiti maksimum, jadi letakkan pesanan anda terlebih dahulu untuk menjamin slot yang anda inginkan. Anda boleh memesan barangan keperluan sehingga 3 minggu lebih awal.
2. Happy Fresh

HappyFresh telah bekerjasama dengan pasar raya dan kedai-kedai terpilih yang menawarkan banyak pilihan barangan runcit dalam talian. Pada masa ini, HappyFresh hanya terdapat di beberapa kawasan terpilih di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor. Anda boleh menyemak sama ada HappyFresh menawarkan perkhidmatan mereka dengan memuat turun aplikasi atau menggunakan carian poskod di laman web. Setiap pembelian dari HappyFresh perlulah melebihi RM49.90 untuk penghantaran.
3. MyGroser

MyGroser mempunyai kedai fizikal mereka yang tersendiri, yang menawarkan pelbagai pilihan barangan yang segar dan bersih termasuk sayuran, buahan, makanan ringan dan keperluan asas yang lain dengan harga yang berpatutan. Mereka menawarkan perkhidmatan di sekitar Lembah Klang sahaja. Tiada sebarang minimum harga serta kuantiti.
4. Mydin

Mydin juga kini menawarkan perkhidmatan membeli barangan runcit dalam talian. Banyak produk yang anda boleh beli, seperti anda berada di dalam kedai. Tiada minimum pembelian yang dikenakan. Hanya terdapat di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang, iaitu Shah Alam, Puchong, Subang Jaya dan Petaling Jaya.
Sekelumit Nasihat
Tidak ada sebarang larangan jika rakyat Malaysia mahu membeli barang-barang keperluan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan 2 minggu ini. Jangan mulakan pembelian panik. Lagi ramai yang bersesak di pasar raya, lagi tinggi peluang untuk kita dijangkiti Covid-19. Kawal pergerakan anda, hanya keluar membeli bila benar-benar ada keperluan.