gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
August 19, 2019

7 Cara Tingkatkan Trafik Laman Web

Pasti ada di antara anda yang memiliki laman web tetapi tiada siapa pun yang kunjung ataupun sedikit sahaja pelawat. Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk mendapatkan trafik ke laman web. Di artikel ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa cara untuk tingkatkan trafik ke laman web.

1. Cipta Halaman Sumber

Di halaman ini anda boleh tonjolkan laman web terbaik di seluruh Internet dengan penjelasan ringkas tentang apa yang menjadikan laman web tersebut istimewa. Anda juga boleh letakkan halaman “Terima Kasih” di mana anda menyenaraikan pihak yang mendorong anda untuk terus melakukan apa yang anda lakukan sekarang. Selain itu, anda juga boleh mencipta halaman “Produk Kegemaran”.

Sertakan imej dan ulasan pendek mengenai produk kegemaran anda. Terangkan mengapa produk tersebut menarik. Pada halaman ini, anda boleh sertakan affiliate link. Dengan demikian, anda bukan sahaja dapat banyak trafik tetapi anda juga berhasil mempromosikan affiliate link anda.

2. Menulis Dalam Laman Web Medium

Laman web ini mempunyai lebih daripada 60 juta pembaca sebulan. Anda tidak perlu menulis kandungan baru. Hanya republish kandungan lama anda kepada pembaca baru di Medium.

Anda tidak perlu risau walaupun anda menerbitkan dua kandungan yang sama. Google tidak akan menghukum anda. Ini kerana Google telah mencipta satu alat yang membenarkan anda untuk menerbitkan dua kandungan yang sama dengan menggunakan canonical URL. Apabila anda menerbit kandungan di Medium, secara lalai ia telah menggunakan canonical URL.

3. Perkongsian Kandungan untuk Bonus

Iklankan kandungan istimewa atau muat turun. Jelaskan kepada peminat anda bahawa satu-satunya cara untuk mendapatkan akses adalah jika mereka berkongsi dengan rakan-rakan mereka. Pastikan anda menulis kandungan yang sangat menarik. Semakin menarik promosi anda, lebih banyak orang akan berkongsi dengan rakan-rakan mereka.

Setelah mereka berkongsi halaman promosi pada rangkaian sosial, jangan lupa berikan mereka akses kepada muat turun. Satu alat yang sesuai untuk perkongsian ini adalah Pay With A Tweet

4. Gunakan QR Code

Untuk menggunakan QR Code, cari halaman di laman web anda yang anda ingin tonjolkan kepada pelawat. Salin URL dan tampalkannya dalam QR Code Generator.

Kod itu sendiri tidak terlalu menarik. Untuk menarik orang untuk mengklik, tulis tajuk yang menarik. Pada tajuk kod, anda boleh menulis tentang kebaikan atau kelebihan tetapi tulis sedikit sahaja. Anda juga boleh gunakan ‘reverse psychology’  dan jadikan tajuk anda kelihatan atau berbunyi misteri. Ini akan menimbulkan keinginan orang untuk terus mencari maklumat.

Gunakan kod QR pada mana-mana medium luar talian. Anda boleh letakkannya di T-shirt, poster, risalah, bahkan papan iklan.

5. StumbleUpon

StumbleUpon merupakan laman web bookmark social. StumbleUpon membolehkan pengguna mencari laman web dan halaman baru dengan mengklik butang Stumble dalam aplikasi. Kandungan yang mendapat banyak pelawat biasanya kandungan yang pendek, luar biasa, dan visual. Artikel bersenarai, cerita lucu atau berkaitan emosi turut mendapat sambungan hangat.

6. Quora

Quora merupakan tempat di mana anda menemui pelbagai jenis soalan. Anda boleh menjawab soalan di situ dengan kandungan anda. Quora mirip Yahoo! Answers, tetapi ia menarik jawapan yang berkualiti tinggi daripada pihak yang disahkan. Untuk bermula, buat akaun Quora. Kemudian cari soalan di Quora yang berkaitan dengan kandungan anda.

7. Peraduan dan Giveaway

Pernahkah anda perasan bahawa kebanyakan jenama utama sentiasa menjalankan pertandingan atau Giveaway? Menawarkan ganjaran percuma kepada pelanggan adalah cara terbaik untuk menarik trafik dan pembeli baru kepada apa yang anda tawarkan.

Cara paling mudah untuk menjalankan Giveaway adalah dengan menawarkan hadiah kepada peserta yang memberi review terbaik. Sebaik sahaja tempoh Giveaway berakhir, tentukan pemenang dan hadiah akan diberikan.

Kesimpulan

Ini adalah di antara beberapa cara yang berkesan untuk menambah trafik ke laman web anda. Jika anda belum gunakan mana-mana teknik, bolehlah bermula sekarang. Ia percuma sahaja dan tidak rugi jika kita mencuba.

Ada sesiapa di kalangan pembaca Gloviss yang mempunyai blog atau laman web sendiri? Jika ada, sila tinggalkan komen di bawah 🙂

Jika nak dapat pendapatan sampingan, boleh register di SINI untuk dapatkan ganjaran melalui kajiselidik dalam talian.

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

Penganalisis Ruang Cakera Terbaik untuk Windows 10 6 Servis Penstriman Muzik Dalam Talian Yang Anda Boleh Cuba

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved