gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Tempat Belajar Online yang Percuma
January 31, 2018

9 Platform Belajar Online Yang Percuma

belajar online

Dunia digital yang semakin berkembang membuatkan ramai dari kita sekarang ini boleh belajar secara online. Boleh dikatakan pembelajaran secara online ini meliputi segala bidang baik dari segi pengaturcaraan, alat muzik, pembuatan video, memasak dan apa saja. Terdapat banyak platform untuk belajar secara percuma walaupun ada platform yang berbayar. Berikut adalah antara platform belajar online yang percuma yang kami rasakan bagus.

1. TED

Tempat Belajar Online yang Percuma

TED talks adalah sebuah laman web yang memaparkan video mengenai pelbagai topik dan perbincangan tentang cara mendidik diri sendiri dalam talian secara percuma. Sekarang terdapat beribu-ribu video mengenai pelbagai topik di laman web ini.

Anda juga boleh memberi cadangan kepada laman web untuk melakukan video yang menarik, cantik atau bermaklumat untuk anda. Laman ini tidak menyediakan pendidikan formal tetapi ia pasti boleh mengubah hidup.

2. 99U

Tempat Belajar Online yang Percuma

Anda menggemari video yang disumbangkan oleh pakar dalam pelbagai topik? Selepas anda melawat TED, kami sarankan anda lihat laman web 99U, yang merupakan satu lagi sumber video pendidikan yang hebat dalam pelbagai topik. Ia lebih memfokus  terhadap subjek kreativiti, pembangunan perniagaan dan inovasi, jadi ia pasti menarik jika anda seorang usahawan atau dalam terlibat dengan kerja yang memerlukan kreativiti.

3. Ignite

Tempat Belajar Online yang Percuma

Sekiranya anda ingin belajar sesuatu yang baru dan anda mempunyai kekangan masa, lihat video Ignite. Tujuan acara ceramah ini adalah untuk setiap orang berkongsi sesuatu yang inovatif atau memberi inspirasi hanya dalam masa 5 minit. Topik yang dibincangkan mungkin agak remeh dan masa yang singkat, tetapi anda pasti belajar sesuatu yang baru di sini.

4. Wikiversity

Tempat Belajar Online yang Percuma

Jika anda lebih suka pembelajaran anda berasaskan teks, semak Wikiversity. Seperti yang anda bayangkan, laman web ini adalah sebahagian daripada Wikimedia Foundation dan ia menyediakan halaman terperinci mengenai pelbagai subjek. Ia termasuk maklumat kepada pelajar dari prasekolah ke kolej dan seterusnya, dan seperti projek-projek wiki yang lain, ia adalah open-source dan kolaboratif.

Ini adalah laman web yang baik untuk dilayari, dan butang “random” sangat menyeronokkan.

5. Project Gutenberg

Tempat Belajar Online yang Percuma

Akses lebih dari 4,200 ebook percuma di Project Gutenberg, sumber yang sangat baik untuk buku domain awam serta ebook percuma kontemporari. Terdapat buku kesusasteraan, dokumen bersejarah, buku bukan fiksyen mengenai pelbagai subjek dan banyak lagi. Semuanya percuma dan boleh dimuat turun ke komputer atau ereader.

6. Bartleby

Tempat Belajar Online yang Percuma

Bartleby, lebih kurang seperti Project Gutenberg, menawarkan koleksi rujukan, puisi, fiksyen dan bukan fiksyen yang besar. Terdapat beberapa sumber yang hebat di sini seperti The Harvard Classics Shelf Fiction, Oxford Shakespeare, Bullfinch’s Mythology, Bartlett’s Quotations dan banyak lagi.

Ini adalah laman web yang hebat jika anda sedang mencari petikan mengenai subjek tertentu atau hanya ingin membaca buku klasik yang mungkin anda pernah baca di sekolah.

7. The Free Library

Tempat Belajar Online yang Percuma

Mempunyai koleksi lebih daripada 21 juta artikel dan buku percuma, The Free Library adalah tempat untuk mendapatkan akses kepada akhbar, majalah, artikel jurnal (dari tahun 1984 hingga sekarang) dan buku-buku klasik. Ia adalah tempat yang baik untuk memulakan penyelidikan untuk kertas akademik atau hanya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai topik tertentu.

Anda boleh mencari dengan kata kunci atau layari berdasarkan sumber, topik atau pengarang, atau hanya melihat artikel secara rawak.

8. YouTube

Tempat Belajar Online yang Percuma

YouTube adalah seperti tempat di mana anda boleh belajar apasaja dan mendapat apasaja maklumat yang diinginkan. Layari saluran untuk mencari topik umum yang menarik minat anda, atau mencari perkara tertentu yang anda ingin pelajari dan anda pasti menemuinya.

Terdapat lebih daripada 6,000 saluran di bahagian sains dan pendidikan, lebih daripada 600 dalam masakan dan hampir 2,000 di DIY. Pendek kata apasaja yang anda ingin carikan, anda pasti temuinya di Youtube.

9. Google, etc.

Tempat Belajar Online yang Percuma

Enjin carian adalah tempat yang paling bagus jika anda ingin mencari sesuatu maklumat. Google secara khususnya menyediakan gambaran besar mengenai subjek yang betul dalam pelayar. Jika anda mencari seseorang di Google, anda akan menemui bio mini tanpa mengklik pada halaman lain, dan anda akan mempunyai banyak tempat untuk mendapatkan maklumat lanjut. Ia adalah tempat terbaik untuk mencari mencari maklumat khusus, kerana semua laman web ini umum dan Google boleh memberitahu anda tempat terbaik untuk mencari apa yang anda ingin cari.

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

Aplikasi PDF Percuma Untuk Telefon Pintar Dan Tablet 11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved