gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
ewallet Malaysia
August 25, 2018

10 eWallet Yang Boleh Menggantikan Tunai Anda

Aplikasi dan penggunaan eWallet di Malaysia semakin berkembang setiap tahun. Secara teorinya, anda boleh menjalankan urusan harian anda tanpa tunai, tanpa perlu bawa dompet untuk menyimpan wang kertas. Dengan kata lain, nirtunai. Semua urusan perbelanjaan dan pembelian dilakukan melalui telefon pintar dengan penggunaan eWallet.

Sehingga kini, terdapat lebih kurang 16 eWallet yang dikenalpasti penggunaanya secara menyeluruh di Malaysia. Adakah anda perlu muat turun kesemuanya kedalam telefon pintar? Agak tidak praktikal untuk menggunakan kesemuanya kerana ia akan menyebabkan telefon pintar anda kehabisan ruang simpanan.

Sebelum itu, majoriti eWallet yang disenaraikan di bawah memerlukan deposit kedalam aplikasi sebelum digunakan, dan juga penggunaan kod QR sebagai kaedah bayaran, kecuali dinyatkan sebaliknya.

1. WeChat Pay
wechat pay

WeChat Pay telah menjalankan versi beta ringgit selama 2 tahun sejak diperkenalkan fungsi tersebut pada bulan June. Walaupun belum dilancarkan sepenuhnya di Malaysia, ia telah tersedia ada di dalam aplikasi tersebut untuk pengguna WeChat.

Guna jika:

  • Anda salah seorang dari 20 juta pengguna sedia ada WeChat di Malaysia
  • Anda ingin memindahkan wang antara anda dengan penguna WeChat yang lain
  • Tidak kisah ia belum dilancarkan secara rasmi dan tidak mempunyai senarai lengkap pedagang

WeChat boleh didapati di kedua-dua peranti Android dan iOS devices.

2. Boost

Dengan sokongan Axiata di belakang, Boost dapat berkembang dengan pantas sehinggakan ia mendapat banyak pujian bagi strategi perlaksanaan growth-hacking mereka dalam masa yang singkat. Ini terbukti apabila terdapat banyak kedai menggunakkannya.

Guna jika:

  • Anda mahu diskaun
  • Anda mahu beli voucher dan hantar e-hadiah
  • Anda pengguna Celcom dan anda boleh membuat pembayaran credit melalui wallet tersebut
  • Anda mahu pisahkan pembayaran bil antara rakan-rakan
  • Anda mahu menggunakkannya di gerai, bazar Ramadan dan juga pasar malam

Boost boleh didapati di kedua-dua peranti Android dan iOS devices. 

3. GrabPay

Sejak pelancarannya di Singapore, ia mula menular masuk ke Malaysia. Ia bukan sahaja digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan, malah, pelbagai khidmat yang ditawarkan dan GrabPay sebagai medium pembayaran.

Guna jika:

  • Anda mahu guna wallet yang tidak perlu melakukan deposit kedalam akaun
  • Anda bakal menjadi pengguna tegar GrabFood
  • Anda mahu kumpul mata ganjaran dan tebus hadiah
  • Anda kerap menggunakan perkhidmatan pengangkutan KLIA

Grab boleh didapati di kedua-dua peranti Android dan iOS.

4. Touch ‘N Go Dan Alipay

TNG antara eWallet pertama di Malaysia, ia satu-satunya wallet yang berpeluang untuk digunapakai secara meluas kerana banyak digunakan oleh penduduk Malaysia. Syaratnya, perkhidmatan yang ditawarkan memuaskan hati keperluan penduduk Malaysia.

Sebagai penasihat kepada Touch ‘N Go, Alipay telah lama berada di Malaysia dan ia asalnya bertujuan untuk kegunaan pelancong dari China. Sehubungan itu juga, wallet ini juga boleh digunakan oleh penduduk Malaysia.

Guna jika:

  • Anda peminat Jack Ma dan usaha Alibaba untuk menjadi nirtunai.
  • Anda tidak kisah menghadapi masalah yang sering timbul dengan aplikasi tersebut
  • Anda sabar menanti fungsi tambahan seperti membeli tiket kapal terbang, tiket wayang, pembayaran bil dan utilti dari wallet tersebut
  • Untuk Alipay, boleh digunakan di Kenny Rogers, Starbucks, atau Genting

TNG boleh didapati di kedua-dua peranti Android dan iOS.

5. Lazada eWallet

Buat masa sekarang, Lazada hanya dapat digunakan pada pelantar Lazada. Tidak dapat dipastikan adakah ia akan digunakan untuk perkhidmatan lain. Berbanding dengan wallet yang lain, ia mempunyai had deposit maksimum RM4,999, sesuai untuk pembeli impuls atas talian.

Guna jika:

  • Anda kerap menggunakan Lazada
  • Anda mahukan diskaun dan rebat dari lazada (tidak semua pembelian hadir dengan diskaun)

Lazada e-wallet boleh diaktifkan mengikut arah yang terdapat disini.

6. Samsung Pay

Samsung Pay telah masuk pasaran Malaysia sejak dunia mula mengenali penggunaan eWallet. Pada asalnya, ia diperkenalkan bertujuan untuk menarik perhatian pengguna produk samsung sedia ada untuk perkhidmatan tambahan tersebut, khasnya pengguna Jam Pintar Samsung.

Guna jika:

  • Jika anda memiliki telefon dan jam pintar jenama Samsung
  • Jika anda lebih suka melambai (seperti PayWave) peranti anda di kaunter juruwang daripada mengimbas kod QR
  • Mempunyai akan PayPal yang aktif, memandangkan Samsung Pay bakal membenarkan transaksi melalui PayPal

Samsung Pay boleh didapati pada Android.

7. Maybank Wallet

Sebelum eWallet menjadi terma yang panas pada 2016, Maybank telah melancarkan mobile wallet yang mengumpulkan penggunaan kad kredit dan debit dalam satu peranti dan anda hanya perlu tap dan bayar pada terminal yang disediakan.

Guna jika:

  • Anda memerlukan wallet yang tidak perlu melakukan deposit ke dalam wallet terlebih dahulu
  • Anda memiliki telefon Android
  • Anda selesa menggunakan kaedah tap dan bayar seperti PayWave melalui telefon pintar NFC-enable.
  • Anda kerap membeli-belah di Aeon, AeonBig, Jaya Grocer, Krispy Kreme, TGV Cinemas, San Francisco Coffee, Mydin, Chatime, Watsons dan Mcdonald’s

Maybank Pay boleh didapati pada peranti Android.

8. vcash

eWallet dari Digi ini memiliki hampir 2,000 lokasi penggunaan. Banyak jenama besar seperti Fish & Co., Life Juice, Manhattan Fish Market, Mydin, menerima pembayaran melalui Vcash.

Guna jika:

  • Anda kerap membuat pembelian atas talian memandangkan MOLPay dan iPay88 mengintergrasikan vcash dalam pelantar tersebut
  • Anda lebih selesa melakukan deposit di kaunter Digi Store, perbankan atas talian melalui FPX atau JomPAY
  • Jika anda ingin memindahkan wang antara rakan dan keluarga

vcash boleh didapati di kedua-dua peranti Android dan iOS.

9. MPay Wallet

Khas untuk pengguna MasterCard sahaja

Guna jika:

  • Anda memerlukan wallet yang tidak perlu melakukan deposit ke dalam wallet terlebih dahulu
  • Anda memerlukan kad fizikal bersama eWallet
  • Anda menggunakannya untuk pembelian atas talian dan juga secara penggunaan secara fizikal
  • Anda selesa menggunakan pembayaran melalui kod QR
  • Anda ingin memindahkan wang antara rakan dan keluarga yang memiliki wallet Mpay

MPay boleh didapati di kedua-dua peranti Android dan iOS.

10. BigPay

Aset yang dianggap paling bernilai oleh Tony Fernandes di mana beliau membayangkan masa depan, tiada lagi penggunaan wang tunai di AirAsia

Guna jika:

  • Anda kerap menggunakan AirAsia di mana yuran pemprosesan dilepaskan melalui wallet
  • Anda berminat untuk mengumpul mata ganjaran BigPoints
  • Anda memerlukan kad fizikal bersama eWallet
  • Anda ingin memindahkan wang antara rakan dan keluarga yang memiliki wallet BigPay

BigPay boleh didapati di kedua-dua peranti Android dan iOS.

Kesimpulan

Teknologi yang semakin maju semakin memudahkan urusan kita seharian dan aplikasi eWallet ini membolehkan kita berurusan tanpa membawa wang tunai yang banyak.  Ini boleh mengelakkan kehilangan tunai sekiranya berlaku keciciran atau kecurian wang sekiranya berlaku kejadian seperti ragut, penyeluk saku, kecurian di tempat kerja atau di rumah.

Promosi oleh pihak eWallet juga buat masa ini agak menarik untuk pengguna memuat turun aplikasi ini dan boleh mendapatkan harga diskaun bagi sesetengah barangan pada harga promosi.

Sumber: Otakit

Facebook Comments

Gloviss

→ Gloviss

Permainan Telefon Pintar Yang Menguji Minda Anda 10 Perkara yang “Cool” yang Google Search Boleh Lakukan

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved