gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
7 Alat Berguna Untuk Pengembaraan Jangka Panjang
October 9, 2019

7 Alat Berguna Untuk Pengembaraan Jangka Panjang

Semua orang suka bercuti panjang. Namun sebelum memulakan percutian terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan dirancangkan agar percutian berjalan dengan lancar.  Di bawah ini kami senaraikan beberapa alat berguna yang dapat membantu memudahkan percutian dan pengembaraan jangka panjang anda.

Stor Penyimpanan

Jika anda merancang bercuti untuk tempoh yang lama, anda boleh menyimpan barang berharga di stor penyimpanan. Jangan tinggalkan barang berharga di rumah. Sewa loker simpanan di kawasan terdekat anda. Sekurang-kurangnya anda tahu barang anda sentiasa selamat walaupun anda bercuti lama. Antara contoh stor penyimpanan yang terdapat di Kuala Lumpur dan Selangor adalah Extra Space, EZ Secure Storage, The Storage People, Flexi Storage, Lock & Store, StorHub dan Cube Self Storage. Ada banyak lagi sebenarnya, anda boleh cuba google sendiri. Harga adalah berbeza mengikut saiz penyimpanan dan tempoh penyimpanan.

TripIt

TripIt adalah alat untuk membantu merancang perjalanan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah menyediakan TripIt dengan e-mel pengesahan anda untuk penerbangan, hotel, dan lain-lain. TripIt akan membuat jadual perjalanan utama yang boleh diakses di mana sahaja, walaupun anda tidak berada di dalam talian. TripIt membolehkan anda berkongsi rancangan perjalanan, mencari penerbangan alternatif, mendapatkan pemberitahuan tentang tempat duduk yang lebih baik, dan sebagainya. Ini akan menjadikan perancangan perjalanan anda menjadi lebih mudah, lebih lancar dan lebih santai.

City Mapper

Di mana sahaja anda mengembara anda perlu tahu apa yang terdapat di sekeliling anda. Laman web ini adalah alat yang anda perlukan untuk mengetahui di mana segala-galanya, tidak kira di mana anda berada. Anda boleh menggunakan alat ini untuk mendapatkan arah untuk membeli-belah, restoran, penginapan, kereta bawah tanah, dan banyak lagi untuk kebanyakan bandar utama di seluruh dunia. Anda pasti tidak akan hilang apabila anda menggunakan alat berguna ini.

XE Currency Converter

Sekiranya anda berada di kawasan di mana mata wang itu berbeza dari mata wang anda sendiri, adalah penting untuk anda mempunyai akses kepada penukar mata wang. Dengan cara itu, anda akan sentiasa dapat mengetahui kos sesuatu barang, tidak kira apa mata wang yang digunakan. Dengan alat ini anda menerima data dan kadar harian yang paling tepat untuk membantu anda merancang perbelanjaan dengan berhemah dan membantu anda memperoleh kadar terbaik.

Foodspotting

Adakah anda ingin mengetahui di mana restoran terbaik di dunia terletak (termasuk semua tempat-tempat menarik yang belum diketahui ramai)? Ini adalah alat yang akan memberitahu anda tempat-tempat tersebut. Anda akan menemui restoran terbaik, hidangan terbaik, dan banyak lagi, tidak kira apa jenis makanan yang anda cari.

Expat Explorer

Ini adalah panduan lengkap untuk menjalani kehidupan ekspatriat. Anda akan menemui panduan negara ekspatriat, perbandingan negara, petua untuk merancang kewangan percutian anda, dan banyak lagi. Ketahui tentang bagaimana hidup di luar negara boleh memberi kesan terhadap perbankan anda, cabaran yang mungkin anda hadapi sebagai ekspatriat, dan lebih banyak lagi. Anda juga boleh menghubungi dan bercakap dengan orang sebenar jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengalaman ekspat yang akan datang.

Spotted by Locals

Pelancong tidak selalu dapat menikmati yang terbaik apabila berada di tempat orang, kerana hanya penduduk setempat yang mengetahui perkara-perkara ini. Anda perlu mula berfikir seperti orang tempatan dan mengetahui apa yang mereka suka tentang kediaman mereka. Gunakan alat ini untuk mengetahui apa yang penduduk tempatan suka, dan anda akan cari sendiri mengapa mereka menyukainya.

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

6 Kemahiran Komputer Untuk Mudah Dapat Kerja Aplikasi Kalendar Terbaik Tahun 2019 Untuk Anda Cuba

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved