gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Article - Pembaca e-buku
September 9, 2019

5 Pembaca E-buku Terbaik Untuk Anda Ada

Jika anda ingin membaca buku di mana-mana sahaja contohnya ketika menunggu atau berada di dalam LRT dan bas,  pembaca e-buku adalah sangat sesuai. Ia bukan sahaja ringan dan mudah dibawa tetapi juga mudah untuk dibaca.

Kindle Paperwhite E-reader

Kindle Paperwhite adalah salah satu pilihan yang paling popular di kalangan pembaca e-buku. Terima kasih kepada teknologi e-Ink, anda mendapat pengalaman membaca yang hebat melalui skrin seperti halaman buku biasa. Ia juga disokong oleh pangkalan data yang menyimpan berjuta-juta e-buku di Amazon. Anda boleh membeli mana-mana buku dan simpankannya ke dalam peranti anda dalam beberapa saat sahaja.

The Kindle Paperwhite E-reader mempunyai skrin bebas silauan yang memberikan keselesaan ketika membaca walaupun di sinar matahari langsung menjadikannya peranti membaca yang sempurna pada hari yang cerah di pantai. Begitu juga, dalam persekitaran yang gelap, cahaya skrinnya cukup terang untuk membaca tetapi tidak akan menyakitkan mata anda. Seperti pembaca e-buku lain, ia juga membolehkan anda untuk membaca e-buku dan artikel dalam mod landskap.

Ia menyokong pelbagai format termasuk PDF, Mobi, dan RTF. Walau bagaimanapun, ia tidak menyokong ePub – salah satu format e-buku yang paling popular. Sekiranya anda mahu membaca e-buku pada peranti ini, anda perlu menukar format fail.

Kelemahan Kindle Paperwhite adalah tiada penyesuai kuasa yang mana anda perlu bergantung pada beberapa kabel lain. Selain itu, pembaca e-buku ini tidak kalis air dan juga mengambil masa yang lama untuk dicas. Tetapi apabila ia cas sepenuhnya, kuasanya bertahan selama lebih kurang sebulan pada kadar penggunaan normal.

Kindle Oasis

Satu lagi pembaca e-buku dari Amazon, iaitu Kindle Oasis mempunyai paparan yang lebih besar daripada pendahulunya. Walaupun agak mahal ia menawarkan beberapa ciri yang lebih baik.

Kindle Oasis mempunyai reka bentuk ergonomik moden yang memudahkannya untuk dipegang dan agak ringan (hanya 4.6 auns). Bagi mereka yang suka dengan butang pada generasi pertama Kindle, jangan risau kerana ia terdapat pada model ini.

Apa yang istimewa tentang peranti ini ialah anda bukan sahaja boleh membaca e-buku tetapi juga mendengar ratusan audiobook semasa memandu, memasak, atau mengembara. Ia mempunyai paparan resolusi tinggi tanpa silau yang membuatkan anda berasa seperti membaca buku fizikal.

Dengan kapasiti penyimpanan yang besar sebanyak 8GB, anda boleh memuat naik beratus-ratus e-buku, majalah, akhbar, dan buku audio. Ia juga kalis air supaya anda boleh membaca di mana sahaja.

Kelemahan terbesar Kindle Oasis adalah harga yang mahal. Selain itu, ia mengambil masa yang lama (kira-kira 21 jam) untuk dicas, tetapi ia bertahan selama berminggu-minggu.

Kobo Aura H20

Jika anda bercuti di tepi pantai, anda akan memerlukan peranti yang boleh menahan gelombang. Kobo Aura H20 merupakan pembaca e-buku kalis air yang terbaik yang mampu bertahan sehingga 1 meter air selama setengah jam.

Ia mempunyai skrin bersaiz 6.8 inci dengan paparan resolusi tinggi yang bebas silauan, penukaran halaman yang lancar, dan Carta e-Ink yang juga digunakan dalam Kindle Paperwhite. Peranti ini mempunyai ciri pelarasan cahaya biru automatik untuk persekitaran yang terang dan gelap serta tetapan pelarasan untuk saiz font dan margin.

Kobo Aura H2O disokong oleh kedai Kobo di mana anda boleh memuat turun mana-mana e-buku yang anda mahu dari lebih dari 5 juta tajuk. Ia juga dilengkapi dengan kamus terbina, sorotan halaman dan ciri pengambilan nota, dan saiz penyimpanan sebesar 8GB.

Kelemahan peranti ini adalah anda tidak boleh meminjam e-buku dari perpustakaan awam melalui peranti kerana ia tidak mempunyai Overdrive terbina. Selain itu ia lebih besar dan lebih mahal berbanding Kindle Paperwhite. Tetapi jika anda mementingkan pembaca e-buku yang tahan cuaca dengan paparan antara muka yang hebat, Kobo adalah untuk anda.

Kindle Voyage E-reader

Kindle Voyage adalah seperti Kindle Paperwhite yang dinaik taraf sedikit. Ia menawarkan pengalaman membaca yang sangat baik berikutan paparan yang lebih tajam, skrin piksel padat dan ciri backlight yang secara automatik menyesuaikan cahaya mengikut keadaan.

Secara fizikal, Kindle Voyage menawarkan reka bentuk getah premium berbanding dengan reka bentuk plastik Kindle Paperwhite. Ia nipis, ringan dan dilengkapi dengan butang PagePress yang mengagumkan. Malah ia mempunyai skrin berputar secara automatik yang membolehkan anda menggunakan butang jika anda pengguna tangan kiri.

Jangka hayat bateri Kindle Voyage sangat menarik. Anda boleh menggunakan e-reader selama berminggu-minggu tanpa perlu mengecas semula. Selain itu, pembaca e-buku ini membolehkan anda mengeksport nota kepada e-mel anda dengan mudah dan anda juga boleh menetapkan matlamat bacaan harian.

Kelemahannya adalah harga yang  mahal menjadikannya kurang diminati. Selain itu, seperti peranti Kindle yang lain, ia tidak menyokong format e-buku ePub.

Barnes & Noble NOOK GlowLight Plus eReader

Satu lagi e-pembaca yang berharga lebih kurang seperti Kindle Paperwhite adalah Barnes & Noble. Ini adalah peranti berasaskan Android dengan skrin tanpa silauan, bebas cap jari, dan tahan debu. Ia mempunyai paparan 6 inci dengan cahaya lembut yang boleh disesuaikan secara manual agar sesuai dengan persekitaran.

Anda boleh membawanya ke pantai atau kolam renang kerana ia kalis air. Peranti ini menyokong ePub dan PDF. Walau bagaimanapun, format lain seperti doc, docx, MOBI, dan PRC tidak disokong. Dengan berat yang ringan dan jangka hayat bateri yang mampu bertahan sehingga enam minggu anda boleh membawanya ke mana-mana sahaja.

Menariknya anda boleh memasang aplikasi pihak ketiga untuk e-pembaca menggunakan kord USB. Ia dilengkapi dengan 4GB memori  yang mana cukup untuk menyimpan beribu-ribu buku. Anda boleh membuat akaun di kedai Barnes & Noble untuk mengakses pelbagai koleksi buku.

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

Aplikasi Pengurusan Wang Yang Dipercayai E-buku SEO untuk Perbaiki Prestasi Laman Web

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved