gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
Tips Kewangan Peribadi
November 24, 2017

11 Tips Urus Kewangan Peribadi

Hutang, Kewangan Peribadi

Dalam ekonomi sekarang yang tidak menentu, kenaikan harga barang dan kos sara hidup, maka kita juga sepatutnya mengawal juga kewangan kita. Mari kita ikut tips untuk mengurus kewangan, tips ini adalah perkongsian dari Tuan Norizan Sharif di dinding Facebook beliau.

1. Elakkan Berhutang.

Elakkan berhutang, terutamanya menggunakan kad kredit yang kenakan faedah tinggi. Jika guna kad kredit, pastikan bayar sepenuhnya setiap bulan. Kalau tidak, itu tanda kita berbelanja di luar kemampuan. Ramai bankrap disebabkan terperangkap dengan kadar faedah tinggi.

2. Beli Barang Berdasarkan Nilai, Bukan Harga.

Banyak barang bernilai berharga murah. Kopi di gerai tepi jalan dan di premis lima bintang sama saja. Apa yang membezakan ialah suasana. Beli kereta yang sesuai dengan pendapatan, bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

3. Usah Kejar Beli Kereta & Handphone Baru.

Apabila habis bayar ansuran kereta, tak perlu tukar kereta baru. Saya gunakan kereta lama berusia sembilan tahun. Masih elok. Insuran pun murah.

4. Elakkan Pembelian Perabot Secara Hutang.

Elakkan beli perabot, peti sejuk, tv atau handphone secara hutang. Kadar faedah pinjaman peribadi tinggi, sama seperti kad kredit. Amat tak berbaloi.

5. Usah Gunakan Wang Simpanan KWSP Untuk Kenduri Kahwin.

Usah gunakan wang simpanan KWSP untuk kenduri kahwin. Wang KWSP ialah untuk persaraan. Begitu juga usah buat pinjaman peribadi untuk kenduri kahwin. Salah satu punca pasangan bercerai ialah tekanan kewangan disebabkan hutang.

6. Beli Apabila Ada Duit.

Usah belanja pendapatan yang belum diperolehi. Gunakan tunai atau kad debit. Ada duit beli, tak ada duit tunggu dulu.

7. Elak Mulakan Bisnes Dengan Berhutang.

Sebahagian besar bisnes bungkus. Apabila berhutang, kena bayar. Buat pinjaman hanya untuk kembangkan bisnes, bukan memulakan bisnes.

8. Usah Pergi Haji atau Umrah Dengan Hutang.

Atau, melancong. Haji dan umrah wajib jika kita mampu. Kalau kita berhutang, itu tanda kita tak mampu. Tangguh dulu.

9. Rancang Persaraan Sebaik Saja Mula Bekerja.

Setiap orang ada keperluan kewangan yang berbeza. Pastikan kita ada cukup wang untuk bersara selama 20 tahun (240 bulan), apabila usia kita cecah 55 tahun.

10. Amalkan Menyimpan 10-20% Dari Gaji Bersih.

Simpan 10-20% dari gaji bersih setiap bulan. Pastikan kita ada simpanan kecemasan bersamaan sekurang-kurang enam bulan keperluan.

11. Usah Gila Beli Barangan Online Setiap Bulan.

Cukuplah beberapa helai tudung, tak perlu beli tudung setiap kali dapat gaji. Begitu juga tak perlu beli bermacam-macam produk kecantikan setiap bulan. Kalau dah cantik, tak pakai make-up tebal pun nampak cantik. Simpan duit tu.

“Kita tidak dapat mengawal arah angin, tapi kita boleh mengawal layar untuk sampai ke destinasi”

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

6 Laman Web Yang Anda Boleh Buat Duit Dengan Video 6 Cara Muat Turun Dan Baca Laman Web Secara Offline

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a cafĂ©, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved