gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
6 Cara Muat Turun Dan Baca Laman Web Secara Offline
November 24, 2017

6 Cara Muat Turun Dan Baca Laman Web Secara Offline

Baca secara offline

Tidak semua tempat atau kawasan mempunyai liputan WIFI atau talian internet. Ada juga yang begitu mengambil berat penggunaan data mereka dan inginkan penjimatan. Bagaimana jika anda ingin mengakses laman web tetapi berada di luar liputan? Di sini kami ingin berkongsi 6 cara muat turun dan baca laman web secara offline.

1. Muat Turun Laman Yang Ingin Dibaca

Jika anda ingin muat turun page di dalam laman web untuk dibaca kemudian,  terdapat cara untuk melakukannya.

Bagi pengguna Windows, Mac dan Linux, anda hanya perlu tekan Ctrl + S di papan kekunci  yang akan membawa anda ke kotak “Save As”.  Anda boleh save di mana saja yang anda inginkan. Selepas itu akan boleh buka fail yang disimpan tadi walaupun tanpa talian internet.

Jika anda menggunakan Chrome di  telefon pintar Android, buka page laman web dan tekan butang menu di sebelah atas kanan. Klik pada ikon “Download” dan ia akan disimpan di dalam telefon anda.

Untuk pengguna Chrome iOS, anda pergi ke menu Share Sheet dan klik pada piihan “Read Later”. Kesemua artikel yang anda simpan boleh dilihat dalam pilihan Reading List di menu Setting Chrome.

2. Membenarkan Offline Mode Di Chrome & Firefox

Chrome dan Firefox membenarkan anda untuk membuka page dari “browser cache” ketika anda tiada jaringan internet.

Peringatan: Jangan bersihkan internet cache jika anda ingin membaca web page ketika offline.

Jika anda pengguna Chrome, anda perlu taip chrome://flags dan cari “Show Saved Copy Button”. Klik pada dropdown menu dan pilih “Enable: Primary”. Selepas itu restart browser Chrome untuk tujuan kemaskini perubahan.

Apabila anda offline, anda hanya perlu pergi ke butang “Show Saved Copy” dan klik pada web page yang diinginkan. Saya juga mencadangkan anda untuk bookmark web page yang penting supaya mudah diakses.

Untuk Firefox, klik pada butang menu Hamburger di sebelah atas kanan. Pilih pilihan “Developer” dan klik pada “Work Offline”.

3. Menggunakan HTTracks (Windows, Linux, Android)

HTTracks merupakan tool yang popular untuk memuat turun keseluruhan data laman web untuk diakses secara offline. Ia boleh digunakan pada Windows, Linux dan platform Android.

Cara menggunakannya adalah:

  • Install dan lancarkan HTTracks.
  • Klik “Next” untuk memulakan wizard. Anda akan diminta untuk menamakan projek. Pastikan nama projek adalah relevan bagi memudahkan anda untuk mengenalpasti data nanti.
  • Klik pada butang “Add URL” dan masukkan URL laman web yang akan ingin muat turun. Anda boleh muat turun lebih daripada satu laman web.
  • Terdapat butang “Set Options” di mana anda boleh melakukan customization/penyesuaian. Walau bagaimanapun, anda harus baca manual HTTracks sebelum menggunakan pilihan ini.
  • Klik “Next” dan klik “Finish” untuk mula muat turun laman web.

Jangka masa muat turun bergantung kepada saiz laman web. Laman web seperti Hongkiat.com boleh memakan masa berhari-hari untuk dimuat turun. Ia boleh mencapai saiz GB, jadi pastikan anda mempunyai ruang storan yang cukup.

Untuk pengetahuan anda, HTTracks akan muat turun bermula dari artikel terbaru ke artikel lama. Jika anda hanya ingin memuat turun artikel atau page terbaru dan bukan keseluruhan laman web, anda boleh batalkan proses muat turun apabila anda sudah pasti data yang dimuat turun mencukupi. Walaupun proses muat turun telah dibatalkan, anda masih boleh akses data yang telah berjaya dimuat turunkan sebelum itu.

4. Sitesucker (Mac OS X dan iOS)

Sitesucker berfungsi seperti HTTracks dan boleh muat turun keseluruhan laman web. Anda boleh pause proses muat turun untuk melihat page yang telah dimuat turun dan anda juga boleh sambung proses muat turun.

5. Browser Extension Untuk Baca Laman Web Secara Offline

PageArchiver (untuk Chrome)

Dengan PageArchiver anda boleh muat turun beberapa web page. Klik pada butang menu Chrome di sebelah atas kanan. Klik pada pilihan “More Tools” dan klik “Extensions”.  Klik pada “Get More Extensions”.

Selepas itu, anda hanya buka laman web yang anda inginkan dan boleh muat turun dengan PageArchiver.

Scrapbook (untuk Firefox)

Scrapbook membenarkan anda memuat turun satu web page atau keseluruhan laman web. Untuk menggunakan Scrapbook dalam Firefox, anda perlu klik menu Hamburger sebelah atas kanan. Klik pada “Web Developer” dan klik “More Tools”. Search Scrapbook dalam butang search “Find Add-Ons” dan install.

Mozilla Archive Format (Firefox)

Selain Scrapbook anda boleh menggunakan add-on Mozilla Archive Format. Dengan tool ini anda boleh compress fail bagi mengurangkan saiz storan. Malah anda boleh muat turun apasaja fail audio dan video di dalam sesebuah laman web.

6. Guna Aplikasi Pocket

Artikel akan mula-mula ditolak daripada sampah seperti  iklan, cadangan , widget dan sebagainya. Kemudian akan disimpan dalam penyimpanan awan Pocket.

Selepas itu, semua artikel akan disegerakkan ke atas semua peranti anda dengan Pocket yang dipasang dan disediakan untuk tontonan luar talian.

 

 

 

 

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

11 Tips Urus Kewangan Peribadi Cara Mudah Tapi Efektif Untuk Buat Duit Secara Online

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved