gloviss
  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Contact
alat terbaik yang membantu memudahkan tugasan
December 27, 2018

10 Alat Terbaik Yang Membantu Memudahkan Tugasan

Kali ini kami akan berkongsi tentang beberapa alat terbaik yang membantu memudahkan tugasan harian anda. Aplikasi ini amat sesuai untuk anda yang begitu sibuk di dalam menguruskan aktiviti harian lebih-lebih lagi jika anda para ibu bapa dan eksekutif yang sentiasa sibuk di pejabat. Jom kita lihat!

Todoist

1.Todoist

Kelebihan Todoist yang paling menonjol adalah ia mesra pengguna. Ia mempunyai sistem yang hebat yang membolehkan anda membuat sub-tugas, menetapkan tarikh, dan tugas kod warna berdasarkan keutamaan.

Ia juga diintegrasikan dengan pelbagai aplikasi pihak ketiga yang popular seperti Gmail, IFTTT, dan banyak lagi.

Anda juga boleh mendaftar menggunakan akaun Google anda dan terus membuat tugas.

Tersedia untuk iOS | Android

Trello

2. Trello

Trello merupakan alat tugasan yang sangat popular.

Ia adalah aplikasi pilihan utama  kebanyakan syarikat kecil untuk menguruskan tugasan harian. Setiap projek diwakili oleh “board”, dan kemudian anda boleh menetapkan pelbagai tugas untuk setiap projek melalui apa yang disebut Trello “Cards”.

Fungsi mudah ‘drag & drop’ menjadikan pengalaman menggunakan Trello sangat lancar, terutama pada komputer.

Terdapat versi iOS / Android, tetapi jika anda inginkan pengalaman melakukan tugasan yang lebih baik anda dinasihatkan untuk menggunakannya pada PC atau Mac.

Terdapat aplikasi yang lebih baik dan mudah jika ia hanya untuk tugasan peribadi tetapi untuk pasukan kecil atau perniagaan, Trello adalah salah satu aplikasi yang terbaik.

Tersedia untuk iOS | Android | Web

Google Task

3. Google Tasks

Google Tasks merupakan aplikasi yang masih baru lagi.

Simple, cantik, dan mudah digunakan, Google Tasks sangat mesra pengguna. Ia melakukan tugasnya dengan baik sekali iaitu menjejaki tugas anda.

Bukan itu sahaja ia disepadukan dengan lancar ke Gmail, di mana ia muncul di sebelah kanan peti masuk anda, sekiranya anda menggunakannya.

Tersedia untuk iOS | Android | Web

evernote

4. Evernote

Jika anda seorang yang kerap mengambil nota panjang, Evernote sangat sesuai untuk anda.

Ia terkenal kerana keupayaannya untuk menyimpan nota yang lebih panjang, bukan sekadar beberapa perkataan.

Anda bukan sahaja boleh menyimpan teks, anda juga boleh membuat rakaman suara, gambar, dan banyak lagi.

Tersedia untuk iOS | Android

wunderlist

5. Wunderlist

Aplikasi ini merupakan pilihan ramai dan ia telah berapa di pasaran agak lama juga. Ia terkenal dengan fungsinya yang sangat mudah digunakan dan antara muka grafik yang sangat baik.

Ia telah diundi sebagai App of the Year dalam pelbagai penerbitan, termasuk Apple App Store.

Secara ringkasnya, anda boleh membuat senarai tugas yang berbeza berdasarkan kategori, dan kemudian berkongsi dengan orang lain.

Sebagai contoh, jika suami atau isteri ingin ke kedai runcit, anda berdua boleh berkongsi senarai dan kedua-duanya boleh diedarkan dengan cepat, yang kemudiannya membolehkan anda berdua untuk melakukan kerjasama dengan cepat.

Ia juga bersepadu sepenuhnya dengan Slack, salah satu aplikasi sembang yang sangat popular.

Tersedia untuk iOS | Android

Microsoft todo

6. Microsoft To Do

Sekiranya anda seorang peminat Microsoft, anda pasti gembira untuk mengetahui bahawa mereka juga telah mempunyai aplikasi senarai tugas mereka sendiri.

Ia pada asalnya dicipta oleh pasukan di Wunderlist (Microsoft membelinya pada tahun 2015), jadi jika anda sudah biasa dengan aplikasi ini, maka anda mempunyai idea tentang apa yang bakal anda gunakan.

Tambahan pula, jika anda pengguna Outlook, anda boleh mengintegrasikannya dengan aplikasi Microsoft To Do dengan mudah sahaja.

Satu ciri yang unik di dalam Microsofy To Do adalah “My Day”  – di mana anda diberi peluang untuk menulis apasaja di ruangan tersebut.

Tersedia untuk iOS | Android

things 3

7. Things 3

Things 3 juga tidak kurangnya. Ia mempunyai antaramuka yang sangat bersih.

Dibuat untuk individu yang sangat cerewet dengan perancangan harian. Ia mengkategorikan perkara kepada tugasan yang lebih mudah.

Tersedia untuk iOS

habitica

8. Habitica

Apabila anda mula-mula memulakan aplikasi ini, ia akan meminta anda untuk mencipta watak terlebih dahulu sebelum memulakan to-do list.

Dengan menggunakan watak permainan, anda akan berasa lebih bersemangat untuk bekerja dengan lebih efektif.

Tersedia untuk iOS | Android

anydo

9. Any.do

Aplikasi ini terkenal dengan fungsinya yang memberi keutamaan kepada tugasan yang akan datang.

Aplikasi ini menunjukkan kepada anda tugas-tugas yang perlu anda capai terlebih dahulu.

Oleh itu, jika anda telah menetapkan matlamat peribadi esok, anda akan melihatnya terlebih dahulu.

Any.do juga boleh disegerakkan dengan mudah dengan kalendar anda.

Tersedia untuk iOS | Android

fantastical 2

10. Fantastical 2

Fantastical 2 mempunyai antara muka yang sangat bersih. Dengan Fantastical 2, anda bukan sahaja boleh melihat calendar pada paparan tetapi juga butir mengenai jadual harian anda. Malangnya, Fantastical 2 hanya untuk iOS.

Tersedia untuk iOS | MacOS

Facebook Comments

Izzah Kezuwani

→ Izzah Kezuwani

Bagaimana Menyekat Panggilan Yang Tidak Diingini 5 Laman Web Perkongsian Fail Besar

Related Posts

Barangan Runcit dalam Talian

Technology, Tips & Trick

Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian

Gmail Chrome Extension

Technology, Tips & Trick

Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu

Aplikasi penjadualan mesyuarat

Technology, Tips & Trick

Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti

Laman web untuk mengirim fail besar secara online

Technology, Tips & Trick

Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian

Search Anything

Most Recent Posts

  • Alternatif untuk Membeli Barangan Runcit Dalam Talian
  • Gmail Chrome Extension Anda Perlu Tahu
  • Aplikasi Penjadualan Mesyuarat untuk Meningkatkan Produktiviti
  • Laman web untuk mengirim fail besar dalam talian
  • Cara Promosikan Saluran YouTube Secara Percuma

[themify_button style=”large light-blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Login[/themify_button][themify_button style=”large blue rounded flat” link=”panel.gloviss.com” target=” ” ]Sign Up[/themify_button]



About Online Survey

  • Paid Online SurveyWelcome To Gloviss
  • paid online surveyApakah Gloviss?
  • Gloviss Kaji selidik OnlineIntroduction to Online Paid Survey
  • worksHow Online Paid Survey Actually Works
  • SurveysNew to online surveys? Here some tips for you.
  • Gloviss Kaji selidik OnlinePengenalan kepada Kaji Selidik secara Online
  • SurveyRecognizing legal website for online survey
  • Kajiselidik OnlineBagaimana untuk Pastikan Website Kaji Selidik yang sah
  • Panduan Kajiselidik Online7 Fakta Mengenai Kaji Selidik yang Perlu Anda Tahu

Inspiration

Office Stress Busters

New Age Office Stress Busters

It may seem impossible and somewhat unrealistic but, companies in Japan and USA have opened up their offices to include …

Read More
internet - addiction or necessity

Internet – An Addiction or A Necessity?

Nowadays, whenever you enter a restaurant or a café, have you ever observed the patrons there? Here they are, out …

Read More
11 Tanda Anda Bakal Berjaya

11 Tanda Anda Bakal Berjaya

Adakah anda menganggap diri anda berjaya? Jika tidak, anda perlu membaca artikel ini. Kejayaan ditakrifkan dalam pelbagai cara. Anda mungkin …

Read More
7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

7 Perkara Yang Menghalang Anda Daripada Berjaya

Pemikiran dan kepercayaan kita dibentuk daripada cerita yang diturunkan oleh ibu bapa atau turun-temurun, melalui pendidikan, pengalaman dan juga perhubungan …

Read More
boat noodle restaurant

Bagaimana Usahawan Muda Ini Bina Bisnes Bernilai RM75 Juta Dalam Masa 4 Tahun

Anda sukakan makanan berasaskan mee? Pernah dengar tentang Boat Noodle? Semangkuk kecil mee di Boat Noodle dijual pada harga RM1.90 …

Read More

gloviss logo

Follow Us

  • About Us
  • Blog
  • FAQ
  • Our Team
  • Privacy Policy
  • Term of Use
© 2024 gloviss.com | All Rights Reserved