gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
10 Kemahiran Penting
November 22, 2017

10 Kemahiran Yang Mendapat Permintaan Tinggi

kemahiran penting, pembangunan aplikasi, pembangunan java, rekabentuk laman web

Memiliki pelbagai skil atau kemahiran amatlah penting  jika ingin terus bersaing di zaman ini. Namun sesetengah skil akan ditelan zaman selari dengan kemajuan teknologi. Oleh sebab itu kemahiran perlulah terus digilap dan diperbaharui jika ingin terus bertahan. Kali ini kami akan menerangkan 10 kemahiran  yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

1. Pembangunan JAVA

10 kemahiran yang mendapat permintaan tinggi

Skil anda sentiasa diperlukan sekiranya anda memiliki kemahiran di dalam pembangunan  kod Java. Pembangun Java kebiasaannya memiliki kelayakan di dalam Sains Komputer dan Teknikal dan dilantik untuk membina permainan, aplikasi, perisian dan program komputer. Anggaran pendapatan setahun adalah $72,000. Jika anda berminat untuk belajar pengaturcaraaan secara percuma anda boleh baca di sini.

2. Pemasaran SEO/SEM

10 kemahiran yang mendapat permintaan tinggi

SEO dan SEM mendapat permintaan tinggi selari dengan peningkatan pemasaran laman web dan perniagaan atas talian. Ia merupakan cara yang sangat baik untuk mempromosikan sesebuah perniagaan dan mencapai jumlah pengunjung yang luas dengan menyingkirkan halangan geografi.  Google turut menyediakan panduan percuma supaya ia mudah difahami dan dilaksanakan.

3. Pembangunan Aplikasi Telefon Pintar

10 Kemahiran yang Mendapat Permintaan Tinggi

Semakin banyak perniagaan termasuk bank menggunakan aplikasi  telefon pintar berikutan akses yang mudah. Aplikasi telefon pintar  yang kita guna sekarang bukannya muncul begitu sahaja tetapi dibangun oleh pakar yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang tinggi.

4. Kemahiran Komunikasi

10 kemahiran yang mendapat permintaan tinggi

Anda akan mudah mendapat pekerjaan dan perniagaan seandainya anda mahir di dalam bidang komunikasi. Syarikat kewangan biasanya berminat dengan seseorang yang memiliki kemahiran rundingan  dan pandai mempengaruhi orang membeli  idea dan produk mereka.

5. Pembangunan dan Reka Bentuk Laman Web

10 kemahiran yang mendapat permintaan tinggi

Di zaman teknologi ini, sesebuah perniagaan perlulah memiliki laman web jika tidak ingin tertinggal di belakang. Ini kerana laman web merupakan jambatan untuk menyatukan pelanggan dengan perniagaan.  Oleh sebab itu semakin banyak perniagaan ingin memiliki laman web. Apabila perniagaan meningkat, permintaan ke atas kemahiran pembangunan web turut meningkat sama.

6. Pembentangan dan Analisis Data

10 kemahiran yang mendapat permintaan tinggi

Kini semakin banyak syarikat menggunakan data kompleks dan luas. Mereka memerlukan pakar yang berkemahiran untuk mempersembahkan data yang kompleks kepada maklumat yang mudah difahami melalui carta dan graf serta boleh membantu di dalam pembuatan keputusan.

7. Jaringan dan Keselamatan Maklumat

10 kemahiran yang mendapat permintaan tinggi

Keselamatan maklumat sesebuah syarikat menjadi  keutamaan ketika ini. Sebelum ini syarikat gergasi seperti Yahoo, Skype dan email Hillary Clinton pernah digodam. Syarikat yang mementingkan keselamatan data akan melantik pakar di dalam buku kira-kira dan undang-undang keselamatan.

8. Kemahiran Integrasi Perisian

10 kemahiran yang mendapat permintaan tinggi

Jurutera perisian bertanggungjawab mengekalkan perkakasan, perisian dan menghubungkan semua fungsi di samping membekalkan keselamatan dan prestasi yang baik.  Namun masalah integrasi sering berlaku apabila perisian lama ditukar dengan teknologi baru. Untuk mengatasi masalah ini, mereka dikehendaki mempunyai pemahaman di dalam semua perkara yang terlibat.

9. Pereka Antara Muka

10 kemahiran yang mendapat permintaa tinggi

Skop bidang ini sangat luas dan membuka pelbagai peluang. Untuk menjadi pereka antara muka, seseorang itu haruslah mahir membangun strategi dan kandungan, prototaip, reka bentuk visual dan metriks serta analitik. Pereka haruslah memahami apa yang diingini oleh pelanggan. Bukan sahaja sesebuah antara muka mudah diakses tetapi juga mesra pengguna dan menarik perhatian.

10. Kemahiran Cloud

10 kemahiran yang mendapat permintaan tinggi

Seseorang yang memiliki kemahiran ini boleh memperoleh sehingga $92,000 setahun. JIka anda mempunyai minat mendalam dalam teknologi , bidang ini akan banyak membantu karier anda. Walau bagaimanapun, anda haruslah tahu kemahiran data pangkalan di mana anda memahami  automasi sistem, Linux dan beberapa program yang lain.

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

5 Aplikasi Yang Perlu Ada untuk Pengguna Android 8 Laman Web Popular Untuk Menonton Video

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved