gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Permainan menaip
August 26, 2019

8 Permainan dan Aplikasi untuk Belajar Menaip Pantas

Mempelajari kemahiran mudah seperti menaip laju dapat memperbaiki kualiti kehidupan contohnya dari segi pengurusan masa dan keutamaan. Bukan sahaja ia membantu anda menyelesaikan tugasan dengan berkesan di tempat kerja dan kehidupan peribadi, tetapi ia juga meningkatkan produktiviti anda. Kami senaraikan beberapa permainan dan aplikasi untuk belajar menaip pantas.

Speed Typing Online

Speed Typing Online adalah permainan menaip dalam talian. Isi kandungan yang digunakan ketika menaip adalah dari buku terkenal, lagu dan cerita pendek. Anda juga dapat mempelajari ilmu memasukkan data.

Anda akan melihat bingkai biru cerah memegang teks yang kemudian bertukar menjadi hijau selepas anda menaip. Selepas tamat menaip, halaman statistik akan muncul untuk menunjukkan kepada anda perkataan yang anda taip dalam seminit, ketepatan, kemasukan yang betul dan salah, dan kadar ralat.

Typing Trainer

Typing Trainer adalah satu lagi platform dalam talian yang sesuai untuk mereka yang baru sahaja ingin belajar menaip. Ia menyediakan pelajaran langkah demi langkah. Belajar menaip pada papan kekunci boleh mengelirukan terutamanya bagi mereka yang tidak biasa.

Typing Trainer mempunyai koleksi tutorial langkah demi langkah yang meliputi pengenalan kepada kunci baru pada setiap pelajaran dan ujian kemahiran. Typing Trainer menyoroti ciri-ciri unik dalam setiap pelajaran termasuk bahagian pemanasan di mana pengguna mula membina memori otot dan belajar menaip tanpa melihat papan kekunci.

Laman web ini juga diprogramkan untuk mengenal pasti kesukaran yang dihadapi pengguna semasa menaip perkataan atau ayat tertentu.

TapTyping – Typing Trainer

Oleh kerana penggunaan telefon bimbit semakin penting hari ini, kemahiran menaip pada telefon juga penting. Dengan menggunakan aplikasi menaip TapTyping – Typing Trainer, anda boleh belajar menaip pada bila-bila masa, ketika anda menunggu bas atau ketika waktu rehat.

Aplikasi ini membolehkan anda untuk mencabar penaip lain di seluruh dunia dengan TapTyping’s global leaderboard dan menguji kemahiran anda dengan mengambil pelajaran lanjutan. Anda dapat melihat kesilapan anda dengan merujuk pada heat map.

The Most Dangerous Writing App

Platform ini sesuai untuk anda yang kerap mengejar masa. Jika anda berhenti menaip selama 5 saat, segala yang anda taip sebelum ini akan terpadam dari skrin. Sesi ditetapkan dari 3 minit hingga 20 minit, atau dari 75 hingga 1667 perkataan. Aplikasi dalam talian ini juga sesuai untuk mereka yang ada sikap bertangguh.

The Typing Cat

Ingin menaik taraf kemahiran menaip anda? Typing Cat juga berfungsi sebagai tutor peribadi. Ia mempunyai senarai kursus menaip biasa dengan pilihan untuk mencuba pelajaran lain yang lebih kompleks seperti HTML. Kursus yang terdapat di dalam The Typing Cat adalah EcmaScript 6, HTML 5, dan CSS 3.

ZType – Space Invaders Meet Webster

ZType adalah sebuah aplikasi permainan. Anda dikehendaki menaip perkataan sebelum misil dilancarkan dan menghancurkan kapal anda. Anda hendaklah menaip dalam masa yang ditetapkan. Jika tidak akan banyak perkataan sukar yang akan muncul di papan skrin.

Epistory – Typing Chronicles

Epistory adalah satu aplikasi permainan di mana seorang gadis muda yang menunggang musang dalam alam ajaib dan mereka bersama-sama memerangi musuh dalam bentuk dan perkataan. Permainan ini mungkin menyebabkan anda lupa ia adalah permainan menaip.

Daily Quote Typing

Daily Quote Typing adalah salah satu permainan yang terdapat di Wordgames.com. Wordgames adalah sebuah laman web yang menawarkan pelbagai permainan menaip dari tahap yang berbeza berdasarkan pengalaman anda. Dengan Daily Quote Typing, pengguna boleh menaip petikan inspirasi dari pemimpin terkenal dan pencipta seperti Mark Twain dan Albert Einstein.

Disiplin dan kesabaran mengajar anda untuk menaip lebih cepat. Ia datang dari komitmen untuk meningkatkan kemahiran diri bukan sahaja kemampuan menaip, tetapi juga dalam kemahiran lain yang penting dalam memperbaiki kehidupan.

Jika anda berlatih setiap hari dan menggunakan aplikasi permainan menaip, tanpa anda sedar satu hari nanti anda sudah berjaya menaip dengan laju.

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

6 Servis Penstriman Muzik Dalam Talian Yang Anda Boleh Cuba 5 Aplikasi untuk Ibu Bapa Memantau Anak Remaja

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved