gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya
December 22, 2017

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

cara untuk berjaya, keyakinan diri, penghalang kejayaan

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan. Namun, anda tidak sedar pemikiran dan kepercayaan tersebut menghalang anda daripada berjaya. Pemikiran dan kepercayaan yang sudah terlalu lama terpahat di fikiran bukanlah mudah untuk diubah. Tetapi jika anda ingin berjaya dan keluar daripada kepompong pemikiran lama, elakkan 7 perkara di bawah ini.

Kepercayaan 1: Orang yang kelihatan berjaya adalah orang yang berjaya

Pernah tak anda jumpa seorang lelaki segak atau wanita yang bergaya dan memandu kereta mewah tetapi mempunyai hanya RM200 di akaun bank? Pernah tak anda mengenali seseorang yang memakai pakaian lusuh dan tidak mempunyai kereta mewah tetapi beliau memiliki harta berjuta-juta? Tidak semua orang yang kelihatan kaya itu kaya dan tidak semua orang yang kelihatan miskin itu miskin.

Kepercayaan 2: Tahu segalanya

Tidak ada salahnya jika anda seorang yang suka belajar benda baru. Tetapi anda tidak perlu belajar segala perkara untuk menjadi seorang yang berjaya. Belajar terlalu banyak perkara mungkin mengurangkan tumpuan anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah menumpukan pembelajaran terhadap apa yang berkaitan dengan matlamat anda.

Kepercayaan 3: Pandai dari semua segi

Bukan sahaja anda tidak perlu belajar semua perkara, anda juga tidak perlu pandai dalam semua perkara.  Jangan jadi seperti “Jack of all trades, master of none”. Jika anda focus pada satu-satu perkara sahaja, hasilnya pasti menakjubkan. Bukan itu sahaja, anda akan mempunyai lebih masa untuk diri sendiri. Jika anda ingin bagus dalam semua perkara, anda akan kurang atau tiada masa untuk berehat.

Kepercayaan 4: Anda boleh selesaikan kerja seorang diri

Tidak dinafikan, kebiasaaanya apabila kita dapat menyelesaikan tugasan seorang diri, kita rasa lebih yakin. Apabila anda rasa yakin, akan mungkin kurang bergantung kepada orang. Anda silap, anda perlu elakkan diri daripada berfikiran begini.

Berdasarkan kajian, kerja berpasukan memiliki lebih peratusan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan berbanding jika bekerja secara individu.  Ini kerana lebih banyak orang menyumbang kemahiran dan pengetahuan.

Kepercayaan 5: Kemahiran perlu kerap digilap

Mungkin ada sesetengah anda yang berasa tercabar atau kecewa apabila rakan anda mempunyai kemahiran yang lebih baik. Anda mungkin bertindak balas dengan mempertingkatkan kemahiran atau berputus asa.

Walaupun kemahiran itu penting digilap, harus diingatkan budaya yang baik di tempat kerja adalah sangat penting.  Antara cara untuk menanam budaya baik di tempat kerja adalah:

Hormat-menghormati: Jangan melihat rakan sekerja sebagai orang atasan atau orang bawahan. Hormati staf dan sentiasa ikhlas di dalam mengkritik hasil kerja mahupun ketika memberi perhargaan.

Ingin tahu: Sebagai seorang orang atasan mungkin anda perlu ambil usaha untuk mengambil tahu masalah staf di bawah anda. Tunjukkan minat pada permasalahan mereka, berikan komen, tanyakan soalan dan cuba berikan bantuan.

Tabah: Tanamkan ketahanan mental di dalam diri. Jangan jadi seseorang yang melihat kegagalan sesuatu yang menghalang anda untuk berjaya.

Kepercayaan 6: Jangan pernah akui kesilapan

Ada sesetengah orang yang suka menyalahkan orang lain di atas kesilapannya sendiri mahupun kesilapan orang lain. Ini kerana mereka tidak ingin bertanggung jawab atau tidak ingin ada perasaan bersalah. Ini adalah salah sama sekali.

Jika anda ingin menjadi orang yang berjaya, anda haruslah berani mengakui kesilapan diri. Jangan takut atau segan dilihat salah. Apabila anda bertanggung jawab di atas kelakuan anda, orang akan lebih mempercayai anda. Ini secara automatik akan membuatkan orang lain lebih menghormati anda bukannya merendahkan anda.

Kepercayaan 7: Kepimpinan tidak dapat dipelajari

Ramai yang percaya tidak semua orang dilahirkan dengan kebolehan memimpin. Itu salah. Kepimpinan boleh dibentuk. Jika anda ingin mempelajari kemahiran kepimpinan anda boleh ambil kursus di kolej atau belajar sendiri dengan sumber yang boleh diperolehi secara atas talian atau luar talian. Gunakan apa yang anda belajar untuk mencipta peluang untuk menggunakan skil tersebut. Lama-kelamaan anda akan menjadi pemimpin yang anda inginkan.

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

5 Jenis Kerjaya Penulisan Profesional Peranan Statistik di dalam Pelbagai Bidang

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved