gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
6 Perkara Memudahkan Keselamatan Gadget Diceroboh
February 4, 2019

6 Perkara Memudahkan Keselamatan Gadget Diceroboh

Semua orang ingin memiliki gadget bagi memudahkan kehidupan. Namun tahukah anda bahawa penggunaan gadget ini boleh mengancam keselamatan anda? Di sini kami ingin mendedahkan 6 perkara yang biasa kita lakukan yang memudahkan keselamatan gadget anda diceroboh.

Menonton TV dan filem secara haram

Mengakses kandungan filem melalui cara yang menyalahi undang-undang mendedahkan penonton kepada kecurian identiti. Banyak laman web yang meminta penonton memuat turun fail yang mengandungi pemain video, yang diiringi oleh, atau diganti sepenuhnya dengan malware berbahaya yang boleh mencuri maklumat peribadi seperti kata laluan, nombor akaun bank dan nombor kad kredit.

Selain malware yang boleh mencuri maklumat, kandungan yang dimuat turun secara haram boleh mendedahkan penonton kepada virus yang mungkin disertakan dengan fail video. Virus ini boleh mengakibatkan kehilangan data, sambungan internet yang perlahan, dan tetingkap pop yang tiba-tiba timbul. Walaupun anda mempunyai antivirus, kadang-kadang perisian ini tidak cukup untuk memerangi virus-virus ini.

Berkongsi akaun dengan orang lain

Ramai orang menggunakan kata laluan yang sama dan mudah diingat. Mengikut kajian, 5 juta kata laluan yang dicuri dalam pelanggaran data mendedahkan bahawa kata laluan yang paling kerap digunakan ialah “123456” dan “password”.

Para pekerja pejabat kebiasaannya suka berkongsi kata laluan bagi memudahkan lebih banyak pengguna mengakses akaun pasukan. Adalah satu kebiasaan meninggalkan kata laluan di bawah papan kekunci bagi membolehkan rakan sekerja untuk log masuk ke akaun perniagaan ketika keadaan kecemasan. Walaupun perkongsian kata laluan adalah bertujuan baik dan memudahkan kerja namun ia ancaman keselamatan yang besar kepada perniagaan.

Cara terbaik untuk mengelakkan ancaman siber adalah dengan membayar apa yang anda ingin tonton melalui saluran rasmi. Anda boleh memastikan bahawa fail yang anda gunakan adalah sah dan selamat, dan anda boleh yakin bahawa aplikasi yang digunakan untuk menyampaikan video juga dipercayai.

Menggunakan kod PIN pendek dan kunci corak

Mempunyai apa-apa jenis kunci pada telefon anda jauh lebih baik daripada meninggalkannya tanpa kunci. Saya yakin ramai yang memilih untuk menggunakan 4 digit PIN, barangkali kerana lebih cepat ditaip dan mudah diingat. Tetapi tahukah anda, jika anda menggunakan 6 digit PIN,  ini akan menyusahkan penggodam melakukan kerja.

Kod PIN yang panjang sebenarnya merupakan cara yang paling selamat untuk mengunci telefon anda. Tidak seperti biometrik, ia tidak boleh ditiru. Sebenarnya nombor PIN adalah lebih selamat daripada kunci corak, ini kerana manusia mudah dijangka. Jika penggodam mempunyai video rahsia yang membuka kunci telefon anda, kunci corak boleh dibuka dalam hanya lima masa.

Keselamatan USB yang lemah

Virus dan malware sangat suka dengan pemacu USB, ia akan menjangkitkan komputer sebaik sahaja anda memasangkan pemacu USB ke dalam komputer anda. Oleh sebab itu anda perlu berhati-hati dengan mana-mana peranti USB yang mana bukan milik anda ataupun yang pernah digunakan.

Selain memiliki malware yang tersembunyi pada pemacu, firmware pemacu USB juga boleh dijangkiti dengan malware. Jika anda ingin menggunakan pemacu USB, pastikan ia datang dari sumber yang dipercayai, dan jangan sesekali pasang pemacu ke komputer tanpa perisian keselamatan komprehensif.

Tidak menutup webcam dan mikrofon

Sesetengah webcam mempunyai perisai privasi. Namun jika webcam anda tidak memiliki perisai tersebut anda boleh menggunakan cara mudah seperti melekatkan pita selotape. Contohnya ketika anda tidak menggunakan webcam anda boleh melekatkan pita tersebut supaya orang lain tidak dapat melihat apa yang anda lakukan. Anda perlu sedar membiarkan webcam terbiar begitu sahaja membolehkan sesiapa sahaja untuk mengambil kesempatan. Tentu anda tidak mahu orang merakam anda ketika anda sedang bogel bukan? Melainkan anda membenarkannya. Bayangkan video bogel anda disebarkan ataupun anda diugut jika tidak memberi wang.

Tidak mengemaskini perisian

Sesetengah daripada kita memang malas untuk mengemaskinikan perisian computer ataupun telefon. Pastikan anda hidupkan kemas kini automatik di dalam telefon anda. Jangan biarkan perisian pada telefon atau gadget anda menjadi terlalu tua sehingga anda meletakkannya pada risiko diancam oleh virus dan serangan penggodam.

Sebenarnya kita iaitu pengguna sekarang sangat bertuah. Ini kerana dari hari ke hari ia menjadi semakin sukar untuk mengelakkan diri kemas kini automatic. Baik pengguna iOS, Spotify mahupun Windows. Hidupkan kemas kini secara automatik anda akan memudahkan tugasan anda. Jika anda mengemaskini secara manual anda mungkin perlu menunggu lama lebih-lebih lagi apabila anda mengemaskini ketika sedang melakukan tugasan penting. Jangan biarkan perisian pada peranti utama anda menjadi terlalu tua sehingga anda mendedahkannya kepada risiko yang serius.

Selain itu, untuk lebih selamat, sentiasalah beli perisian atau peranti yang berkualiti dari pengeluar yang dipercayai sahaja. Sekurang-kurangnya apabila anda berhadapan dengan masalah, anda tahu di mana untuk meminta bantuan.

Berhati-hati dengan peranti yang pernah digunakan

Produk atau peranti yang pernah dipakai orang lain boleh mengundang pelbagai bermasalah di kemudian hari. Memang terdapat cara untuk menghapus data yang sudah ada pada peranti. Namun terdapat pengilang yang tidak membenarkan anda untuk memindahkan pemilikan kepada pihak kedua.

Sebelum membeli produk pintar terpakai, anda dinasihatkan untuk memeriksa butiran dan spesifikasi terlebih dahulu. Adakah anda boleh mendapatkan akses sepenuhnya untuk menggunakannya, dan sila pastikan tidak ada orang lain yang boleh mengaksesnya. Rujuk pada manual yang disediakan. Jika wujud sesuatu yang tidak jelas atau mencurigakan lakukan carian web untuk mencari punca dan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

6 Cara Melindungi Privasi Dalam Talian 5 Mitos Teknologi

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a cafĂ©, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved