gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
aplikasi memantau anak
August 28, 2019

5 Aplikasi untuk Ibu Bapa Memantau Anak Remaja

Jikalau anda seorang ibu bapa yang mempunyai anak remaja anda pasti tahu betapa sukarnya untuk memantau mereka. Bukan sahaja perlu memantau mereka tetapi juga menghindarkan mereka dari masalah. Di sini kami berkongsi 5 aplikasi untuk ibu bapa memantau anak remaja mereka.

Alarm

Dengan Alarm anda tidak perlu risau jika anda pulang lewat dari kerja atau anda menghadiri aktiviti atau jamuan malam di luar kawasan tempat tinggal anda. Kebanyakan ibu bapa tidak senang hati anak remaja mereka keluar di waktu malam terutamanya apabila menghadiri parti atau melepak tanpa haluan.

Aplikasi Alarm ini membolehkan anda memantau rumah melalui video langsung. Anda boleh mengakses melalui mana-mana peranti Apple pada $40 sebulan. Harganya mungkin agak membebankan. Tetapi jika anda mampu, ia adalah perbelanjaan yang berbaloi.

Family Orbit

Kebanyakan aplikasi pemantauan memerlukan ibu bapa untuk melakukan ‘jailbreak’ ke atas telefon anak mereka. Pada masa yang sama anak mereka pula tahu bagaimana untuk menghapuskan aplikasi yang dipasang di telefon mereka.

Family Orbit adalah alternatif yang lebih baru. Aplikasi ini membolehkan anda menyegerakkan ke telefon anak anda tanpa melakukan ‘jailbreak’. Anda boleh memantau panggilan, teks dan aktiviti media sosial mereka dari awan.

Family Orbit boleh digunakan dengan peranti iPhone, iPad dan iPod Touch.

Net Nanny

Terdapat banyak laman web yang berbahaya untuk anak-anak anda. Sejak tahun 1995, Net Nanny telah menjadi laman web yang dipercayai untuk mengehadkan akses anak-anak ke laman web yang berbahaya.

Malangnya, tugas ibu bapa untuk memantau aktiviti anak remaja menjadi sukar kerana anak mereka boleh mengakses apa sahaja melalui telefon pintar.  Nasib baik, dengan adanya Net Nanny kini ibu bapa dapat memantau anak-anak melalui telefon sahaja.

Net Nanny akan menghantar amaran kepada anda jika anak-anak anda mencari atau melayari apa-apa yang menimbulkan kebimbangan anda, seperti perkara yang berkaitan dengan pornografi atau cyberbully.

Find My Kids – Footprints

Adakah anak anda mempunyai teman lelaki atau rakan-rakan mereka yang anda fikir tidak baik untuk anak anda? Mungkin ada di antara ibu bapa yang mempunyai anak yang kerap berbohong. Contohnya mereka memberitahu anda mereka ke rumah kawan tetapi mereka menggunakan IC palsu untuk memasuki bar di kota.

Kita sedia tahu remaja sering berbohong tentang apa yang mereka lakukan dan ke mana mereka pergi. Sebagai ibu bapa, anda perlu memantau mereka dengan teliti.

Find My Kids – Footprints adalah aplikasi yang membantu anda menjejaki anak dengan lebih mudah. Aplikasi ini membolehkan anda memantau kedudukan mereka dalam masa nyata. Jika mereka berada di tempat yang tidak sepatutnya, anda akan tahu.

Pastikan anda berhati-hati apabila memasang aplikasi ini. Walau bagaimanpun, anak yang pintar mungkin mencari cara untuk menghapuskannya.

SecureTeen

SecureTeen membolehkan ibu bapa untuk mengetahui dengan siapa anak mereka berkomunikasi, bukan seperti aplikasi lain yang hanya memantau lokasi anak dan mengetahui apa mereka layari.  SecureTeen adalah aplikasi yang membantu anda memantau panggilan dan teks anak-anak. Ini cara yang baik untuk memastikan anak-anak anda tidak menghabiskan masa dengan orang yang salah, tetapi pada masa yang sama melindungi mereka daripada pembuli dan pemangsa yang berpotensi.

Sebagai ibu bapa memang ia sangat mencabar untuk mengawasi dan memantau anak-anak lebih-lebih jika mereka remaja. Anda ingin menghormati privasi mereka tetapi pada masa yang sama anda perlu mengawasi pergerakan dan aktiviti mereka.

Mujurlah pada masa ini terdapat beberapa aplikasi hebat yang dapat membantu anda memantau aktiviti mereka dalam talian.

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

8 Permainan dan Aplikasi untuk Belajar Menaip Pantas Aplikasi Pengeditan Gambar Terbaik Yang Patut Anda Ada

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved