gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
5 Cara Elak Google Chrome Makan Banyak Bateri
November 27, 2017

5 Cara Elak Google Chrome Makan Banyak Bateri

google chrome

Google Chrome memang sangat popular dan ia menjadi pelayar utama bagi ramai orang kerana ia senang digunakan. Chrome telah mendahului pesaing seperti Mozilla Firefox, Safari dan banyak lagi. Namun begitu ramai yang tidak tahu bahawa kelemahan Chrome adalah ia memakan banyak bateri. Di sini kami ingin berkongsi  5 cara untuk menghalang Google Chrome daripada memakan banyak bateri laptop.

1. Jangan Biarkan Chrome Sentiasa Berjalan Pada Background

Google Chrome akan sentiasa berjalan pada latar belakang/background walaupun setelah anda menutup tetingkap Chrome di laptop. Maka, prestasi dan jangka hayat bateri laptop turut akan terjejas.

Untuk menghentikan Google Chrome daripada berjalan pada background, klik ikon di sebelah kanan dan uncheck ‘Let Google Chrome Run in Background’. Selepas itu, klik ‘Exit’ dan ia akan berhenti berjalan di background.

2. Tutup Tab Yang Tidak Diperlukan

Harus diingatkan jika anda seseorang yang gemar membuka banyak tab dalam Chrome, ia akan memberi kesan pada jangka hayat bateri anda.

3. Buang Extension dan Aplikasi Yang Tidak Digunakan

Menggunakan extension banyak menjimatkan masa. Sesetengah extension membenarkan anda mencari definisi perkataan atau menyimpan artikel dengan mudah. Namun secara tidak langsung extension ini melambatkan sistem dan memakan banyak bateri.

Cara untuk menghilangkan extension adalah dengan menaip ‘chrome://extensions’ untuk melihat kesemua extension yang telah dipasang dan sedang berjalan. Dari situ anda boleh buangkan mana-mana extension yang tidak diperlukan.

4. Kemaskini Chrome

Google sentiasa berusaha untuk memperbaiki pelayar/browser supaya menjadi lebih berkuasa dan efisien dengan kemaskini pelayar.

Untuk mengemaskini Chrome, taip ‘chrome://help/’ pada address bar untuk mencari versi Chrome yang sedang berjalan di komputer anda. Dari situ anda boleh semak jika ia perlu dikemaskinikan.

5. Jangan Gunakan Flash

Jika anda menggunakan Internet, kesemua iklan pop-up dan pelbagai elemen yang lain memerlukan Adobe Flash untuk berfungsi. Ini bermaksud dengan membenarkan konten yang mengandungi Flash berjalan di computer, anda membenarkan diri untuk sabotaj prestasi sistem komputer. Untuk menghalang Flash daripada sentiasa berjalan di komputer, anda perlu menggunakan ‘Click To Play’.

Pergi ke ‘chrome://settings/’ dan kemudian ‘Show Advanced Settings’. Anda akan menemui ‘Content Settings’ di dalam Privacy Tab. Skrol ke bawah sehingga anda melihat Flash. Pilih ‘Block sites running from Flash’.

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

Cara Mudah Tapi Efektif Untuk Buat Duit Secara Online Cara Untuk Menyambung Papan Kekunci Komputer Ke Peranti Android

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved