gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
10 Tip Bagi Bateri Telefon Tahan Lama
February 6, 2018

10 Tip Bagi Bateri Telefon Tahan Lama

bateri tahan lama

Kini terdapat pelbagai fungsi yang berjalan pada telefon pintar, maka tidak hairanlah jangka hayat bateri sentiasa menjadi kebimbangan bagi pemaju, pengilang dan pengguna sendiri. Kebanyakan bateri telefon pintar mampu bertahan antara satu hingga dua hari sebelum habis sepenuhnya dan perlu dicas semula.

1. Tutup Getaran

Getaran/vibration sebenarnya memakan lebih bateri berbanding nada dering. Bunyi yang dihasilkan oleh nada dering adalah hanya getaran yang sangat kecil di pembesar suara telefon pintar anda. Tutup getaran jika ia tidak diperlukan atau sekurang-kurangnya kurangkan magnitud getaran.

2. Kurangkan Kecerahan Skrin

Skrin yang terlalu terang sememangnya menggunakan banyak kuasa bateri. Setiapa kali anda mengaktifkan skrin, anda menggunakan bateri . Tetapkan setting kepada Auto-Brightness bagi membolehkan telefon pintar menyesuaikan kecerahan ke tahap optimumnya untuk membaca sambil memelihara hayat bateri.

3. Pendekkan Masa Tamat Skrin

Jika anda ingin meminimumkan penggunaan bateri telefon pintar anda pada paparan skrin, anda perlu mempertimbangkan memendekkan masa tamat skrin. Ini menentukan berapa lama skrin akan terus dinyalakan selepas anda selesai berinteraksi dengannya.

Sesetengah daripada kita tidak mempunyai kebiasaan untuk mengunci telefon selepas selesai menggunakannya. Kita hanya membiarkannya tutup dengan sendiri. Dengan memendekkan masa tamat skrin, ia akan memastikan anda tidak membazirkan bateri telefon.

4. Tutup Telefon Apabila Tidak Aktif

Sememangnya menghidupkan telefon menggunakan lebih kuasa bateri berbanding unlocking telefon. Sekiranya anda tahu bahawa anda tidak akan menyentuh telefon anda untuk tempoh masa yang panjang, seperti semasa anda menghadiri mesyuarat atau tidur, anda sebenarnya boleh mengurangkan penggunaan tenaga bateri yang banyak jika anda hanya mematikannya.

5. Cas Telefon Dengan Betul

Kapasiti bateri dalam bateri NiCd dikurangkan setiap kali anda mengecasnya. Walau bagaimanapun, bateri NiCd mempunyai kitaran hayat yang lebih panjang iaitu mereka boleh dicas semula lebih kerap berbanding bateri NiMH sebelum berhenti bekerja. Bateri berasaskan nikel perlu dicas (jumlah penuh) apabila hampir habis bateri, dan tidak perlu dicas apabila masih ada baki bateri yang cukup.

Bateri Li-Ion mempunyai kitaran hayat terpanjang di antara tiga jenis bateri tetapi ia perlu dicas lebih kerap (walaupun bateri tidak digunakan sepenuhnya) untuk mengekalkan kapasiti asalnya.

6. Tutup Aplikasi Yang Tidak Digunakan

Sesetengah orang membuka banyak aplikasi pada masa yang sama dan tidak peduli untuk menutupnya walaupun ia tidak lagi digunakan. Keupayaan berbilang tugas ini merupakan ciri umum telefon pintar, tetapi ia juga merupakan sebab utama mengapa hayat bateri menjadi pendek.

7. Tutup GPS

Telefon pintar anda mempunyai unit GPS yang membolehkan penghantaran dan penerimaan isyarat ke dan dari satelit untuk menentukan lokasi tepat anda, seperti Google Maps  atau untuk mendaftar masuk di Facebook .

Apabila dibiarkan berjalan di latar belakang, beberapa aplikasi ini mungkin terus menghantar dan menerima isyarat. Ia memerlukan banyak bateri untuk terus melakukannya, walaupun anda tidak menyedarinya. Oleh itu, anda harus memastikan bahawa aplikasi tertentu ditutup apabila anda tidak memerlukannya.

8. Tutup Bluetooth, Wi-Fi, 3G/4G Jika Tidak Digunakan

Tenaga dimakan apabila telefon pintar anda mencari isyarat, Wi-Fi, 3G atau Bluetooth dan sebagainya. Apabila penerimaan kurang, telefon akan terus mengimbas untuk mencapai sambungan yang baik. Carian berulang untuk isyarat akan menyebabkan bateri cepat habis.

Anda harus mematikan Wi-Fi atau Bluetooth anda apabila ia tidak diperlukan. Satu cara mudah untuk melakukannya ialah dengan beralih ke ‘Mod Pesawat’ atau hanya matikan telefon anda apabila anda tahu anda tidak boleh mendapatkan sebarang isyarat.

Apabila anda memerlukan penerimaan yang baik untuk telefon pintar anda, letakkan telefon anda dalam zon sambungan yang tinggi. Ini akan menghalang telefon pintar anda dari terus mencari sambungan dan membuang kuasa bateri anda dari satu isyarat kepada yang lain.

9. Kurangkan Notifikasi

Notifikasi bukan sahaja menjengkelkan ia juga memakan banyak kuasa bateri. Setiap notifikasi/pemberitahuan masuk akan menyalakan skrin anda, membuat amaran bunyi atau bergetar.

Urus tetapan anda dengan baik dan matikan pemberitahuan yang tidak perlu untuk menyimpan sedikit kuasa bateri selain mengelakkan diri daripada rasa jengkel.

10. Kekalkan Suhu Sejuk

Sesetengah dari anda mungkin perasan bateri habis dengan lebih cepat apabila telefon pintar panas. Jangan tinggalkan telefon pintar anda di bawah sinar matahari atau di mana-mana tempat yang panas.

Bateri akan berfungsi secara optimum dalam persekitaran yang lebih sejuk. Cuba elakkan senario di mana telefon anda terdedah kepada haba yang tidak perlu dan berlebihan.

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

Cara untuk Mengatasi Masalah Emel Spam 8 Perkara Syarikat Kaji selidik Yang Sah TIDAK Akan Lakukan

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved