gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
20 Kerja Dari Rumah Yang Memberi Pendapatan Lumayan
January 11, 2018

20 Kerja Dari Rumah Yang Memberi Pendapatan Lumayan

kerja dari rumah

Bekerja dari rumah merupakan impian semua orang. Sama ada bekerja dari jauh untuk sesebuah syarikat atau memulakan perniagaan sendiri. Berikut merupakan contoh pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah dan boleh memberi pendapatan lumayan.

1. Pemasar Affiliate

Pemasaran affiliate adalah pemasaran rujukan/referral marketing di mana anda menjana pendapatan melalui komisen. Katakan anda mempunyai laman web dan merujuk buku di Amazon. Apabila pengunjung mengklik pautan afiliasi dan membeli buku, Amazon akan membayar anda komisen daripada jualan tersebut.

Ramai orang melakukan pemasaran affiliate kerana ia membolehkan anda mendapatkan wang secara pasif dengan kos permulaan yang sedikit. Contoh laman web di Malaysia yang menawarkan program affiliate adalah Lazada, Zalora, involve.asia.

2. Animator

Adakah anda seorang yang kreatif dan mahir mencipta animasi dan kesan visual untuk televisyen, filem, permainan video, dan media lain? Jikalau anda memiliki kriteria ini anda boleh bekerja di rumah sebagai animator bebas. Anda boleh menjana $25 hingga $106 sejam di laman web kerja bebas seperti Upwork.

3. Tukang Roti/Katerer/Chef

Jika anda mempunyai bakat untuk membuat roti atau memasak, anda boleh menukar minat anda ke dalam perniagaan sampingan. Anda boleh memulakan perniagaan katering atau menjadi chef dari rumah. Jika anda seorang tukang roti, anda boleh menjual roti kepada rakan, jiran, atau secara talian.

4. Blogger

Blogging adalah murah dan mudah untuk dimulakan. Anda boleh bermula dengan  menulis mengenai muzik atau makanan kegemaran. Lama-kelamaan anda akan dapat menjana pendapatan dari situ.

Perlu diingatkan bahawa anda memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebaik-baiknya anda menulis mengenai perkara yang anda minati.

5. Bookkeeper

Percaya atau tidak, anda tidak memerlukan Certified Public Accountant (CPA) untuk memulakan bookeeping. Anda hanya perlu mendaftar untuk kursus simpan kira/bookkeeping secara talian atau di mana-mana pusat latihan.

6. Pengasuh Kanak-kanak

Saya yakin anda mempunyai sahabat, keluarga, dan jiran. Anda boleh menawarkan khidmat untuk menjadi pengasuh kanak-kanak sama ada hanya untuk beberapa jam atau sepanjang hari. Sebelum anda terjun ke dalam bidang ini, pastikan anda mendapat lesen dan permit yang betul.

7. Konsultasi

Jika anda mempunyai pengalaman dan pengetahuan di dalam bidang tertentu, ada baiknya anda kongsikan dengan orang lain. Sebagai contoh, jika anda seorang akauntan atau peguam, maka anda boleh memberikan nasihat kepada perniagaan kecil. Anda juga boleh memberi konsultansi kepada perniagaan mengenai bagaimana menggunakan program perisian baru atau cara untuk menjadi lebih mesra alam.

8. Wakil Khidmat Pelanggan

Adakah anda mempunyai kemahiran komunikasi yang cemerlang? Adakah anda juga mempunyai talian tetap dan internet yang boleh dipercayai?

9. Data Entry

Kerja memasukkan data untuk perniagaan bukanlah pekerjaan yang paling menarik. Anda boleh melakukannya walaupun anda tiada pengalaman.

10. Kedai Online

Terdapat lima jenis model perniagaan e-Commerce iaitu dropshipping, pemborongan/wholesaling, pembuatan/manufacturing, white-labelling, dan langganan. Melalui laman web seperti Shopify, Magento, atau WooCommerce, anda boleh melancarkan kedai e-dagang dengan cepat.

11. Membuat Video

Adakah anda pakar di dalam sesuatu bidang? Jika anda mempunyai minat di dalam pembikinan video, anda boleh membuka akaun di YouTube. Anda boleh memuat naik video mengenai pengalaman anda menggunakan sesebuah produk atau pun mengajar tarian. Semakin banyak tontonan, semakin banyaklah pendapatan anda.

12. Pereka Grafik

Perniagaan memerlukan seseorang untuk mereka bentuk logo, laman web, atau iklan visual. Jika anda mempunyai ijazah atau sijil di bidang ini, anda boleh memperoleh gaji yang selesa. Namun, jika mempunyai minat yang mendalam, anda boleh belajar secara online melalui video di Youtube ataupun Udemy.

13. Kraftangan

Adakah anda membuat produk kraftangan seperti perhiasan atau perabot? Jika ya, anda boleh memasarkan produk di laman web Etsy dan di marketplace yang lain.

14. Mengajar

Adakah anda pandai bermain alat muzik? Bolehkah anda membina laman web? Apa pun pengetahuan atau pengalaman anda, orang akan membayar anda kerana berkongsi maklumat dengan mereka. Walaupun anda tidak mahu orang datang ke rumah anda, anda sentiasa boleh memulakan program pengajaran dalam talian.

15. Pakar Keselamatan Internet

Sebagai pakar keselamatan internet, anda memantau rangkaian untuk ancaman keselamatan dan melaksanakan standard keselamatan. Anda juga boleh memasang sistem perlindungan data. Pekerjaan ini dijangka terus berkembang dalam beberapa tahun akan datang.

16. Penjaga Haiwan Kesayangan

Adakah anda suka berada di sekeliling haiwan? Adakah anda juga cukup penyabar untuk membersihkan dan memberi perhatian kepada haiwan peliharaan? Anda boleh menyediakan perkhidmatan menjaga haiwan kesayangan kepada jiran terutamanya apabila jiran pergi ke luar negara.

17. Jurugambar/Juruvideo

Walaupun semua orang mempunyai kamera pada telefon mereka hari ini, masih terdapat keperluan untuk perkhidmatan jurugambar professional untuk acara seperti majlis perkahwinan. Anda juga boleh menjual imej di laman web seperti Foap.com.

18. Transcriber

Tugas ini pada dasarnya anda hanya mendengar fail audio dan kemudian menaip apa yang anda dengar. Contohnya kuliah atau laporan perubatan doktor.

18. Penterjemah

Jika anda mahir di dalam bahasa tertentu, anda boleh menjadi penterjemah yang menterjemah dokumen ataupun jurubahasa untuk diplomat.

19. Pembantu Maya

Jika anda seorang yang teratur dan boleh mengendalikan tugasan pejabat seperti membalas e-mel, pengurusan kalendar, memasukkan data, dan menjadi pembantu media sosial, maka tugas ini sesuai untuk anda.

20. Pembangun web

Bergantung pada jenis tugasan serta kepakaran anda, anda boleh memperoleh pendapatan di antara $55,000 – $175,000 setahun dengan membangunkan sesebuah laman web.

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

Cara Memindahkan Data Telefon Android Cara Mengenalpasti Identiti Pengirim E-mel

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved